MENJUAL UBATAN UNGGAS KESAYANGAN ANDA SECARA ONLINE ( POSLAJU )

Thursday, January 27, 2011

Kedai Binatang, Unggas & Akuarium - Gold Wazzups

Salam semua,
Semalam dan hari ni aku sebenarnya kena outstation kat Kuala Langat.. semalam agak sibuk skit sbb baru mula buat mesyuarat kerja, tp pagi tadi aku dah boleh rileks sbb partner aku dari Johor dah sampai.. so kejer siap awal.. jam 1 tgh dah selesai kejer... semalam tgh rancak sembang kat kafe ada la sorang staf ni yg arif ttg bab tempat situ bgtau aku yg ada sebuah kedai pets baru bukak di kawasan tu.. akupun apa lagi mula la tanya kat mana kedai n apa yg dijual.. so lepas abih kejer akupun mulakan langkah memburu kedai tu.. dgn mengikut petua yg diberikan akupun menyusuri jalan Kuala Langat tu.. dekat jer ngan tempat aku meeting tu rupanya.. hehe untung2.. akupun ushar dulu tokey n pekerja dia.. isk melayu la.. syabbas betteh. Akupun snap foto.. :) dpt gambar depan kedai, sambil sembang snap lg.. dpt gambar itik kakakah.. boleh tahan jugak barang n pengisian kedai nih.. ada anak itik, anak ayam sabung, zebra finch, arnab, ayam kampung, arkus (guinea pig), kucing, merpati, iguana, cicak tokek pun ada, kera n bermacam jenis ikan.. barang2 pun boleh tahan byk jugak.. kira one stop jugak la kedai dia ni. Nama tuan kedai Ahmad Syurahbil.. dia ada adik yg jugak bukak kedai pets tp kat Jalan Kebun di Klang. Hebat n tahniah dari aku utk diaorg... berikut adalah foto2 yg aku sempat snap kat kedai beliau...


Kedai Gold Wazzups

Haiwan2 yg dijual di situ.

Arnab tomey2 pun ada.

Sebahagian barangan pets.

Cicak tokek tak ketinggalan.

Sekali mamat ni pun ada daaaaa...

2 comments:

  1. Salam.. Berminat nak mengunjungi Kedai Gold Wazzups sebagaimana d catat dlm blog nie.. blh bagi alamat penuh kedai tu x.. Terima Kasih bebanyak.. Selamat Maju Jaya..!

    mohdhassanasan@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Salam, saya tak ingat alamat lengkap.. tp boleh call tuannya : Abil - 014 2254402

    ReplyDelete