Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan penternak sekalian.
Seminar "Mudahnya Menternak Ayam" akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 01 November 2014 (Sabtu)
Masa : 10:00 am - 4:00 pm
Lokasi : BILIK SEMINAR, PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI ( ADTEC ), LOT 5934-1, JALAN BUKIT KEMUNING, SEKSYEN 32, 40460 SHAH ALAM, SELANGOR
Yuran Penyertaan : RM100/org
** Penyertaan PERCUMA utk tambahan seorang peserta yg dibawa bg pendaftaran sebelum atau pada 20 Oktober 2014.
** Special Rate utk pelajar sekolah dan IPT.
DAFTAR SEKARANG UNTUK SAMA - SAMA BERKONGSI ILMU.
KLIK LINK DI BAWAH UTK PENYERTAAN :
https://docs.google.com/forms/d/1Lh_6ITE8IP137TcuvL1OSZirKfOy9hfI9XUPiyuNFnA/viewform?c=0&w=1
HUBUNGI EN NIZAM DI TALIAN 012 524 5002 UTK INFO LANJUT.
Thursday, October 16, 2014
Saturday, February 1, 2014
MEDIWORM - PENGHAPUS CACING UNGGUL
MEDIWORM adalah satu lagi produk keluaran MEDPET yang unggul membunuh cacing jnis Roundworm, Hairworm dan Tapeworm. Dicipta khas untuk merpati tetapi boleh juga digunakan untuk unggas lain seperti burung, ayam dan itik.
MEDIWORM juga merupakan pil pilihan aku kerana keberkesanannya membunuh cacing dengan cepat, berkesan dan selamat. Cacing yang telah lemah atau mati akan dihantar keluar dari tubuh unggas melalui najis. Dos diberikan ketika tembolok unggas telah kosong bagi memberikan kesan optimum terhadap cacing di dalam usus unggas. Apabila MEDIWORM sampai kepada cacing tanpa gangguan makanan lain, cacing terpaksa menghadapinya secara tunggal dan tulen, maka MEDIWORM dapat bertindak dengan kuasa 100%. Menjadikan tubuh unggas tersebut bebas cacing.
MEDIWORM didatangkan dalam botol berisi 100 tablet.
VITA-STRESS - BEKALAN MULTIVITAMIN ANDA
VITA-STRESS adalah sejenis sebatian dalam bentuk serbuk. Digunakan secara meluas dalam industri ternakan ayam pedaging Malaysia. Tujuan utama sbatian ini adalah bagi membekalkan vitamin seimbang dengan mudah dan murah kepada ternakan seperti ayam, lembu dan kambing. Ia juga digunakan bagi menyerap tekanan yang berlaku kepada ternakan akibat rawatan penyakit atau pemindahan dalam jarak yang jauh dan tempoh yang lama. VITA-STRESS adalah salah satu vitamin yang WAJIB ada pada setiap penternak bagi menghadapi hari-hari ang tidak dijangka.
MEDPET HEN FERTILITY - PENYUBUR SI BETINA
Hen Fertility Tablet keluaran Medpet adalah ubat khas untuk menggalakkan kesuburan pada induk betina merpati, burung lain dan ayam.
INDIKASI:
- Dirumus khas untuk induk betina yang kurang subur.
- Ubat penggalak kesuburan dan tahap keinginan membiak.
- Penggalak prestasi maksimum dengan penyembuhan pantas dari sebarang tekanan.KAEDAH GUNA:
- 1 tablet untuk 5 hari pertama dan 3 kali seminggu semasa musim pembiakan.
PAKEJ:
- 100 tablet/botol
CESTOLIN - UBAT CACING TERBAIK
CESTOLIN adalah salah satu pil pembunuh cacing yang mendapat sabutan hangat di kalangan peminat ayam laga, merpati, kucing dan anjing. Setelah sekian lama ubat ini berada di dalam pasaran Malaysia, ia masih mampu mengekalkan jumlah pengguna tetapnya yang tersendiri. Pil yang berasal dari Taiwan ini agak kurang dipasarkan di Malaysia namun disebabkan sambutan yang menggalakkan, AAF sedia mengimportnya terus dari pengilang. Sebotol CESTOLIN mengandungi 100 pil pembunuh cacing. Jumlah yang sangat sesuai untuk disimpan sebagai bekal dikala cacing menyerang haiwan kesayangan anda.
