Sunday, August 29, 2010

Incubator Raya

Minggu ni aku pulun siapkan 3 buah incubator model auto utk 3 org pelanggan yg dah hampir sebulan tunggu turn. Alhamdulillah dah siap untuk dihantar dlm minggu depan.. itulah kelemahan aku nih, stok mmg tak sempat simpan pun, buat jer lebih sebuah-dua dah dpt tempahan baru.. ada yg tunggu sampai sebulan baru siap. Tu tak masuk yg terlepas pandang sbb lupa key-in alamat dalam buku rekod.. kesiann. Pada mereka-mereka yg dalam kategori tersebut aku mintak maaf la byk2.. tp semua tu dah setel dah. Dah dpt brg masing2 pun..

Stok paling byk aku pernah simpan adalah 7 buah. Letak tepi tangga rumah, dalam 2 minggu abis kena jual.. mmg laku benda nih, bukan sbb aku pandai buat benda nih tp sbb mmg para penternak Malaysia nih amat memerlukan benda nih.. insya-Allah lepas raya nanti aku tambah stok dan pengeluaran utk bekalkan kepada pengedar aku di Kuantan pulak. Kebetulan dia ni member baik kau masa di Miri so kalo ada pelanggan atau bakal pelanggan dari Kuantan dan kawasan sekitarnya, sila la rojer kau lepas nih.. mudah skit nak servis atau tukar spare part.. start minggu dpn aku stop buat incubator utk fokus kpd urusan nak beraya n kemas barang sbb nak tinggal rumah nanti. Jadi setiap tempahan yg aku terima dalam seminggu dua ni semuanya aku forward ke lepas raya.. mujur pelanggan paham kalo tak jenuh jugak nak berbahas.. :)
Di bawah ni ada aku selitkan video model AT-100A yg merupakan incubator automatik aku, saksikan :

Wednesday, August 25, 2010

Talam Makan Untuk Budgie

Hari ni aku pasang talam makanan utk aviary aku, ada dua unit aku buat semalam, simple jer.. dapat idea masa lawat KL Birds Park dulu.. Bahan2 pun mudah jer, dua batang paip, yg satu panjang 4 kaki n satu lagi panjang 5 kaki, saja jer nak bagi nampak bertingkat baru cantek skit... dua talam plastik, dua connector paip dan cable tie.. pendekkan cerita setelah dipasang jadila mcm dalam gambar bawah nih.. merpati akupun dah mula makan sambau/kambu tu dengan lahapnya.. sebenarnya sambau tu aku beli utk santapan budgie aku yang sepasang jer tu.. belum lg upload byk gambar sbb liar lg.. maklum la beli kat kedai pets.. Nanti dah jinak aku uploadkan gambar.


Utk pengetahuan korang, urusan jualan anak ayam n itik aku hentikan dulu (pengeramannya) sbb nak balik cuti raya.. lepas raya nih aku mula balik.. sekarang seronok duk fokus aviary la plak.. aviary aku ni pun baru jer mula.. baru masuk serama sepasang, punai sepasang, merpati Indian Fantail sepasang n budgie sepasang.. ingat nak balik kg raya nih nak cari budgie lg.. kat perlis atau alor setar harga masih rendah tambahan pulak kalo dpt dari local breeder.. jadi sesapa dari kedah n perlis yg nak jual budgie kat aku bgtau la.. akan ku cari mereka nih sampai ke lubang cacing :)...




Burung punai ni liar giler, mesti yg jual kat aku tu tangkap kat hutan.. nyesal jugak beli.. sekarang nih aku kurung dalam sangkar kecik dulu, nampak makin hari, makin ok skit.. sebelum balik raya boleh la lepas dalam aviary.. lepas ni tobat dah tak beli burung liar lagi..

