Thursday, January 24, 2013

Projek Black Rosecomb berhasil

 
Salam semua, alhamdulillah telur2 rosecomb menjadik musim ni.. walaupun hanya ada 2 induk betina dan seekor pejantan.. tp anak setakat ni hampir 30 ekor dah dalam simpanan, bukan nak riak tp mohon kawan2 alert ttg jualan anak2 ayam ni pada hujung bulan Feb nanti sbb pada masa tu anak2 ayam ni dah cukup la sebulan lebih ..  Buat masa ni semuanya masih diletak di bawah lampu ..


 
Di antara anak2 rosecomb yang berjaya di snap....

Thursday, January 10, 2013

Projek Dark Brahma Anizam Agrofarm

 
Salam semua, gambar kat atas tu adalah jantan dark brahma aku yang sedang giat dibiakkan bersama brahma hitam betina tu... setakat ni sekor anak yg terhasil tp jantan walaupun jadik warna itam ikut ibunya.  Jika dibandingkan dengan giant cochin aku, dark brahma ni agak kecik sikit, sikit jer.. mungkin kurang berat dalam 200-300 gram jer.. tp bulu kakinya mmg lebat dan bulu peha juga sangat sempurna.  Telur dalam incubator dah 6 bijik so insya Allah akan ada bakanya menyusul hujung Jan atau awal Feb nanti... kalau ada lebih insya Allah akan ditukar milik kan :)  Aku juga bercadang nak tambah ibu brahma nanti, mungkin dalam Feb kut.. sementara tu aku duk carik jer dulu.
 
 
Foto kat atas adalah induk hitam yang sedang giat bertelur walaupun selang sehari :)
 
 
Manakala ni ibu ayam telur yg aku bela dari kecik dan sekarang aku pula giat pungut telur tiap2 hari kat reban, so takyah beli telur dah aku sejak dia mula bertelur sebulan lepas.

Wednesday, January 9, 2013

Ayam Giant Cochin Baka Anizam Agrofarm

 
         Salam kepada semua pelawat dan pengikut blog aku yg setia, kali ni aku punya blog ada masalah nak upload foto lak... tu yg lambat nak buat posting baru tu.  Tp lepas byk kali try tak jalan jugak.. last2 aku tibai je lah... asal dpt posting baru :)  Kali ni aku nak story kan pasal giant cochin aku ygtak seberapa nih.. ada 3 foto beliau di mana dia ni adalah anak hasil reban aku sendiri pada hujung tahun 2011.. lepas 1 tahun umur so mcm ni la gayanya.. saiznya mmg gadang dan kalau diukur mmg lebih besar dari ayahnya sendiri yg berusia 2 tahun tu...  mmg hebat.  Dan yg paling aku minat ialah, baka ni sgt tahan penyakit dan dapat menyesuaikan diri dgn persekitaran dgn sgt baik dan cepat.. kalau kita perhatikan, bukan semua baka ayam dari luar negara dapat merge atau menyesuaikan diri dgn iklim Malaysia.. terutamanya ayam yg direct diimport dari luar dan bukannya local breed.. tgk mmg cantik tp punyala lembik.. silap skit nak mati dah, cam hobi lak...  apapun sekarang nih, jantan aku ni dah berjaya membuatkan 2 ekor ayam betina sekaum dgnnya bertelur dan berbenih, so insya Allah aku akan bukak tawaran kpd sesiapa yg berminat utk bela baka aku nih... mmg tak secantik brg import tp tahan lama dan lasak :) hargapun seimpal :)

 
 
 
 
 
Kalau korang perasan, bulu bontot ayam2 nih semua aku cukur utk memudahkan persenyawaan, kalau tak, asyik eram telur kosong je lah aku nih....