Anda boleh mula memberikan dos CESTOLIN kepada haiwan kesayangan anda apabila terdapat tanda-tanda berikut :
1. Kurus tetapi berselera untuk makan.
2. Terdapat cacing keluar bersama najis.
Saturday, January 18, 2014
VITA CHICKS - MULTIVITAMIN UTK ANAK AYAM
VITA CHICKS adalah multivitamin yang disediakan khas untuk membantu tumbesaran anak ayam, mengelakkan tekanan dan penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin dan meningkatkan kekebalan tubuh anak ayam dalam merintang penyakit. Anak ayam adalah sangat kuat pada minggu pertama hidupnya, namun begitu antibodi yang dibekalkan oleh kuning telur dalam tubuhnya akan habis dan tubuh badannya perlu membina antibodi sendiri. Proses ini tidak akan berlaku sekiranya ia tidak dibekalkan dengan vitamin yang sempurna. Dengan ini VITA CHICKS telah dirumus bagi menampung kekurangan vitamin tersebut.
Kegunaan :
Meningkatkan kadar tumbesaran
Mengelakkan kekurangan vitamin
Mengatasi tekanan
Merendahkan kadar kematian
Didatangkan dalam bentuk:
Sacet serbuk : 10 g
EGG STIMULANT - PENGGALAK TELUR
EGG STIMULANT adalah ubat serbuk yang larut air mengandungi antibiotik dan multivitamin. Antibiotik jenis Bacitracin MD adalah penggiat tumbesaran dengan menghapuskan bakteria patogenik dalam saluran pemakanan denan itu dapat meningkatkan kadar penyerapn nutrisi. Multivitamin pula sangat diperlukan untuk metabolisma dan sebagai penggalak pertumbuhan sel baru. Sepanjang tempoh bertelur, ayam betina aktif mengeluarkan telur, menyebabkan pembentukan kuantiti sel baru yang banyak dalam ovari. Ini akan menyebabkan ayam berada dalam keadaan tertekan, yang mana akan menyebabkan penurunan prestasi. Dengan membekalkan multivitamin, terutamanya vitamin C, ia dapat mengatasi masalah ini.
Kegunaan :
Meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran telur.
Menghalang penurunan kadar pengeluaran telur semasa ayam sakit dan dalam tempoh rawatan.
Mempercepatkan proses pemulihan ayam.
Didatangkan dalam bentuk:
Sachet serbuk : 100 g
VITA TETRA-CHLOR - ANTIBIOTIK BERVITAMIN HEBAT
VITA TETRA-CHLOR adalah gabungan 2 jenis antibiotik, vitamin dan mineral. Kat reban aku, ia digunakan bersama TRIMEZYN-S secara bergilir-gilir. Vitamin dan mineral dalam VITA TETRA-CHLOR membantu dalam proses pemulihan manakala antibiotik dalam kedua-dua jenis ubat ini merencat dan membunuh bakteria dengan sangat berkesan. Anda patut cuba. Selamatkanlah unggas anda sekarang.
Kegunaan :
1. Coryza (kesejukan, berhingus dan bengkak muka)
2. CRD (nafas berbunyi)
3. Fowl Cholera (berak hijau)
4. Pollorum (berak kapur)
Didatangkan dalam bentuk :
Paket dengan 10 kapsul.
TRIMEZYN-S - ANTIBIOTIK SANGAT MUJARAB
TRIMEZYN-S adalah dihasilkan bagi bertujuan bagi merawat beberap jenis penyakit seperti :
1. Coryza
2. Fowl Cholera
3. Colibacillosis
4. Pullorum
5. CRD
1. Coryza
2. Fowl Cholera
3. Colibacillosis
4. Pullorum
5. CRD
TRIMEZYN-S adalah boleh larut air yang mengandungi gabungan Sulfadiazine dan Trimethoprim yang mana dapat melawan bakteria seperti E. Coli, Haemophillus sp, Pasteurella sp, Salmonella sp, Staphylococcus sp dsb. Sulfathoprim bertindak dengan menyerap ke dalam asid folik yang diperlukan oleh semua haiwan hidup untuk menghasilkan proteind an asid nuklik dan merencatkan tumbesaran bakteria.
Kandungan :
Setiap kg mengandungi:
Sulfadiazine 160 g
Trimethoprim 32 g
Kegunaan :
Coryza (kesejukan, berhingus dan bengkak muka)
Jangkitan E.Coli
CRD (nafas berbunyi)
Fowl Cholera (berak hijau)
Pollorum (berak kapur)
Cara Guna :
1 gram dicampur ke dalam 1-2 liter air minuman untuk 3-5 hari rawatan berturut-turut.
Didatangkan dalam bentuk:
Sacet : 10 g
Jika diikutkan, TRIMEZYN-S adalah ubat yang lebih baik berbanding Vita Tetra Chlor dalam melawan jangkitan bakteria. Kesannya sangat cepat. Aku gunakan khas untuk melawan coryza, berak hijau, berak kapur dan pucat muka. Kalau aku tak pasti ayam aku tu sakit apapun, ubat ni jugalah aku campur dalam air minuman depa. Alhamdulillah berhasil. Byk yg dapat diselamatkan.
