Monday, August 24, 2015

JOM BELA BSFL (BLACK SOLDIER FLY LARVAE)


Black soldier fly atau nama saintifiknya Hermetia illucens adalah sejenis lalat yang aneh kerana ia tidak makan sepanjang tempoh ia dalam betuk seekor lalat.  Ia hanya mengawan dan bertelur.  Pelikkan?  Tp dalam peliknya, banyak rupanya manfaat dari lalat ni.  Terutama bagi kita para penternak ayam dan unggas lainnya. Jom kita bongkar!!
Ulat lalat jenis ini yang kita kenali sebagai black soldier fly larvae (bsfl) boleh digunakan dalam aktiviti menguruskan sisa najis haiwan ternakan contohnya ayam, juga berkesan dalam mengawal populasi lalat rumah.  Selain dari itu, terdapat satu lagi manfaat besar bsfl yang mengandungi protein yang tinggi  iaitu sebagai makanan ternakan termasuk unggas dan ikan. 
Kitaran Hidup BSF
Telur bsf biasanya akan mula menetas setelah 4 hari dari hari ia dikeluarkan oleh bsf betina.  Biasanya lalat betina akan bertelur (500 – 1200 biji telur ) pada dinding yang bersih di mana di bahagian bawahnya terdapat sumber makanan untuk anak2nya nanti.  Ini menjadikan bsf adalah sejenis lalat pembersih tanpa bawaan kuman pada kakinya.  Setelah 4 hari, bsfl akan mula menetas dan jatuh ke bawah iaitu ke dalam sumber makanannya, ia mula makan dengan lahap di samping mencerna sisa tersebut menjadi kompos. 
 
Peringkat larvanya mengambil masa 13 – 18 hari di mana ia akan makan, makan dan makan sebanyaknya.  Dalam proses ini ia secara tidak sengaja menukarkan bahan sisa kepada protein di dalam tubuhnya dan kompos dari tinjanya.  Dengan hanya telur-telur seberat 1g akan menghasilkan 2.4 kg larva yang penuh dengan protein.  Hebatkan!
 
Pra-pupa adalah tahap di mana larva akan bertukar kepada pupa.  Mengambil masa 6-7 hari di mana warna kulit akan mula berubah gelap dan keras.  Ia masih makan tetapi jumlah semakin sedikit dan gerakan semakin kurang.
 
Setelah itu, ia terus menjadi pupa dan berhenti makan.  Ia akan kekal menjadi pupa selama 10 hari hingga berbulan mengikut kesesuaian untuk ia berubah kepada bsf dewasa.

 
Setelah bertukar kepada bsf dewasa, ia akan kembali menjalankan tugasan yang sama seperti ibu dan ayahnya iaitu mengawan dan bertelur.  Pada ketika ini, ia hanya ada masa 5-8 hari sahaja untuk menyelesaikan tugas tersebut kerana setelah itu iapun akan mati. Mungkin sakit tua hehehe.
Jika kita lihat, kitaran hidup lalat ini sangat ringkas dan memberi manfaat kepada alam pada setiap kitarannya.  Alhamdulillah Allah pertemukan manusia dengan kelebihan lalat ini dan berjaya dikaji dengan baik.
Kandungan nutrient dalam bsfl.
 
17 - 42 % protein.
 
Kaedah Membiakkan BSFL
Bahan-bahannya :
       1.       Bekas A
       2.       Bekas B : Saiz lebih kecil dari bekal A
       3.       Pita perekat / gam
       4.       Sisa buah, dedak atau sisa dapur
       5.       Kertas kadbod (kotak barang)
       6.       Batu-bata
Kaedah :

 
Dengan merujuk rajah di atas, biar saya ceritakan perjalanan bsf ini menggunakan point angka dalam bulatan pink seperti berikut :
 
1. Pada point 1, bsf terbang ke lokasi setelah mengesan ada sisa dapur yang boleh menjadi makanan kepada bakal anak2nya.
 
2. Point 2 menunjukkan bahawa bsf telah hinggap di kadbod dan bertelur di liang-liang kadbod tersebut. (Kadbod dilekatkan pada dinding bekas B menggunakan pita pelekat) Rujuk juga rajah di bawah.
 
