Friday, September 30, 2011

Putik Anggur & Anggur Mula Masak

Salam, aku nak update ttg anggur aku yg dah mula mengeluarkan buh setelah aku lakukan pemangkasan. Bunga-bunga yg keluar dulu dah jadik buah.. boleh tahan jugak jumlah buahnya. Pok cik kayooo.... ni aku sempat snap foto pokok anggur aku. Ada jugak yang dah mula masak.









Anak Light Brahma + Giant Cochin

Salam semua, anak-anak kacukan aku ni dah membesar bagai johan dah.. mmg best tgk tumbesaran mereka ni. Dari sehari ke sehari ada jer pe'el mereka yang aku suka tgk.. kebanyakannya suka lawan tgn aku, melompat-lompat la anak2 ayam tu bila aku acah ngan tangan aku. Warna anak-anak ayam ni hampir semuanya ikut ayahnya. Ada yang betul2 'light' menyebabkan aku tak sabar nak tunggu mereka ni membesar. Setakat ni aku tak dapat nak bezakan antara jantan dan betina, satu-satunya panduan aku untuk mengenal jantan dan betina anak ayam pada umur ni hanyalah bergantung kepada saiz kepala mereka. Yang berkepala besar tu kira jantan lah... n begitu jugak sebaliknya. Kebanyakan tekaan aku tu tepat buat masa ni. Tp still nak tunggu n lihat. Boleh buat ujikaji untuk panduan masa hadapan.



Ni lah ayah mitahli anak-anak ayam kacukan tu.



Thursday, September 22, 2011

Model Baru Incubator ( Dgn Digital Thermostat )



Salam semua, nampak tak model incubator kat atas tu.. haa.. tu model baru tu. Aku gantikan digital thermometer n thermostat biasa tu dgn thermostat digital. Seperti yg kita semua maklum, thermostat digital ni adalah kombinasi daripada kedua2 komponen tadi so ini banyak memudahkan pengguna dalam kerja2 menetaskan telur unggas. Sebelum aku jual benda ni hujung tahun ni, aku test dulu produk baru aku ni.. bulan ni cukuplah 6 bulan masa ujikaji n ujiguna aku terhadap incubator model ni.. aku dapati penggunaan thermostat digital ni sgt bagus. Tak perlu risau tentang pelarasan tak jitu atau tersentuh / terpusing dsb. Pakai digital takyah susah2, sekali set kira pakai yg tu jer sampai mesin pencen.. hahaha.. best woooo !! Kalau korang berani meh la oder dari aku.. Dari segi rupa parasnya nampak cam lg ringkas la sbb 2 komponen dah jadi 1.. tp jgn bimbang, ia menjadi semakin POWER ! :) Setakat ni dah 6 bulan test tanpa masalah suhu dan wiring, mmg boleh harap.. so sesaper yg berminat intai2 la no phone aku.. tq.

Diamond Dove Dah Tetas



Salam semua, batch pertama pengeraman diamond dove ni tak menjadi.. so telur tu dia buang ke bawah.. kali kedua bertelur ni dia buat sarang atas alang reban, tinggi la pulak tak sampai nak amik gambar, setelah gunakan sepenuh tenaga utk memanjat baru la dpt snap gambar anak burung nih.. sakit jari2 aku tp takpa asalkan dpt tunjukkan gambar anak burung ni.. sekor jer pun, tp cumelll... mmg kalau masih anak kaler dia akan gelap jer sesuai utk penyamaran dalam sarang supaya sukar dikesan oleh pemangsa. Tp tu la, punya la penat panjat reban tup2 gambar kabur jugak..hahaha.. dah ler, tak laratnak panjat lagi dah .. tua dah aku nih. Harap burung ni membiak la dgn byk sbb suka tgk dia terkedek2 cari makan kat tanah :)

Tuesday, September 20, 2011

Ayam Gajah Aku Dah Bertelur

Salam tuan2 dan puan2 yg saya hormati sekalian, hari ni laporan aku adalah berkenaan ayam gajah yg dah bertelur.. aku rasa umur pasangan ni baru 20 minggu (5 bulan).. tp dah bertelur. Mmg cepat.. wa manyak untun wooo.. tatak payah bele lame-lame.. tp sepasang jer.. kalau betina banyak lg la best :) takpa, sabar dulu.. pelan2.. hari ni telur pertama beliau, mmg kecik sbb ayam dara.. bg batch kedua nanti mungkin akan lebih besar, kebiasaannya mcm tu la.. foto bawah sekali tu ada aku buat perbandingan antara telur2 ayam eksotik aku.. kalau dibandingkan dgn giant cochin, ayam gajah mmg lebih besar saiz dan kuantiti dagingnya tp sbb ayam betina tu baru mula bertelur so telurnya kecik je la dari telur ayam giant cochin tu. Aku tak pernah timbang berat ayam gajah atau brahma atau cochin aku tu.. tp aku rasa utk tujuan rekod perlu jugak aku buat satu masa nanti.. Lepas ni boleh la aku biakkan ayam gajah pulak, jual anak, sekor Rm3.50 utk umur bawah seminggu.. hehe best dak angan2 aku.. Kat bawah ni aku sertakan foto-foto berkaitan benda-benda yang aku cerita td..








Monday, September 19, 2011

Anak Ayam Mutiara Untuk Dijual (SOLD)



Salam semua, ni aku ada stok anak ayam mutiara umur kurang seminggu, ada 13 ekor nak jual.. sekor RM15 jer.. sapa nak call lah aku, nizam 012 5245002. Harga akan naik secara mingguan so kalau beli cepat murah la skit. TQ.

Monday, September 5, 2011

Anggur Berbunga Lagi

Salam semua, bercerita berkenaan anggur aku ni mmg best sbb dia bagi hasil yg aku tak jangka, aku baru buat pruning pada 22 Ogos lepas.. hari ni baru 5 September maknanya setelah 2 minggu pruning dah kuar bunga yg lebat... mmg syok wooo.. yg lg bestnya pulak, rupanya pokok anggur ni mampu berbuah berlapis2 kalau kita pruning pun berlapis2.. haha. Maksudnya kalau aku pruning dahan no 1 minggu ni, dahan no 2 minggu depan so dahan2 tu pun akan berbuah selang seminggu jugak la.. waaa besttt. Betul la kata org pokok anggur akan berbuah ikut suka tuannya. Asal buat pruning jer mesti berbuah hehehe.. kat bawah ni ada aku sertakan foto2 yg sempat aku snap pakai hp murah aku tu.. ni sebahagian jer ni, nak tunjuk byk2 kut riak lak :) Apapun aku harap dapat la aku merasa anggur2 ni sebelum dimakan oleh org lain sbb pokok ni tak berpagar hehehe.. ada rezeki ada la...