Salam perpaduan sekali lg, foto kat atas menunjukkan sepasang anak light brahma berbulu kaki lebat n panjang dalam 2 pose berbeza jugak hehe.. sebenarnya aku nak jual pasangan ni jugak. Umur dah 2 bulan setengah so harga RM 700 sepasang .. kalau tgk bulu dah penuh n badan dia 2 kali ganda saiz dari yg umur sebulan tu, sapa berminat sila lah contact aku di 012-5245002 samada call atau sms masih dilayan... jugak :)
Saturday, November 26, 2011
Anak Light Brahma Nak Di Jual - 2 (SOLD)
Salam perpaduan sekali lg, foto kat atas menunjukkan sepasang anak light brahma berbulu kaki lebat n panjang dalam 2 pose berbeza jugak hehe.. sebenarnya aku nak jual pasangan ni. Umur dah sebulan jugak setengah so harga RM 500 sepasang jugak .. sapa berminat sila lah contact aku di 012-5245002 samada call atau sms masih dilayan... jugak :)
Anak Light Brahma Nak Di Jual - 1 (SOLD)
Salam perpaduan, foto kat atas menunjukkan sepasang anak light brahma berbulu kaki lebat n panjang dalam 2 pose berbeza hehe.. sebenarnya aku nak jual pasangan ni. Umur dah sebulan setengah so harga RM 500 sepasang.. ayam sihat dan gebu.. ayam ni aku tak pernah mandi n manjakan lg, kira cam tak jaga betul2 sgt.. kalau jaga betul2 mmg lg cantik bulu dia.. first batch dulu dah 2 bulan lebih mmg tgh masuk daging, nanti aku upload cerita kat sini.. bulu kaki mmg panjang n semakin panjang.. sapa berminat sila lah contact aku di 012-5245002 samada call atau sms masih dilayan :)
Wednesday, November 23, 2011
Masalah Pada Kaki Anak Ayam
Salam semua, sihat ke ? :) Nampak tak foto anak ayam malang atas tu.. mmg malang dan kesian.. bayangkan kalau bayi manusia yg jadi macam tu.. dah tentu kita akan usaha semahunya utk rawat supaya sembuh.. tp kalau anak ayam sangupkah kita cari jln penyelesaian atau sekadar simpan untuk menunggu ajal ? Ok.. kalau nak tau cara ubatkan boleh la follow citer aku ni :) Ada beberapa sebab yg menjadi punca kepada kecacatan ini.. antaranya telur yg berpunca dari induk muda, induk yg tidak menerima nutrien yg secukupnya, suhu pengeraman yg tidak sesuai, penyimpanan telur yg terlalu lama sebelum proses pengeraman ( > dari 10 hari ), kelembapan dalam incubator dan yg paling jelas adalah bahan lapik incubator dan ruang didikan di mana lantai yg licin menyebabkan kaki anak ayam tidak dapat mencengkam seterusnya akan kekal mencapah. Apapun penyebabnya, benda dah jadik so kena la rawat sedaya mungkin, sbb apa? sbb kita yg bertangungjawab atas hidup anak ayam tu.. takkan nak suruh guru besar sekolah kita lak yg ubatkan. hehe gurau jer. Di sini aku ada pengalaman dalam merawat anak ayam yg hadapi masalah ni, dan alhamdulillah.. berjaya. Cuma sedikit usaha dan kesabaran diperlukan sebagai ramuan. Disebabkan aku tak sempat ambik foto semasa sesi rawatan berlangsung so aku dapatkan foto dari internet utk pelawat2 blog semua.. Dengan merujuk foto2 tu sila lah ikuti kaedah rawatannya.
