Thursday, February 4, 2010

Jom tanam timun


Pokok timun kat kebun aku yg tengah membesar.


Buah timun susu yg kontot dan gemuk.


Benih timun susu atau F1 118

Selamat petang semua, kat kebun aku ada tanam timun.. ada dalam 1500 beg.. walaupun dengan keluasan tanah tu boleh buat sampai 3000 beg tapi aku reserve utk ayam aku yg selebihnya tu.. satu polibeg aku letak 2 biji benih.. dulu aku letak satu jer, tp sekarang aku letak 2 sbb nak cepat dpt hasil dan kejer tak la teruk sgt... Setakat sekarang ada dalam 1400 beg yg dah tumbuh + berbunga.. tanam tak seragam sbb selang beberapa hari sbb terputus bekalan biji benih hari tu.. mula-mula aku ambik alih kebun ni, tuan asal tanam timun hijau baka F1 105.. time aku sampai cuma tinggal skit jer benih tu.. so aku cari benih baru tp 105 dah tak kuar sbb masalah kat syarikat pengeluarnya di mana ntah.. so aku dapat benih timun susu atau F1 118. Mmg le timun nih sedap dimakan sbb cam tak pahit langsung, tp penjagaannya.. mak aihhh... lotih den ni haa... baja nak byk, racun nak selalu, silap jer bengkok, kontot dsb.. so aku terpaksa terminate baka ni kat kebun aku.. tp kat kebun org lain cam menjadik jugak ( elok skit jer dr kat aku punya kebun ).. harga dapat jugak RM1.50/kg kat kedai Acheh sekitar Semenyih..


Baka baru yg aku ambik ni adalah timun Harmony dan timun kampung dari MARDI. Ni tgh tunggu hasil, kut2 menjadik... kedua2 ni adalah baka timun hijau.. so cam murah skit la harga dia, RM1/kg mungkin.. Aku jugak ada tanam terung panjang dan bakal tanam kacang panjang, petola dan cili padi juga secara fertigasi .. benih dah ada tinggal nak isi polibeg ngan cocopeat jer lg..

Tuesday, February 2, 2010

Mesin Penetasan



Kali ni aku nak bercerita berkenaan incubator atau dalam bahasa Melayunya, mesin penetasan. Di Malaysia ni aku tgk, setiap peternak moden dah jatuh hukum wajib dah utk memiliki paling kurang sebuah incubator utk tetaskan telur ayam atau unggas mereka sendiri. Kalau kat luar negeri dah berabad diaorg gunakan teknologi nih. Kat Malaysia baru mula berkembang jer.. tp mmg laju perkembangannya.

Banyak jenis mesin ni kat negara kita sekarang ni, berbagai jenis model.. ada yg buatan sendiri dan ada yg diimport dari USA, Indonesia, Taiwan, China dan negara lain. Tp konsepnya tetap sama, bertujuan menetaskan telur dengan kadar seragam dan membenarkan kawalan penetasan semaksima mungkin. Ini bermaksud, penetasan dapat dijadualkan dari segi jumlah dan tarikh telur menetas. Keselamatan telur juga lebih terjamin, ye la kan.. kalo dah tiap-tiap hari kita kutip telur tu, takder ler sempat kat kera, monyet, biawak, musang dan lain-lain pemangsa. Kalo masuk ke incubator mustahil pulak biawak leh masuk ambik.. :) So bagi aku mesin ni amatlah penting di reban aku tu.. alhamdulillah.. bersyukur aku sbb aku mampu buat sendiri mesin ni.. yg auto ker manual ker semua aku buat sendiri jer.. bukan nak riak tp bila dah faham konsep campur lak dgn ilmu time belajar dulu skit.. terhasil la incubator yg tak seberapa. Asal menetas dah la...

