Monday, February 28, 2011

Button Quail Batch Kedua Tetas



Petang tadi batch kedua silver button quail aku tetas pulak.. alhamdulillah bertambah lagi koloni mereka. Aku mmg exited sbb menjadik jugak puyuh2 tu.. harap byk betina la dari jantan. Suka aku tgk dia bertelur byk2 walaupun agak sukar utk dieram sbb payah nak nampak time candling.. kalau ada puyuh betina yg bertelur dgn kulit berwarna cerah tu kira dpt la di candling buatnya warna coklat pekat tu.. mmg nampak gelap je la.. cam gambar yg aku upload bawah ni. Aku ada 2 ekor puyuh betina, satu telur warna coklat pekat n satu warna cream.. so yg coklat tu mmg aku tak sentuh.. yg cream tu aku suka candling.. suka tgk kaki anak puyuh tu duk menendang dalam telur hehehe...



Aku ada surf internet nak tgk berapa umur matang puyuh betina utk bertelur, ada yg ckp sebulan, ada kata 2 bulan dan ada kata 3 bulan.. tp takper nanti aku buat kajian aku sendiri. Mungkin dipengaruhi makanan atau suhu kut.. kat negara omputih susah skit nak bertelur sbb time winter byk salji n puyuh takmo bertelur.. kalau bertelurpun anak gerenti beku dlm telur punya :).. so kena la tunggu musim lain yg lebih suam.. kat Malaysia ni aku tgk puyuh aku hari2 bertelur, naik risau aku, takut kojol lak nanti kes overlaying.. nanti aku rehatkan kejap dalam sebulan ker.. kesian para ibu puyuh aku ni.. bapak dia tadak hal punya, maintain jer...

Wednesday, February 23, 2011

Serama Pejantan Reban

Salam geng.. ni aku nak update ttg serama aku, walopun tak sehebat mana tp aku tak kira, aku nak update jugak, korang pun aku paksa baca jugak.. hehe.. anak serama aku yg tetas dulu idup sekor jer.. alasannya, aku tak sempat jaga lalu kojol ( mati ler tu ).. tp yg idup tu jadi betina so untung la aku.. ada aku upload foto dia kat bawah tu, kaler cantek la n harap bertelur sbb dah bentuk badan cam ok. Tp kali ni aku nak citer tentang reban serama aku, buat masa sekarang aku ada sekor pejantan n 2 induk yg tengah galak bertelur, kat bawah ada aku tunjuk gambo, leh ler tengok.. aku suka tgk yg jantan tu sbb nampak cam kerek jer sepanjang masa.. hehe.. hrp jadik anak byk ler.. ptg td aku suluh telur yg dalam inkubator tu mmg dah ada benih, alhamdulillah.. doakan menjadik jugak la lepas2 ni pun.. Warna anak nanti aku rasa tak lari byk la dari mak bapak dia, mmg aku suka kaler seakan buff camtu.. nampak cam lembut jer..


Anak serama betina first batch.

Bapak serama tak mandi pagi.


Bapak serama dah mandi pagi tp belum sarapan.

Bapak serama dah mandi n dah sarapan.


Duk ber 'isteri' rehat.. hehe..

Anak Silver Button Quail

Salam satu Malaysia para pelawat blog aku nih.. berita gembira, button quail aku batch pertama dah tetas.. ptg tadi aku tgk dah tetas 3 ekor so aku masukkan dalam bakul n letak balik dalam incubator, bukan apa sbb kecik sgt takut mati tersepit telor ayam hehe.. esok nak pi bg makan, exited nih sbb lama dah tunggu :) Lepas nih leh la aku buat ternakan secara besar-besaran n supply satu Asia hahaha.. riaknya aku. Aku harap idup la anak puyuh nih, keciknya cam lipas jer huahaha.. jari aku dah la besar, aku takut penyek jer time aku pegang, jadik pembunuh tanpa niat lak aku karang.. kat bawah ni aku sertakan gambar 3 beradik ni.. nanti kalo ada gambar nanti aku upload lagi.. tq semua..