Sunday, January 12, 2014
NEOBRO - PENGGALAK TUMBESARAN UNGGAS
NEOBRO
Fungsi NEOBRO adalah untuk meningkatkan berat badan dan tumbesaran unggas.
NEOBRO
adalah makanan tambahan yang mengandungi multivitamin dan asid amino. Multivitamin membantu metabolism lemak,
karbohidrat dan protein sementara asid amino pula adalah blok pembina tubuh
yang sgt diperlukan oleh semua benda hidup.
Gabungan kedua-dua bahan ini menjadikan NEOBRO sejenis makanan tambahan
yang berkesan dan murah dalam meningkatkan berat dan tumbesaran unggas.
Kandungan bagi setap kg :
Methionine
250 g
Lysine 10 g
Sodium salicylate 10 g
Vitamin A 5,000,000 IU
Vitamin D3 500,000 IU
Vitamin E 2,500 IU
Vitamin K3 1 g
Vitamin B1 2 g
Vitamin B2 4 g
Vitamin B6 6 g
Vitamin B12 2 mg
Vitamin C 10 g
Calcium-D-pantothenate 5 g
Nicotinamide 15 g
Zinc 2 g
Manganese 2 g
Magnesium 5 g
Copper 400 mg
Cobalt 200 mg
Excipients up to 1 kg
Lysine 10 g
Sodium salicylate 10 g
Vitamin A 5,000,000 IU
Vitamin D3 500,000 IU
Vitamin E 2,500 IU
Vitamin K3 1 g
Vitamin B1 2 g
Vitamin B2 4 g
Vitamin B6 6 g
Vitamin B12 2 mg
Vitamin C 10 g
Calcium-D-pantothenate 5 g
Nicotinamide 15 g
Zinc 2 g
Manganese 2 g
Magnesium 5 g
Copper 400 mg
Cobalt 200 mg
Excipients up to 1 kg
Kegunaan :
• Meningkatkan tumbesaran unggas.
• Membekal pelbagai vitamin dan asid amino yang diperlukan untuk tumbesaran.
• Meningkatkan nisbah pertukaran makanan dalam membentuk daging (FCR).
• Menghalang tekanan dan meningkatkan rintangan unggas terhadap penyakit.
• Membekal pelbagai vitamin dan asid amino yang diperlukan untuk tumbesaran.
• Meningkatkan nisbah pertukaran makanan dalam membentuk daging (FCR).
• Menghalang tekanan dan meningkatkan rintangan unggas terhadap penyakit.
Dos dan kaedah guna :
Umur unggas 0-6 minggu:
1 gram untuk 2 liter air minuman atau 1 gram untuk 1 kg makanan.
Umur 6 minggu - matang:
1 gram untuk 3 liter air minuman atau 1 gram untuk 1.5 kg makanan.
Umur unggas 0-6 minggu:
1 gram untuk 2 liter air minuman atau 1 gram untuk 1 kg makanan.
Umur 6 minggu - matang:
1 gram untuk 3 liter air minuman atau 1 gram untuk 1.5 kg makanan.
Didatangkan dalam bentuk :
Sacet : 5 g
Di reban aku, selalunya aku pakai untuk gemukkan ayam brahma muda yg mmg terkenal dengan perangai kurang selera makan, alhamdulillah lps bagi NEOBRO seleranya bertambah dan ayam kembali berat dan berdaging. Kalau tak mmg kurus melidi jelah
Sacet : 5 g
Di reban aku, selalunya aku pakai untuk gemukkan ayam brahma muda yg mmg terkenal dengan perangai kurang selera makan, alhamdulillah lps bagi NEOBRO seleranya bertambah dan ayam kembali berat dan berdaging. Kalau tak mmg kurus melidi jelah
Saturday, January 11, 2014
MERPATI KURUS – APA PUNCANYA?
Salam sejahtera kepada
rakan-rakan peminat tegar unggas hiasan di serata dunia yang melawat dan faham
tulisan dalam blog aku ni… Alhamdulillah aku diberi kesempatan lagi untuk
menulis dalam blog kesayangan aku ni. Sejak
akhir2 ni mmg aku sibuk sgt2.. dengan kerja hakiki dan kerja tak hakiki hehe..
apapun aku akan gunakan peluang menulis kali ni untuk sedaya upaya menyampaikan
info yang berguna untuk rakan2 semua.
