Wednesday, June 22, 2011

Buff Mini Cochin Bertelur

Salam, semalam aku check sangkar mini cochin aku.. terjumpa sebiji telur, bestnyerr la.. lama aku tunggu mini cochin kesayangan aku ni bertelur.. last2 menjadik jugak.. harap ada benih. Walaupun sebelum ni aku ada kacuk si jantannya dgn silkie betina dan dah dikurniakan beberapa ekor anak, tp aku tak puas hati sbb bukan pure breed, so aku kali ni nak hasilkan anak pure breed buff mini cochin, tp kadang2 ada jugak org ckp, kalau ibu n bapaknya buff pun, anak2 tak semestinya semua buff.. ada yg akan jadik kelabu atau putih.. takper nanti kita tengok, menarik jugak tu.. setakat ni mmg aku tak rancang nak biarkan ayam betinanya ngeramkan telur tu, aku selalunya masukkan dalam incubator jer.. mudah kejer.. senang nak pantau. Kalau bg ibunya ngeram mcm2 boleh jadik, telur pecah ler, bapak masuk sarang n pijak telur ler, dah sepasang kena sediakan sangkar asing.. duit lg tu. Mmg semua telur ayam aku masukkan dalam incubator utk penetasan, baik silkie, serama, bantam mahupun giant cochin. Mujurlah aku ada incubator yg boleh diharapkan, kalau tak rugi kalau telur dah berbenih tp tak jadik anak sbb incubator selalu buat hal.. berbalik kepada mini cochin aku tu, sebenarnya aku ada trio, iaitu satu jantan dan 2 betina, tp yg sekor lg tu belum bertelur.. mungkin dalam bulan depan kut sbb nampak masih muda. Bloodlinenya tak sama dgn yg jantan membuatkan aku tertunggu2 nak crosskan dgn jantan ni supaya anak2 yg bakal lahir tu lebih menyerlah ke'cochin'annya hehe.. berikut aku sertakan gambar buff mini cochin aku ni :






Tuesday, June 21, 2011

Coryza - Penyakit Nafas Ayam



Salam, kali ni aku rasa mcm nak ulas tentang satu lagi penyakit ayam, nama dia Coryza.. sedap nama tu. Penyakit ni adalah tergolong dalam penyakit pernafasan, simptom2 nya adalah seperti di bawah :

1. Mata ayam akan kerap terpejam seakan mengantuk.
2. Sayap akan cenderung untuk meleret ke bawah.
3. Lubang hidung basah dan ada cairan yg keluar.
4. Selalu bersin.
5. Mulut ternganga seakan tercekik makanan.
6. Kurang nafsu makan.
7. Mata berair.
8. Menjejaskan pertumbuhan ayam.
9. Pernafasan yang berbunyi.

Banyak giler simptom dia, kalo korang takleh agak lg apa penyakit yg timpa ayam korang ni mmg betul la.. dan aku.. mmg dah penah lalui benda ni.. 2 ekor ayam bantam aku dah kena n sekor dah sembuh, tinggal lg sekor betina belum sembuh.. duk tgh rawat ni. Walaupun penyebab utama penyakit ini adalah dari serangan bakteria yang dikenali sebagai Heamophilus paragallinarum, namun serangan ini berlaku akibat dari faktor2 berikut :

1. Perubahan suhu yang mendadak - dari panas ke sejuk cth siang ke malam atau hujan.
2. Kawasan sangkar yang terlalu lembab.
3. Kedudukan sangkar yang terlindung dari cahaya matahari.

Kaedah untuk mengubatnya pula, aku selalu pakai Tetracycline dan Tetra-Chlor, kedua2 ubat ni sangat mujarab, ayam aku yg sekor ni susah nak baik sbb aku terputus bekalan ubat hari tu.. lepas ni insya Allah akan sembuh.. susah jugak kalo terkena penyakit ni, yg jantan akan 'lupa' nak panjat ibu n yg betina 'lupa' nak bertelur... sbb dua2 asyik tertidur.. payahhh wooo.




Ayam aku yang kena jangkitan bakteria ni.