Saturday, February 19, 2011

White Silkie

White Silkie atau org Melayu panggil ayam sutera atau ayam selasih mmg sgt comel bg aku tambahan pula kalau yg dah dimandi n disyampoo gebu gitu.. aku ada jugak cadangan nak mandikan ayam aku ni tp si jantan tu cam pelesit jer liarnya.. tp takper nanti aku mandikan n kasi sauna skit baru dia tau.. :) Pasangan ayam milik aku ni dah mula bertelur tp silap pulak sbb lupa bg dedak telur so tergendala jap, ni aku dah mula balik jaga makanan dia.. sori ye ayam!
Kalau korang perhatikan gambar di bawah adalah foto yg sempat aku snap semasa depa tgh tido, pelan2 aku kasi snap sbb takut yg jantan terkezut.. berjaya jugak aku. Yg betina sporting n peramah.. tp suka berleter sekor-sekor.. takper asal ko bertelur lepas ni..




Selain white silkie, black silkie ada juga dalam koleksi aku tp masih baby.

Buff Mini Cochin

Salam satu Malaysia, minggu lepas aku 'terbeli' sepasang Buff Mini Cochin yg di datangkan khas dari N. Sembilan.. mulanya aku niat nak beli dedak jer tp terserempak la dgn dua ekor makhluk halus yg comel ni so apa lagi terus jadik.. untung tokey kedai tu. So sekarang aku dah bela makhluk halus la pulak.. yg jantan punya la jinak n asyik nak ikut aku jalan2 jer.. yg betina control ayu la pulak.. gambar2 mereka ada kat bawah ni.. umur dalam 2 bulan kut.. agak2 aku la. Kalau nak biak mau tunggu lg 4-5 bulan la.. tak sabar tunggu :) Aku dah ada ayam buff giant cochin so ni kira version kerdil giant cochin aku la ni.. kalo dapat aku nak campur sekali dalam satu reban.. leh buat perbandingan antara ayam gergasi n ayam kerdil di mana mereka mempunyai bentuk dan sifat badan yg sama cuma berlain saiz sahaja.











Silver Button Quail

Salam n gud evening, hehe.. puyuh aku dah bertelur.. tp bukan puyuh biasa tp silver button quail merangkap puyuh terkecil di donia.. mmg best bela puyuh ni, bunyi dia cumel cam dia jugak.. aku ada trio, sekor jantan n 2 betina.. hari2 mesti bertelur 2 bijik, satu kulit coklat gelap n satu coklat cerah.. cam gambar kat bawah tu.. ni aku cuba eram pakai incubator aku. Harap2 menetas n bertambah la populasi 'puyuh butang' aku tu... Di atas sekali tu adalah gambar induk puyuh aku n di bawah pulak adalah gambar telur2 yg dah dihasilkan..







Wednesday, February 9, 2011

Demam Silver Sebright Bantam

Demam.. satu perkataan yg boleh aku gambarkan berkenaan diri aku dalam sehari dua nih.. bukan demam panas atau apa2.. tp demam gilakan ayam silver bantam nih.. baru awal minggu lepas aku dah dpt sepasang anak umur 2 minggu, td tghari aku ke Sg Buluh pulak ambik sepasang lg silver bantam dewasa ( umur 5 bulan ) utk pembakaan.. mmg lah aku dah demam. Ni ada aku tunjukkan gambar ayam yg baru aku ambil tu.. dah pandai kokok dah.. cuma perlu tunggu lagi la utk dibiakkan sbb belum galak lg, mengikut kata breedernya kena tungu lg 3-4 bulan jugak sbb ayam ni akan mula biak umur sekitar 8-9 bulan. Bulu masih comot sbb duduk ramai2 dalam sangkar, ni esok lusa aku nak mandikan dgn shampoo shukubutsu wakakakah... Mulanya aku takder niatpun nak beli ayam nih tp bila dipikirkan balik kalo aku bela anak umur 2 minggu tu mau dekat setahun kena tunggu utk biak so baik aku ambik yg dah besar at least tak la lama menunggu. So keputusan di buat n on the spot aku ajak member aku Amin yg tahu selok belok Sg Buluh utk pi cari breeder nih.. 40 minit perjalanan dah sampai n terus pilih ayam n bayar duit n bawak balik. Selesai.. ni nak bela n biakkan pulak la.. harap berjaya.. doakan aku..aminnn..



