Tuesday, August 30, 2011

Hybrid Chicken : Giant Cochin + Light Brahma 1







Salam Aidilfitri buat semua, semalam (29/08/11) aku check incubator, ingat nak tambah air jer sbb batch telur yg akan menetaspun lg 2 hari (30/08/11).. tp time bukak incubator tu terkezut jugak aku sbb ada 7 ekor anak ayam tetas dah.. 4 ekor baka kacuk brahma n cochin, 2 ekor baka kacuk Thai n Cochin dan sekor bantam silver.. mmg excited la aku tgk anak ayam gebu2 tu.. tambahan lak anak ayam yg aku nanti2 kan tu pun dah tetas.. maksud aku anak ayam baka kacukan antara brahma dan buff giant cochin aku. Kalau diikutkan ada 15 biji telur untuk batch tu tp aku masukkan ke dalam incubator pada 2 tarikh berbeza, 12 biji aku masukkan awal seminggu tp 6 jer ada benih diikuti 3 lagi aku masukkan lepas tu n semua ada benih, so ni duk tunggu 3 biji tu lak tetas pada 07/08/11 nanti.. Insya Allah. Seperti biasa aku akan sediakan foto2 tumbesaran anak2 ayam ni dari semasa ke semasa. Cuma rujuk jer posting ni dari semasa ke semasa sbb aku akan edit posting asal utk upload foto baru so sapa2 yg dah baca posting ni harap terus baca jer… akan ada foto baru yg aku update nanti.


Kat US, UK dan Negara barat mmg dah advance dah bab kacuk mengacuk ayam ni.. diaorg mmg hebat, dah berpuluh tahun duk kacuk ayam, ada yg dikacuk utk daging, ada yg utk telurnya dan tak kurang utk dijadikan ayam hiasan.. Ok kat atas tu aku ada attachkan foto 4 ekor anak kacukan antara light brahma n giant cochin. Sgt gebu dgn bulu yg tebal serta bulu kakinya. Perhatikan bulu kakinya yg lebat, tak sama dgn hasil kacukan cochin dan Thai di mana cuma jari tepi sahaja dilitupi bulu manakala jari tgh dah licin. Tp utk baka yg mak bapaknya berbulu kaki ni, ada 2 jari kaki berbulu penuh iaitu jari tgh n jari tepi.. mmg best ! Jika diperhatikan tentang jantina pulak, aku sebenarnya dah ubah setting incubator aku dgn meningkatkan 1 darjah Celcius dgn harapan byk la betina akan dihasilkan berbanding jantan. Ini kerana aku percaya suhu incubator memainkan peranan dalam menentukan jantina anak ayam. So kat bawah ni adalah video klip anak brahma aku yg baru tetas tu..





Sunday, August 28, 2011

Hybrid Chicken : Giant Cochin + Thai 2





Salam semua, dulu aku pernah posting berkenaan eksperimen aku iaitu kacukan antara giant cochin betina aku n ayam laga siam.. ok yg tu yg first batch, sekor jer aku rasa cam lebih mirip kepada cochin, yg lain2 cam lebih kepada laga walaupun berbulu kaki penuh so aku fokus kepada yg ni sekor je la utk tgk tumbesarannya. Kali ni aku bercerita pulak utk second batch iaitu final/last batch - lepas ni aku biakkan kacukan brahma n cochin je la pulak.. kat atas ada 3 ekor dari 12 ekor yg berbulu kaki hasil anak kacukan batch kedua, bila aku halusi kesemua anak2 tu, cuma 3 je la yg aku berkenan, so aku amik la sbg bahan eksperimen :) so hasil pemerhatian aku mendapati kalau anak ayam tu takder ekor so mesti akan mirip cochin tp kalau ada ekor walopun berbulu kaki akan lebih mirip ayam laga.. jadi dapat la aku buat kesimpulan bahawa kalau nak hasilkan baka ori dari anak kacukan mestilah buat selective breeding dulu, jangan main hantammm ja.. hahaha.. anak2 ni akan aku cross semula dgn induknya terutama anak jantan akan dikacuk ngan ibu ori giant cochin manakala yg betina pula akan aku kacukkan dgn pejantan brahma aku tu.. harap semua hidup harmoni di tangan aku :) aminnnn...

Zebra Finch Dah Bertelur

Salam Aidilfitri, tak lama dah nak makan ketupat :) akuuuu jugak tak dpt balik kampung, huhuhu.. apapun aku td exited sgt sbb sepasang zebra finch yg aku beli dah berkurun tu dah bertelur 3 bijik.. ingat mandul dah haha.. harap2 netas la, lg 2 minggu (14 hari lebih kurang ) netas la tu.... yg bestnya selama ni couple ni dah 3 kali pindah sarang tp tak bertelurpun.. pindah sarang tak bermaksud buat sarang.. kalau dikira gian buat sarang tu nak bgtaunya, si jantan tu punya la giat buat sarang, setakat ni kalau dikumpul rumput n sampah sarap yg dikutip, aku rasa dah penuh satu peti sejuk satu pintu tu... banyak kan. Last2 bertelur jugak. Alhamdulillah... Harap lepas ni membiak la dengan pesat. Apa2 pun nanti aku update kalau dah tetas. Berikut gambar telur pasangan tu dalam sarang kat reban aku.