Heamophilus paragallinarum

Friday, June 17, 2011

Lahore + Fantail 2nd Batch

Salam, semalam aku check sarang merpati, tgk ada 2 ekor tetas lagi.. alhamdulillah.. kali ni aku kasi ibu merpati kampung eramkan n jaga.. bukan apa, plan aku kalau aku rampas telur n kasi pasangan lain eramkan, lahore tu akan bertelur lg.. so cepatlah aku dapat anak lahore. Manakala telur merpati kampung tu aku bagi jer kat org nak buat ubat. Plan aku tu menjadi.. lahore aku bertelur lagi n kali ni dengan pasangan lahore jugak.. aku tak kacuk dah.. senang nak jual anak, kalao kacuk payah lak aku nak jual nanti.. tak balik modal la pulak, nak beli dedak pun asyik pakai duit gaji jer.. tokey balak pun bankrup :) Lepas ni aku nak cuba pulak biakkan baka lain lak, yg aku berkenan setakat ni n mampu adalah mokie n capuchine.. yang aku ada sekarang tp belum matang adalah american fantail. Lg 3 bulan matang bertelur kut.. berikut aku sertakan foto2 yg sempat aku snap.



Sunday, June 12, 2011

Ayam Gagal Bertelur

Salam, korang perasan tak kekadang ada ayam betina yg dari zaman daranya mula bertelur dengan baik tetiba tak bertelur, masuk sarang, duduk dalam sarang, lepas beberapa minit kuar sarang n berketuk cam bertelur tp tadak telurpun yg kuar... aku dah lalui sekitar tahun 1992, time tu aku bela ayam laga kacuk kampung. Ada 2-3 ekor ibu ayam yang rekod peneluran sgt bagus utk 3-5 batch tp tetiba tak dapat bertelur langsung, perkara ni tak jadik serentak.. mungkin sekor jer yg kena penyakit ni dlm satu2 masa... mulanya aku mmg tak tau langsung, lepas tu aku terpikir la jugak sbb tgk body ayam tu dah berubah, bahagian perut bawah duburnya dah keras dan membengkak. So aku cuba picit dan rasa betul2.. aku dapat rasa cam ada seketul batu dalam perut ayam tu.. aku buat keputusan drastik nak sembelih sbb dah tak produktif lgpun duk siksa dia pun berdosa jugak. Setelah disembelih baru aku terkejut beruk sbb berdasarkan apa yg aku tgk, ada lebih kurang 30 biji telur yg termampat antara satu sama lain dalam berut ayam ni.. semuanya tak boleh keluar sbb tersangkut kat lemak lalu termampat jadik seketul telur batu besar yg keras.. kesian dan sedih betul aku masa tu. Akibat lemak yg banyak ayam tu tak dapat bertelur dgn normal.. so hati2 bila nak bg makan ayam, jgn bykkan lemak dalam diet mereka. Start dari situ semua ayam betina aku check, kalau hadapi masalah yg sama alamatnya makan nasik lauk ayam la aku mlm tu..



Cacing Dalam Mata ( Eye Worm )


Salam, kali ni aku nak cerita pasal cacing dalam mata ayam, burung dan lain2 pets... cacing dalam mata ni akan menyebabkan mata berair dan membengkak, aku sebenarnya dah berpuluh kali alami benda ni.. sekitar awal pembabitan aku dalam memelihara ayam iaitu pada awal 90-an, time tu aku baru lepas sekolah rendah, aku sangkakan bengkak mata ni disebabkan bakteria atau bendasing spt miang padi.. maklumlah, ayam aku byk makan sisa beras dari sekam padi yang diangkut dari kilang padi berdekatan... walaupun aku tak tahu ada cacing dalam mata ayam yg bengkak tu, aku tetap rawat ayam-ayam tu.. ayah aku ajar pakai bawang merah.. titiskan air perahan dalam mata ayam tu, mmg menjadi tp kekadang tak jadi... so bila aku dah mula buat kajian sendiri maka aku terjumpalah sekumpulan cacing dalam mata setiap ekor ayam yg matanya bengkak, caranya aku tekan mata ayam tu pada bahagian bengkak tu, mmg nampak satu group cacing yg berenang-renang dalam mata ayam tu.. mmg jijik n kesian kat ayam tu. Aku tak sempat nak snap sebab time nak snap jer cacing tu dah masuk balik ke pangkal mata ayam.. hampeh tul.. so utk buang cacing tu aku pakai hembusan yg kuat ke mata ayam tu... aku tekan mata ayam, biar cacing tu leka berenang n 'phuuuuuuuuhhhhh !!! ' aku bagik sebijik... terpelanting cecaing tu tp masih ada yg tinggal nyer.. mmmg takkan kuar abih.. cacing ni pulak dia akan mati kering kalao dah jatuh.. tp selagi ada lembapan dia akan idup so aku test ngan larutan dettol.. nak tgk mati ke tak dia.. mmg 'padam'... kejap jer... sbb tu la sampai ke hari ni aku pakai larutan dettol utk setiap ayam yg dijangkiti.. syaratnya kena rawat awal la, jgn biar mata ayam tu cam bola baru nak rawat.. aku kekadang sedih bila tgk ada peminat n penternak yg suka cari untung jer dari ayam2 mereka, hal kesihatan dibiarkan jer.. ayam2 yg sakit diasingkan n dibiarkan mati mcm tu jer.. bukan nak rawat. Setiap penyakit ada ubatnya, rawatlah ayam2 tu.. mereka jugak makhluk Allah.. Usahalah carikan ubatan yg sesuai.. Insya Allah berjumpa.. jika kita dah ikhtiar tp tak boleh jugak, itu barulah ketentuan.. kena pasrah lah. Penyakit spt puru, sakit mata dan demam selsema sepatutnya dapat dirawat dgn mudah... penyakit yg sukar dirawat adalah spt serangan virus mcm sampar.. mmg tak sempat rawat tp boleh di vaksin sblm kena. Insya Allah sama2 lah kita jadi insan yg mempunyai perikemanusiaan.. Amin..