Silver bantam jantan yg baru aku beli.

Silver bantam betina yang menjadi pasangannya.

Ni adalah kawanannya yg masih tinggal di rumah breeder tu.

Tuesday, February 8, 2011

Laced Sebright Bantam



Ayam bantam atau nama penuhnya Laced Sebrights Bantam adalah antara ayam exotic yg digemari pada hari ini. Sebright adalah sejenis ayam yang dinamakan berdasarkan orang yang menghasilkannya iaitu Sir John Saunders Sebright. Bantam pula bermaksud kecil atau katik. Berat ayam ini adalah seperti berikut :

• Jantan dewasa 0.74 Kg
• Betina dewasa 0.63 Kg

Baka kacukan ini dihasilkan sekitar tahun 1800. Bermula tahun 1874 ayam ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu Silver Laced Sebrights dan Gold Laced Sebrights. Walaupun ia telah berjaya dikelaskan, namun usaha utk menambahbaik ayam ini masih dijalankan sehingga tahun 1952 di mana baka ini telah disahkan. Pada tahun 1965, The American Bantam Association Standard telah mengeluarkan standard terhadap ayam ini. Kedua-dua jenis ayam ini kekal popular hingga ke hari ini dan bakanya bertaburan di serata negara.
Sekarang ni aku ada la sepasang anak ayam ni, jenis silver laced. Aku suka silver lg berbanding gold sbb silver ni cam menarik n bersih, lg satu nampak kontra sgt2.. so aku baru dpt sepasang umur dalam 2 minggu kut.. harap membesar dgn sihat la..



Jantan dewasa silver laced.

Betina dewasa silver laced.

Jantan dewasa golden laced.

Betina dewasa golden laced.

Kacukan baru - buffed laced jantan dewasa.


Buffed laced betina dewasa.

Dan ini pula adalah anak bantam yg aku beli.

White Crested Polish Chicken


Salam semua, semalam aku ada beli sepasang anak ayam polish jambul putih dari Ramal Pets Shop. Saja suka- suka bela.. best jugak tgk mcmana dia membesar nanti. Ayam polish ni byk warna, terlalu byk variasinya.. kalo nak bela semua mmg tak dapek den ni ha.. jd aku amik yg aku minat jer dulu.. cam taik cicak hehe.. kepala putih n badan itam.. aku amik sepasang sbb nak test tgn aku menjadik tak ngan ayam jenis nih.. Sejarah ayam ni adalah berasal dari benua Eropah, jika ayam lain kebanyakannya mempunyai balung di atas kepala, lain pula halnya dgn ayam jenis ini, ia mempunyai benjolan seakan mahkota di atas kepala yang menyebabkan bulu yg tumbuh akan menjadi semacam rambut manusia di atas kepala mereka. Ayam betina dewasa akan hanya seberat 2 kg lebih manakala yang jantan mencecah 3 kg. Ia adalah asalnya dari jenis baka penelur. Foto di atas adalah contoh induk ayam polish atau juga dikenali dengan nama poland ni.. aku dapat gambar ni dari internet jer. Harap2 anak yg aku beli ni akan membesar n jadi mcm foto kat atas tu la jugak. Cuma aku tak confirm yg anak dua ekor yg aku beli tu adalah sepasang, buatnya jadi jantan dua-dua tak ke pening kepala aku.. hahaha.. jenuh nak cari betina pulak.. ayam betina selalunya susah org nak jual.. maklum la dah jadik sumber pendapatan @ kilang kuar anak.. rugi la kalo dijual.. jadinya bagi mengelakkan perkara ini terjadi dalam bulan depan aku kena la beli lg 2 ekor buat spare supaya ada la betina at least sekor dalam kawanan tu.. sian aku.. duit laaagiiii... tp takper.. hobi punya pasal..


Anak ayam polish umur 1 hari


Ni dah umur 5 hari.


Ni dah 1 minggu.


Ni pulak dah 2 minggu.

Ni dah 1 bulan dah umur dia.

Dan ini anak polish yg aku beli.