Monday, August 23, 2010

Puyuh n Aidilfitri

Salam semua, pada sebulan lepas aku ada terima 60 biji telur puyuh dari rakan sepenternakan, En Azmi utk dieram. En Azmi ni rakan sekerja aku sebenarnya.. dia ni ada bela puyuh secara kecil-kecilan sbg hobi, mula bela puyuh telur dari Nov 2009.. lepas hampir setahun, puyuh-puyuh yg pada awalnya ramah mengeluarkan telur akhirnya dari 30-50 biji sehari tinggal 5 biji sehari.. apa nak buat.. dah tua. So utk dptkan benih baru mcm tak ekonomi utk beli sbb anak puyuh mahal.. jadi aku tawarkan diri utk bantu eramkan pakai incubator aku yg kebetulan ada kosong. Telur puyuh cuma perlu 17 hari jer utk tetas.. Lepas dah tetas tu akupun terus hantar kat En Azmi, rasanya ada kut dalam 40 ekor yg tetas dgn jayanya.. yg lain mungkin tiada benih atau mati dalam telur.. payah nak suluh sbb telur berwarna. Lg satu aku mmg malas nak suluh telur kecik-kecik nih.. takut pecah nanti sbb tgn aku nih mmg stok pembunuh :)…

Hari ni aku pi tgk anak2 puyuh tu n terkezut jugak sbb dalam masa 2 minggu dah besar panjang dah budak2 tu.. hampir sama dgn puyuh dewasa dah. Patut la ternak puyuh ni boleh untung, dalam masa 45 hari dah bertelur.. untung2.. ni nak cuti raya n en azmi kelam kabut skit sbb tak tau mcmana nak set bekas makan n minum puyuh ni memandangkan dia nak bercuti raya selama dua minggu. Buatnya makanan n air habis dalam masa tu, alamat kojol la pepuyuh dia tu.. so aku ada bagi cadangan n design baru untuk auto feeder yg takyah pakai elektrik.



Simple jer tp berkesan, aku guna pakai utk ayam serama aku n beburung dalam aviary aku. Ni dah masuk hari ke lima, nampaknya sgt efisen.. tahniah utk aku :) .. kalo korang nak tgk bolehla.. ada gambar aku upload kan.. bahan2 pun murah jer.. ringkas dan senang servis serta tahan lama.. cantik pun ye jugak so tak la tercemar keindahan aviary aku…


Itu utk makanan. Kalo untuk air pulak aku mmg pakai yg jual kat kedai tu jer… burungpun tak berapa ekor so kalo penuh satu bekas tu boleh tahan 3 minggu.. lapang la dada.

Tuesday, August 3, 2010

Merpati - Indian Fantail

Merpati Indian Fantail yang ada di rumah En Jalil.

Aviary En Jalil - Ada merak, merpati dan spesis ciak.

Minggu lepas aku ter berhajat nak bela sepasang merpati putih idaman aku iaitu dari jenis Indian Fantail. Lalu first of all macam biasa lah aku ke kedai pets dekat Sri Muda ni utk tgk2 kut-kut ada.. Mmg ada dan mmg cantik.. tp bila di tanya harga.. fuhh.. Rm180 sekor.. tak best lah.. so aku surf internet ( mudah.my ) n jumpalah seorg hamba Allah nih yg nak jual.. So aku call n janji nak ke rumah dia.. Ahad lepas (1 Ogos 2010) aku terus ke rumah dia, hajat nak tgk dulu kalo berkenan baru ambik.. tp bila dah sampai terpana kejap sbb aviary dia mmg cantik dan burung merpati Indian Fantail byk duk berterbangan. Ejad adalah contact person aku, budak lagi.. yg tuan punya burung adalah ayahnya, En Jalil... sembang punya sembang rupanya diaorgpun org Kedah jugak..org kampung abg aku pulak tu, Kg Anak Bukit... Keputusannya aku beli sepasang merpati Indian Fantail pure white dan aku bawak balik :) Burung yg aku belu tu masih muda lagi, baru pandai terbang.. bulu tak penuh lagi, tp dah pandai makan, minum dan mandi sendiri. Korang boleh la tgk gambar yg aku ambik ni dari rumah tuannya sampai la ke aviary tempat aku kejer..



Merpati yang aku beli, sepasang - masih dalam kotak plastik utk dihantar ke Shah Alam.