Terkukur Jawa ( Ringneck Dove )

Salam, lamanya aku tak masukkan posting dalam blog aku ni, sibuk sangat menjelang bebudak institut nak final exam, sekarang nipun bebudak ni tgh berhempas pulas menjawab kertas soalan, kebetulan bukan turn aku nak kena jaga exam diaorg, so boleh la cuti hari ni kalo tak burnt la hujung minggu aku.. aku pula seminggu dua ni bukanya sihat sangat, mula2 kena demam selsema, semingu jugak.. baru baik dua hari dah kena demam panas, cirit birit n sakit sendi lak.. mujur tak kena dengi.. doktor dah suspek dah.. rupanya cirit birit aku tu yg kritikal.. 5 hari baru lega sungguh.. fuh mujur tak padam ! Alhamdulillah.. ok stop dulu citer pasal aku, ni ada aku nak citer pasal burung baru yg masuk dalam aviary aku.. sebenarnya burung ni member aku punya, En Azmi... ceritanya time aku singgah kat kedai pets Klang.. ternampak sepasang terkukur jawa ni.. nampak biasa jer.. tp bila dah dekat tgk sama jer, tak suspen pun dia, dekat lg, sama gak.. lg dekat tup tup terus berkokok.. aik aku kata.. jinak nya menatang ni.. depan idungpun kokok lg.. terus aku berkenan, member aku berkenan jugak... space sangkar aku dah penuh... dia punya bnk lg.. maklum la jiran so dia kata mitak la kurang.. bos kedai tak bagi.. takper RM50 jer pun sepasang, terus sambar.. bwk balik lepas dalam sangkar besar dia sebelah sangkar aku.. mmg tak dinafikan jinak giler.. siap terbang dtg kat aku lg time isi dedak n air.... mmg best.. hari khamis lepas aku tgk dah mula memanjat dah, tak lama dapat cucu la kami :) tak sabar la aku ....



Wednesday, June 1, 2011

Mini Cochin + Silkie

Salam, lama jugak aku tak update blog aku ni, tak byk benda nak citer pun, bantam bau mula kuar hasil, hujung bulan 7 boleh la jual kut.. merpati pun sama, kali ni yang aku nak citer adalah tentang penetasan anak ayam kacukan aku. Aku kacuk mini cochin jantan ngan silkie putih betina.. mmg jadi benih n kuar anak, tujuan aku nak hasilkan silkie warna coklat.. ni dah tetas sekor tp tak jadi perang pun, jadi kelabu ada la.. disbbkan baru menetas so tak nampak lg la samada bulu dia jadi silkie ke tak.. yg pastinya, balung n warna kulit ikut bapak dia, harap bulu ikur mak dia, boleh la jadik silkie mini cochin.. atas kepala ada jambul skit tp tak ketara langsung.. berikut aku sertakan foto :)



Ni bapaknya..





Emaknya...






Babynya..