Saturday, August 27, 2011

Penghuni Baru Reban - Induk Brahma


Salam lebaran, tadi aku sempat berjual beli ngan satu kedai pets di Kajang, dapat la sekor induk brahma yg dah pernah bertelur.. tujuan aku beli ni sbb nak kawenkan dengan pejantan brahma aku yg tgh galak tu.. disbbkan terlalu aktif, brahma jantan ni akan panjat semua ayam betina dalam reban aku tu termasuklah ayam giant cochin, ayam serama, silkie dan 2 ekor induk mini cochin pun kena jugak... kesiannnn. So aku amik la tindakan drastik dgn bagi lg sekor bini kat dia.. Insya Allah kalau menjadi nanti dapatla aku jualkan anak2 dia kepada sesiapa yg berminat. Kat atas tu adalah induk brahma yang bakal dikahwenkan nanti :) manakala kat bawah ni adalah jantan brahma aku yang masih muda tp dah terlalu hyper aktif.. dan berita baiknya telur2 giant cochin yg berbapakkan brahma jantan ni sedang menunggu masa utk menetas (jangkaan 30/8 ni..) kita tunggu dan lihat.. ada 8 bijik yg berbenih.. hrp semua tetas.. aminnn.

Wednesday, August 24, 2011

Kursus Penternakan Ayam Kampung


Salam semua, pada 17 Julai 2011 lepas aku berpeluang menghadiri Kursus Penternakan Ayam Kampung yang diadakan di Oriental Crystal Hotel, Kajang.. kursus ayam buat kat hotel tuuu... dasyat wooo.. seramai lebih kurang 60 org hadir dgn para penceramah dari JPV, saintis penternakan dan penternak yg telah berjaya dalam bidang ni.. sebenarnya kursus ni asas jer, takder praktikal, kat sijil tak tulis asas penternakanpun.. so nampak cam ganas ler :) Insya Allah aku nak pi kursus praktikal lak.. bagaimanapun aku dpt byk info berguna dalam kursus ni. Byk jugak yg aku tak tau rupanya, ingat aku dah power hahaha.. pendedahan tentang pelbagai penyakit dan ubatan unggas menjadi fokus utama aku semasa menghadiri kursus tersebut, pada masa ni aku juga masih mencari kursus AI utk unggas tp masih belum ada mana2 individu mahupun organisasi yg menawarkan.

Thursday, August 18, 2011

Silver Bantam Jantan For Sale (SOLD)

Salam 1 Malaysia, sekor bantam silver jantan aku nak let go.. Ayam dah 5 bulan lebih, dah pandai panjat ibu dah.. balung kecik, lace cantik n dah nyalin bulu sekali (sbb tu cantik :) ).. sapa nak, terus call atau sms.. harga cam biasa la RM300.. Foto dia kat bawah ni :)


Wednesday, August 17, 2011

Hybrid Chicken : Giant Cochin + Thai 1

Salam, dulu aku pernah post berkenaan kacukan antara ayam siam baka hujung ngan ayam betina giant cochin aku, anak hasil kacukan tu ada yg menjadi ada yang kurang menjadi so kat sini aku nak buat skit kajian berkenaan pertumbuhan anak kacukan tu dari semasa ke semasa. Caranya aku akan cuba upload gambar-gambar anak ayam kacukan tu dari semasa ke semasa. Bagi sapa-sapa yang berminat boleh la buat rujukan dan ikut perkembangan aku ni.. ok ni aku uploadkan gambar yg dimaksudkan.



























Diamond Dove Bertelur

Salam, bercerita ttg diamond dove ni mmg best.. terbayang rupa dia pun aku dah suka sbb dia kecik n comel... haha rasa cam nak picit jer.. baru ni diamond dove kat aviary aku dah bertelur 2 bijik.. excited woo.. jangka 22 hb ni menetas la lepas 14 hari pengeraman tp sbb pertama kali bertelur so tak lah berharap sgt.. aku pun tak buat candling telur tu pun.. just tunggu dan lihat je la.. ni ada gambar aku sempat snap n uploadkan.. cam biasa aku akan tambah dari semasa ke semasa.






Merpati Kacukan American Fantail + Kampung

Salam, aku ada sekor anak merpati kacukan american fantail jantan dengan merpati kampung betina. Anak dia ni baru umur seminggu lebih. Kalau korang tgk dalam gambar ni cam pelik skit.. maknya hitam, ayahnya putih bersih.. anaknya jadik kaler merah lak.. bagus jugak la sbb ada variasi warna kat reban aku ni.. takla sepesennn jer :) Seperti biasa aku akan uploadkan foto tumbesaran anak merpati ni dari semasa ke semasa. Anaknya ni pun aku tak pasti nak bg nama apa, terpulang kepasa bentuk ekornya nanti...