Berbalik kepada tajuk seperti yg
aku tulis ka atas tu. Tajuk ini bukan
sahaja dibincangkan untuk merpati tetapi boleh diaplikasikan kepada hampir
semua jenis unggas seperti ayam dan spesis burung lain. Ramai penternak merpati termasuk aku pernah
mengalami masalah merpati tiba-tiba dikesan menjadi kurus sehingga tulang dada
menjadi macam belakang parang sebab dah
takder daging di kiri dan kanan tulang tu… agak menyedihkan bila tengok keadaan
merpati pula yang monyok dengan bulu yg kusam tidak bersinar menunjukkan ia tak
sihat. Apa puncanya? Mari kita selidik
sama2… Aku sendiri pernah beberapa kali kehilangan merpati dan ayam kesayangan
akibat penyakit senyap ni… aku usaha hari2 untuk suap makan dan sebagainya
tetapi tetap tak berkesan, seolah-olah ada ‘jin’ dalam tubuh merpati tu yg
makan semua makanan yg disuap… jika dikaji dengan teliti, ada berbagai
kemungkinan yg dapat diteka.. antaranya adalah CACING, SALMONELLA (PARATYPOID)
dan COCCIDIOSIS. Kebanyakan daripada
kita mmg tak mampu atau tak sempat nak teka penyakit mana satu yg ada pada
merpati tu… atau 2 penyakit hinggap sekaligus atau semua penyakit tu ada pada
si merpati malang tu. Merpati dalam
kurungan perlukan nutrient yg lebih, penjagaan yang lebih dan perhatian yang
lebih. Tak sama macam merpati liar yang bebas
mencari ubat semulajadinya dari alam dan berjemur di bawah sinar matahari
selama mana di perlukan dan ditempat mana diperlukan. Pendek kata, bila ia dikurung, kitalah
segalanya bagi merpati ni… kitalah ayah, kitalah ibu, kitalah guru, kitalah
doktornya…. Dan selaku semua tu, wajiblah kita mencari dan memberi nutrien yg
cukup utk mereka. So balik kpd cerita
tadi, sebagai org yang tak pandai meneka atau dah puas meneka atau baik tak
payah teka, sbb kalau duk teka2 ni… belum sempat dapat jawapan, merpati
kesayangan dan ‘jalan’ dulu dah… huhu.
Untuk rawatan yg pernah aku jalankan bg merpati mcm ni ada beberapa
langkah :
1.
Asingkan merpati ke sangkar kuarantin dan biar
satu sangkar cuma seekor. Guna sangkar
kecik pun dah ok… muat utk seekor merpati dan selesa.
2.
Isikan air bersih tanpa klorin. Air bertapis kat rumahpun ok, air paip yg
ditag 2 haripun ok sbb klorin dah neutral lepas 2 hari tu.
3.
Isikan makanan/dedak yg berkualiti atau utk
selamat bg jer Goldcoin 201C (tapis supaya tiada serbuk halus, cuma bijian yang
mudah ditelan, serbuk halus akan melekat pd lelangit merpati).
4.
Awasi najis dari burung tersebut, najis yg jatuh
dalam tray sangkar akan mudah dilihat dan diamati. Cuci secara harian bg memudahkan kerja
mengenalpasti kalau ada cacing ker, berak hijau ker, berak putih ker, berak
cair ker atau tak berak ker hehe..
5.
Langkah pertama lepas dah masuk sangkar n semua
setting dah sempurna adalah bagi mkn ubat cacing ikut dos yg telah ditetapkan,
boleh pakai ubat cacing Mediworm, Combi Worm, Cestolin dan sebagainya yg tuan2
pernah guna dan berkesan.
6.
Langkah seterusnya adalah bagi vitamin B12 spt
Multivit B12 ikut dos selama seminggu.
Lepas tu kurangkan sedikit demi sedikit dgn campur dalam makanan merpati
tu. Maksudnya boleh bagi separuh atau sepertiga atau seperempat dari dos asal
kalau didapati merpati dah mula naik berat badan. Dalam duk bagi B12 tu, bagi jugak ubat utk
salmonella dan coccidiosis spt MEDPET 4 in 1.
Cth sebelah pagi bg B12 so sebelah ptg bg 4 in 1. Buat selama seminggu seiring dgn B12. Makanan n bekas air jgn lupa bersihkan jika
ada kotoran. Dalam dedak selalulah letak
serbuk kunyit dan NEOBRO skit. Biar ada
antibak semulajadi n nutrient tambahan.
7.
Lepas merpati tu agak berisi anda bolehlah
sembelih buat sup… erk.. step ni anda tak payah la ikut kalau tak sanggup hahahaha.
Tu lah nasihat yang boleh aku
bagi utk kawan2… aku ni menulis berdasarkan pengalaman. Yg aku ceritakan kat sini adalah pengalaman
aku semasa duk rawat merpati n ayam.
Kalau pengalaman org aku tak berani masuk sini, takut mati merpati
korang aku jugak kena maki huhuhu.
Selamat mencuba kawan2