Saturday, November 19, 2011
Incubator Manual & Automatik Model Baru
Salam semua, lama lak tak update blog ni.. sibuk anak duk kena demam kuning tp alhamdulillah dah baik dah :) Tp dalam sibuk2 tu aku sempat buat model baru incubator keluaran aku, sekarang ni samada model auto atau manual akan guna digital thermostat.. bermakna takder lg kena pusing2, semua main tekan2 jer.. cam microwave hehe.. kendalian incubator ni lebih mudah dan keboleharapan lebih tinggi dari model sebelumnya. Contohnya dengan hanya sekali set, incubator akan kekal dengan setup tersebut sampai bila2.. tak macam dulu di mana pengguna kena pastikan bacaan pada termometer adalah sesuai dan pelarasan pula dibuat secara berasingan pada termostat. Pada digital thermostat ni, termometer telah ada padanya jadi setupnya adalah secara sekaligus.. mudahkan? Selain itu keboleharapan juga tinggi di mana selama setahun aku ujiguna benda ni tak pernah lagi termostat ni buat hal, maksudnya telur2 ayam selamat dari jadik telur bakar atau telur salai hehe.. Di bawah ni aku perkenalkan incubator model baru aku tu.. sesaper yg berminat boleh la hubungi aku di 012-524502. Bagi model automatik (AT-100A) aku sediakan harga promosi sbb ini model baru di mana termostat dan motor adalah model baru yg lebih berkesan dan tahan lama.. harga asal RM1000 aku kurangkan RM200 jadik RM800 jer termasuk penghantaran ke seluruh Malaysia... UNTUK KETERANGAN LANJUT BOLEH LA KE http://nizamspace.tripod.com/
Model Manual AT-100MModel Manual (Pandangan dalam)
Model Automatik (AT-100A)
Model Automatik ( Pandangan dalam )
Model Automatik ( Tuil motor dan tray alihan automatik )
Friday, November 4, 2011
Anak Light Brahma Untuk Dijual (SOLD)
Salam satu Malaysia, aku ada sepasang anak light brahma umur sebulan lebih nak dijual. Warna ori, bulu kaki lebat dan tumbesaran sempurna. Bagi sesiapa yang berminat sila lah call/sms aku... ayam ni mudah di jaga, rintangan penyakit tinggi dan aku dah vaksinkan pun sebelum dijual utk penyakit sampar. Ayam ni asal dari Brahmaputra, India sebab tu dikenali sebgai ayam brahma. Siapa cepat dia dapat, penghantaran boleh dipertimbangkan dan kalau nak ambik sendiri boleh jumpa kat area Shah Alam, Kajang, Bangi atau Putrajaya. Seekor RM250, lebih murah dari pasaran sbb kat pasaran mmg dia kata umur sebulan RM250 tp sebenarnya baru 2 atau 3 minggu jer.. Aku punya ni dah sebulan lebih pun baru RM250 seekor. Jadi jika berminat call/sms aku di 012-5245002..
Thursday, November 3, 2011
Giant Cochin + Thai Update
Salam, ingat lagi tak berkenaan anak kacukan antara giant cochin betina dan ayam laga thai aku dulu, sekarang dah besar dah.. dah 4 bulan dah umur dia, mmg kacak n menawan.. cuba tgk foto dia kat atas tu. Macam ayam laga pakai stokin haha... aku sebenarnya sesaja jer simpan dia buat pets.. suka tgk camner dia akan membesar dan perhatikan perubahan badannya. Sekarang dah pandai berkokok dan melawan tangan. Dia punya ketip, fuhhh... tak tahan woo. Abih tgn aku luka2 kalau ajak acu tangan. Tu yg aku malas layan kadang2 tu, niat kita gurau tp dia pukul betul2.. siap sepak terajang pun aku penah kena.. mcm ayah dia jugak. Batang kaki dah la besar... pernah lebam la jari aku kena sepak ngan dia.. Warna n bulu kaki mmg ikut mama dia, n cutting badan mmg sebijik bapak... dah tu apa nama nak bagi ni... Thaicin ?? Sedap jugak tu hahaha... Aku nak tunggu umur dia 8 bulan, fully grown.. time tu baru nampak siapa sebenarnya si merah ni.. :)
Baby Black Giant Cochin
Salam semua, semalam aku sempat singgah Ramal Pets... ambik anak giant cochin hitam yang termenetas kat kedai dia. Ceritanya bermula bila En Mat ni import ma n bapak dia dari oversea ke Malaysia. Semasa transit kat kedai beliau, ibu ayam ni sempat la bertelur 3 bijik. Bila dieram menetas la sekor.. mmg mangsa aku la sbb En Mat sms aku tanya nak ke tak ? Aku ngaku je la.. sbb aku dah tgk mak n bapak dia, mmg pure itam.. besar lak tu.. gedabak ! Cuma tak sempat amik gambar jer mak n bapak dia kalo tak leh tunjuk kat korang. Sapa la yg beli parent dia ni, mmg untung... aku mmg tak cukup duit nak beli pasangan ideal tu.. leh tahan harganya :).. Anak yg aku dapat ni nampak gayanya cam jantan, kalo jantan nanti aku survey2 la betina bila dia dah cukup umur :).. harap sihat walafiat la hendaknya dia ni.. sekarang baru umur 3 minggu...
Lebih kurang camni la bapak dia, besar n bulu lebat sesangat... ( Foto internet... )
Pembaka Silver Bantam
Salam semua, ada 2-3 org dari kengkawan yg lawat blog aku mintak uploadkan gambar pembaka silver bantam yg aku gunakan untuk turunkan benih. Jadi bagi kawan2, ini dia induk silver bantam aku tu, ada sekor jantan dan 2 betina, sekor lg yg betina duk ngeram. Bulu comot sbb sebelum ni duk main ujan, ni dah pindah tempat best skit.. Induk aku dah 3 ekor padam kesan dari bakteria penyebab coryza, yg dapat diselamatkan ni jer yg boleh meneruskan proses pembakaan. Tp takper aku akan beli induk baru kalau ada yg aku bekenan. Ramai jugak yg tanya nak beli anak gold bantam tp aku takder stok la lg.. dulu ada jugak kuar tp belum sempat apa dah padam dek coryza. Bapak jantannya pun arwah jugak so aku akan cari ganti la nanti utk teruskan kesinambungan waris diaorg ni.. Kepada sesapa nak jual gold bantam jantan tu sila la contact aku di 012-5245002. Aku tgh mencari ni..