 
 
3.  Point 3 pula menunjukkan bsfl yang baru menetas jatuh ke dalam sisa dapur dan makan serta membesar di situ.
 
4.  Point 4 adalah di mana bsfl hampir matang merangkak keluar dari bekas yang lembab mencari tempat kering untuk bertukar menjadi pupa, persediaan ke alam dewasa.
 
5.  Pada point ini, bsfl matang telah berkumpul di dalam bekas A dan terperangkap di situ.  Pada keadaan ini, bsfl mudah diambil untuk diberi makan kepada ternakan kita.  Alhamdulillah.
 
Sekian sedikit perkongsian dari saya berkaitan penghasilan bsfl, banyak lagi penjelasan perlu saya lakukan dalam tulisan kali ini.  Akan tetapi atas kesuntukan masa, sy terpaksa update tulisan ini supaya lebih lengkap dari masa ke semasa sebagai rujukan kita bersama di masa hadapan.
 
Sekian dari saya.  Wassalam.

Friday, August 14, 2015

TIAMULIN : ANTIBIOTIK TERHEBAT 2015

 
TIAMULIN FUMARATE
     Tiamulin fumarate atau dikenali sebagai TIAMULIN selepas ini adalah biasanya berbentuk serbuk putih atau hampir putih, tidak berbau, tanpa rasa yang biasanya digunakan bagi merawat penyakit pernafasan pada ayam, itik dan burung.  Dalam keadaan keringnya, serbuk putih tiamulin perlulah mengandungi paling kurang 98% bahan tiamulin tulen.  Serbuk tiamulin adalah serbuk larut air tetapi kerapkali menjadi mendakan setelah beberapa jam ditinggalkan di dalam bekas minuman ayam.  Kaedah penggunaan adalah dengan mencampurkan 1 gram tiamulin (1 sudu teh) kepada 5-10 liter air minuman ayam.  Tiamulin adalah sesuai bagi merawat jangkitan akibat mycoplasma iaitu sejenis bakteria yang tidak mempunyai dinding sel.  Ini kerana kebanyakan antibiotik akan menyerang dinding sel bagi membunuh bakteria, namun begitu, mycoplasma akan selamat kerana ia tidak mempunyai dinding sel kecuali jika diberikan TIAMULIN.
     Pengalaman saya menggunakan tiamulin jenis serbuk ini sejak 3 bulan lalu telah memberikan harapan baru dalam rawatan penyakit ayam khususkan akibat jangkitan bakteria dan virus (kecuali sampar) yang sukar dirawat dengan menggunakan antibiotik jenis lain seperti amoxcicilin, oxytetracycline dan terramycine.  Dengan campuran 1 gram kepada 5 liter air, tindakbalas yang sangat positif telah diperolehi ke atas ayam-ayam yang menghadapi masalah jangkitan selsema (coryza), berak darah (coccidiosis), berak kapur (pullorum), berak hijau (cholera) dan puru (fowl pox).  Walaupun tempoh rawatan adalah selama 5-7 hari, namun begitu ayam-ayam yang dijangkiti dan berada dalam tahap permulaan dan sederhana akan mula menunjukkan kesan pemulihan pada hari ke-3 rawatan.  Rawatan diteruskan juga hingga hari ke-7 bagi menghapuskan saki-baki bakteria dan virus yang terdapat dalam tubuh ayam.  Seperti biasa, setelah rawatan selesai, ayam perlu direhatkan tanpa sebarang antibiotik selama 7 hari bagi memastikan daging ayam bebas dari antibiotik sebelum disembelih untuk jualan.
     Walaupun penggunaan tiamulin telah memberikan keputusan yang sangat baik, namun dinasihatkan supaya penggiliran jenis-jenis antibiotik dijalankan bagi memastikan bakteria dan virus yang bermutasi akan tetap terhapus apabila diberikan antibiotik yang berbeza.
 
 
Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tiamulin ini, mohon mesej atau whatsapp saya di talian 012-524 5002  (nizam).
Harga adalah RM15.00 bagi setiap 30 gram.
S. Malaysia : Kos POSLAJU adalah RM  6.00 bagi bagi berat kurang dari 500 gram.
Sab & Sar   : Kos POSLAJU adalah RM10.00 bagi bagi berat kurang dari 500 gram.