MENJUAL UBATAN UNGGAS KESAYANGAN ANDA SECARA ONLINE ( POSLAJU )

Friday, February 4, 2011

Pets Shop Di Jalan Stadium Alor Setar

Slam semua, sempena cuti Chinese New Year ni aku berkesempatan balik kampung kejap, seminggu jugak la.. dan dalam seminggu tu aku cuba merayau2 cari kedai burung atau pets shop buat hiburan aku.. bukan nak beli tapi sekadar nak tau apa perkembangan kedai2 tersebut. Maklumla dah lama aku tak berkunjung ke situ, kedai yang aku maksudkan adalah deretan 3 buah kedai pets kat Jalan Stadium Alor Setar. Dulu aku bersekolah di SMV Alor Setar, hampir setiap hari aku ke situ semata2 nak tgk ikan, kucing, burung n pelbagai lagi haiwan.. bagi aku kedai tu dah macam zoo :) . Aku ingat lagi pada tahun 1994 dan 1995 ada cuma 2 buah kedai di situ tp sekarang dah 3 dan jenis haiwan dan barangan jualan semakin bertambah. Selalunya aku beli ikan akuarium la situ, bila bela n mati lepas tu aku beli lagi.. hahaha.. abg aku la yang selalu bawak aku ke situ sebelum aku ke SMV.. Ok sekarang meh aku bgtau apa barang ada kat situ, tadi tu baru intro jer.. kakakah. Kedua2 kedai ni mcm berlawan antara satu sama lain, begitu juga kedai ketiga tu.. so harga akan jadi lebih murah dan barangan akan lebih berkualiti dan terkini. Antara barangan yang ada di situ termasuklah perkakasan akuarium seperti akuarium dan stand nya, batu, batu karang, pam akuarium dan segala jenis ikan, selain tu ada juga jual kucing, ayam serama, burung budgie, merbuk, terkukur, parrot, pipit, hamster, arkus, iguana dan makanan ikan seperti meal worm dsb. Mereka juga ada jual set memancing dari tahap beginner sehinggalah advance termasuk laut dalam. Jadi deretan kedai ni seolah2 one stop yang sebenarnya utk warga Alor Setar, mmg tak rugi kalau korang berkunjung ke situ.. berbaloi-baloi. Berikut aku sertakan beberapa keping foto utk tatapan sapa2 yg baru perasan ada kedai kat kawasan situ.















33 comments:

  1. barang2 arnab ada tak???

    ReplyDelete
  2. kat kedai ni mmg banyak... sila lah berkunjung :)

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan, baru baru ini saya merentasi Pekan Bukit Kayu Hitam. Sblm itu, sempat saya buat kunjungan ke kedai burung Tropikana, A Art. Memang cukup barangan kegunaan dipamerkan seperti Tn terangkan. Akan Tetapi saya amat tidak senang hati apabila tengok keadaan semua unggas yg disangkarkan. Keadaan lantai amat basah, bau dan udara sekitar berkum. Saya cuba berinteraksi dgn burung burung yg ada dlm sangkar, nampaknya banyak yg tidak sihat. Walaupun berpuluh puluh ekor disumbat dlm satu sangkar, tapi nampak kesejukan dan banyak tanda menunjukkan burung itu akan mati dalam masa dua atau tiga hari.

    Yg sedih sekali pekedai memberi muka marah apabila saya cuba memberi pandangan secara lembut..bolehkah sesiapa yg menganjung kedai yg sama lain kali juga tolong menasihat pekedai itu, agar burung yg dijual hidup ceria, bersih dan senang hati pula Orang membelinya.

    ReplyDelete
  4. Salam en joseph.. mmg perkara ini telah berlaku di kedai tersebut sejak saya bersekolah lg.. dah berbelas tahun saya kunjungi kedai tu dan keadaannya tetap tidak berubah.. amat malang sekali. Salah satu cara untuk ubah keadaan ini adalah melaporkan kepada pihak berkuasa.. tp saya sendiripun kurang arif siapakah pihak berkuasa yg patut dihubungi.. saya akan cuba ketengahkan masalah ini kpd pihak tersebut jika berpeluang. Tq for your concern en joseph.

    ReplyDelete
  5. aslm abg ada jual kala jenking x?

    ReplyDelete
  6. salam..burung hantu ade jual x?

    ReplyDelete
  7. ooo yg tu setakat ni mmg tadak lg..

    ReplyDelete
  8. Salam ada jual kucing himalayan tak?

    ReplyDelete
  9. takder rasanya kat kedai ni..

    ReplyDelete
  10. salam bang..iguana ad jual tak? harga brp ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak.. harga sy tak pasti tp anak kecik dlm lingkungan rm150-200 rasanya..

      Delete
  11. ade jual microworm untuk anak ikan laga x ?

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. yg tu xpasti... lama dah tak pi sana.

      Delete
    2. ada msin utk megeramkan tlur ayam x

      Delete
  13. ikan kelah merah ka ikan kelah lain ada tak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelah ada tu... tp stok terbaru taktau kelah apa yg ada. Cuba la tuan lawat...

      Delete
  14. saya nak tolak saya punya hamster boleh x??

    ReplyDelete
  15. bro..burung tekukur elok x kat situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan.. ramai yg beli dari situ

      Delete
  16. ada jual kumbang x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu ada... stok terbaru saya tak pasti

      Delete
  17. kedai akuarium yg tengah antara 3 deretan kedai akuarium tersebut tak payah lah anda kunjungi kerana kedai akuarium itu menjual barang yg x berkualiti...saya membeli 2 lampu akuarium berharga RM36.00, apabila test dikedai okey tetapi bila balik pasang satu hari di akuarium rumah saja terus rosak.. bila nak mintak tukar dia x kasi, malah dituduhnya saya menipu... dia bercakap besar dan sombong dgn mengatakan dah beribu dia jual xder rosak lagi.. mcm mcm lagi dolak dalihnya.. teruk betul aunty kedai akuarium tu... so rakan x payah lah beli kat kedai tu nnti kena tipu

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. as salam bang...jauh sangat la bole hantar tk....sangkar hamster.

      Delete
  19. assalamualaikum saya nak letak tuntong berat ada dalan 40 kilo abang mau angkat tak binatang tu betina ?

    ReplyDelete
  20. Keadaan di kedai 1 and 3 mmg cukup teruk dari dahulu kala lagi. Sila laporkan kpd pihak berkuasa: Jabatan Haiwan Kedah 04-7205216. Parrot putih tu ada lagi tak?

    ReplyDelete
  21. nk cari permainan utk hemster ada x

    ReplyDelete