Tuesday, August 9, 2011

Kacukan Brahma & Giant Cochin

Salam, hari ni aku nak berceritta tentang apa yang bakal aku buat kat reban aku ni.. sebenarnya tgh buat dah pun cuma hasilnya belum dapat lagi. Kalau dah dapat hasil kena tunggu 6 bulan lak utk tgk tumbesaran sebenar. Halnya adalah berkenaan kacukan antara ayam brahma jantan aku dengan giant cochin betina aku. Sebelum ni aku kacuk giant cochin betina tu dgn ayam laga baka ujung dan dah hasilkan lebih sedozen anak yg tengah membesar. Lagi 5 bulan dapatlah aku buat kesimpulan ttg baka kacukan ni. Manakala kacukan antara brahma ni giant cochin ni pula, buat masa ni dah 6 biji telur dikeluarkan oleh ibu giant cochin tp aku tak pasti ada benih ke tak, masih belum mula eram, cukup 10 biji baru aku nak eram n tgk ada benih ke tak.. Aku dah buat rujukan kat internet dan jumpa gambar ayam kacukan antara brahma n giant cochin. Fuhhh.. cantik betul. Bagi aku desihn body dan saiz cukup sempurna sebagai ayam kesayangan atau pets. Kacukan sebegini sgt aku alu-alukan jika ada yang nak buat sbb bakal hasilkan satu lagi breed ayam eksotik. Ayam brahma bersifat pahlawan dengan ketinggian dan saiz yang besar serta berbulu kaki manakala giant cochin adalah sejenis ayam yang berbulu lembut, lebat dan sgt manja. Jadi kalau dikacuk kedua2 tui bakal hasilkan anak yg besar, berbulu lembut, tinggi, manja dan bergaya. Mmg aku suka.. harapan aku biar la usaha aku ni berjaya. Aminn.


Ayam light brahma jantan yang menjadi pembaka kat reban aku, harap suburlah hendaknya.

Ayam giant cochin betina yg bakal menjadi ibu kepada anak kacukan mengikut perancangan aku.

Perbandingan bentuk dan sifat antara kedua jenis ayam ni, saiz jangan kira sbb saiz ayam jantan tak sama dgn betina.


Inilah gambar anak kacukan antara brahma n giant cochin yg aku jumpa dalam internet... cantik tak ? Kepala kecik, badan besar n bulu pada peha n betis mmg lebat n panjang... satu kacukan yg hebat.

Monday, August 8, 2011

Pokok anggur merah aku dah berbuah.

Salam semua, hahaha.. berita gembira. Syukur alhamdulillah berkat ketibaan ramadan ni pokok anggur merah aku dah berbuah.. bila masa berbunga pun tak tau tetiba jer ada buah. Aku takder pulak letak baja ke apa ker. Aku tanam pun main-main jer, tak sangka berbuah pulak.. kalau tau mcm tu maunya aku tanam 100 pokok (tamak.. :) )... buah anggur muda ni kaler hijau so tak la nampak sgt kalau tak tgk betul2 sbb terlindung ngan daunnya. Tp kalau diamati betul2 baru la jumpa buahnya, setakat ni aku tak letak baja apapun, 'pruning' pun tak buat.. pruning tu adalah kaedah mencantas dedaun anggur supaya pokok anggur akan terasa seperti musim luruh dan akan mengeluarkan bunga utk berbuah.. pokok pun kena tipu.. idup-idup lak tu kena tipu.. kesiannn. Lepas ni aku nak belajar prunning lak.. jom ikut aku pruning pokok anggur. Ni gambar2 pokok anggur aku beserta buahnya..







Tuesday, August 2, 2011

Lahore Tetas Lagi

Salam semua, kali ni anak merpati lahore aku tetas lagi.. tp sekor jer.. yg lagi satu tu tembelang. Tak tau mana silapnya, awalnya bila disuluh mmg ada benih, mungkin takder rezki kut.. tp takper aku ok jer.. nanti dia bertelur lagi. Cumanya kesian pula tgk dia takder pasangan, sorang2 jer dalam sarang.. mujur mak n abah dia sporting, sekali sekala nak kuar jalan2 ok jer.. tak ler rasa terkongkong sgt. Cepat tul dia membesar.. bagus2.. lepas besar aku jual hehehehe :) buat masa sekarang induk lahore aku giat betul bertelur. Ni anak baru nak tumbuh bulu dah sibuk buat sarang dalam bekas makanan sbb nak bertelur lagi. Subur betul.. berkat bg makan kang kung selang 4 hari hahaha.. gurau jer tu. Aku amik kang kung kat kedai nak buat bagi makan ayam, bukannya merpati.. Ayam2 aku tu mmg pelahap kalau tgk sayur hijau termasuk budgie.. mmg kejap jer diaorg sesah.. Berikut aku sertakan beberapa keping foto anak lahore aku tu.. enjoy the photos :)