Saturday, February 1, 2014

MEDIWORM - PENGHAPUS CACING UNGGUL


     MEDIWORM adalah satu lagi produk keluaran MEDPET yang unggul membunuh cacing jnis Roundworm, Hairworm dan Tapeworm.  Dicipta khas untuk merpati tetapi boleh juga digunakan untuk unggas lain seperti burung, ayam dan itik. 
 
     MEDIWORM juga merupakan pil pilihan aku kerana keberkesanannya membunuh cacing dengan cepat, berkesan dan selamat.  Cacing yang telah lemah atau mati akan dihantar keluar dari tubuh unggas melalui najis.  Dos diberikan ketika tembolok unggas telah kosong bagi memberikan kesan optimum terhadap cacing di dalam usus unggas.  Apabila MEDIWORM sampai kepada cacing tanpa gangguan makanan lain, cacing terpaksa menghadapinya secara tunggal dan tulen, maka MEDIWORM dapat bertindak dengan kuasa 100%.  Menjadikan tubuh unggas tersebut bebas cacing.

     MEDIWORM didatangkan dalam botol berisi 100 tablet.

VITA-STRESS - BEKALAN MULTIVITAMIN ANDA

 

     VITA-STRESS adalah sejenis sebatian dalam bentuk serbuk.  Digunakan secara meluas dalam industri ternakan ayam pedaging Malaysia.  Tujuan utama sbatian ini adalah bagi membekalkan vitamin seimbang dengan mudah dan murah kepada ternakan seperti ayam, lembu dan kambing.  Ia juga digunakan bagi menyerap tekanan yang berlaku kepada ternakan akibat rawatan penyakit atau pemindahan dalam jarak yang jauh dan tempoh yang lama.  VITA-STRESS adalah salah satu vitamin yang WAJIB ada pada setiap penternak bagi menghadapi hari-hari ang tidak dijangka.

MEDPET HEN FERTILITY - PENYUBUR SI BETINA

 

Hen Fertility Tablet keluaran Medpet adalah ubat khas untuk menggalakkan kesuburan pada induk betina merpati, burung lain dan ayam.

INDIKASI:
- Dirumus khas untuk induk betina yang kurang subur.
- Ubat penggalak kesuburan dan tahap keinginan membiak.
- Penggalak prestasi maksimum dengan penyembuhan pantas dari sebarang tekanan.

KAEDAH GUNA:
- 1 tablet untuk 5 hari pertama dan 3 kali seminggu semasa musim pembiakan.

PAKEJ:
- 100 tablet/botol 
 

CESTOLIN - UBAT CACING TERBAIK

 
     CESTOLIN adalah salah satu pil pembunuh cacing yang mendapat sabutan hangat di kalangan peminat ayam laga, merpati, kucing dan anjing.  Setelah sekian lama ubat ini berada di dalam pasaran Malaysia, ia masih mampu mengekalkan jumlah pengguna tetapnya yang tersendiri.  Pil yang berasal dari Taiwan ini agak kurang dipasarkan di Malaysia namun disebabkan sambutan yang menggalakkan, AAF sedia mengimportnya terus dari pengilang.  Sebotol CESTOLIN mengandungi 100 pil pembunuh cacing.  Jumlah yang sangat sesuai untuk disimpan sebagai bekal dikala cacing menyerang haiwan kesayangan anda.
 
     Anda boleh mula memberikan dos CESTOLIN kepada haiwan kesayangan anda apabila terdapat tanda-tanda berikut :
 
1. Kurus tetapi berselera untuk makan.
2. Terdapat cacing keluar bersama najis.