Gambar-gambar yg aku masukkan ke sini adalah antara incubator yg aku hasilkan sendiri, dan sebenarnya aku juga merupakan pembuat dan penjual incubator.. dah dekat 200 biji aku jual dari thn 2007 dulu.. itu belum campur yg dari thn 1996.. model plywood masa tu.. rezki aku murah setakat ni. Alhamdulillah sekali lg.



Manual eggs turner
utk incubator manual.



Anak itik menetas dalam incubator automatik.




Inilah barisan incubator yang aku guna direban aku.



Monday, February 1, 2010

Wild Turkey dan Black Spanish Turkey

Salam para pelawat blog,

Kali ni aku nak bercerita pasal ayam belanda yg ada di reban aku, ada dua jenis kalo tak silap aku la.. yg biasa tu cam asal Wild Turkey dari Amerika Utara dan yang satu jenis Black Spanish Turkey. Aku dapat baka ni dari Kuala Ketil, Kedah.. aku tengah memburu Bourbon Red tp modal tadak lg.. so cool dulu la.. yg ligat dok buat anak adalah 2 jenis ni la.. aku risau kalo nak bawak masuk jenis yg besar sgt, sbb kebanyakan induk yg besar dan berat akan alami masalah pembiakan, proses mengawan tidak dapat dijalankan secara semulajadi.. ini akan menyumbang kepada masalah fertility pada telur-telur yg bakal dieram.. kan tak best tuu.. tp mlm td ada offer dari waa ramli utk baka Nicholas 700.



Baka Nicholas 700 ( Jantan & Betina )


Baka jenis ini mempunyai berat badan yang boleh menjangkau sehingga 17kg dalam masa 20 minggu (lebih kurang 5 bulan). Mempunyai dada yang penuh dgn daging. Selain itu Nicholas 700 tidak perlu memerlukan makanan yang lebih kalau dibandingkan dgn ayam belanda baka lain. Aku teringin jugak tp kena buat bajet dulu..

Apapun sekarang aku maintain baka lama dulu. Di bawah sedikit cerita berkenaan baka ayam belanda lama aku :

Wild Turkey

Ayam belanda jenis ini berasal dari North America. Berat dewasa adalah 7.6-12.6 kg bagi jantan dan 3.6-5.4 kg bagi betina. Wild Turkey betina akan matang dan bertelur pada usia 9 bulan dengan telur sebanyak 8-14 biji untuk satu pusingan. Dipercayai kebanyakan baka ayam belanda yang ada di Malaysia adalah dari baka ini yang telah dikacuk. Ini adalah berdasarkan berat dan warna bulunya.



Black Spanish Turkey

Ayam belanda jenis ini berasal dari Eropah tetapi popular di Spain dengan nama Black Spanish. Dalam masa 6-7 bulan beratnya boleh mencapai 10.0 kg bagi jantan dan 6.3 kg bagi betina jika menerima makanan yang cukup. Berat dewasa adalah 13.5-15.7 kg bagi jantan dan 6.7-9 kg bagi betina. Black Spanish betina akan matang dan bertelur pada usia 9 bulan.

Itik Aylesbury atau Pekin ???


Jumaat ptg lepas (15/01/10) aku pegi rumah abg bob di teras jernang, bangi... itupun sbb aku dapat info dari member aku yg tinggal dekat dengan rumah dia. Kata member aku, dia ada nampak bro ni bela anak itik baru, putih tp tatau itik apa.. so aku yg sedia ada no dia terus jer kol hp dia n tanya.. itik apa yg dia bela.. sekali dia jawab.. "ntah la zam, abg pun tatau itik apa.. tp kata cina yg jual tu itik telur.. telurnya dibuat telur asin.. " nah ambik koo... sekali ngan aku tatau itik tu baka apa.. nak kata itik muscovy cam bukan laju semacam jer gerakannya.. tp takper, aku oder jugak 50 ekor.. gamble jer la.. pi mai pi mai pun nanti leh jual telur.. so tup tup sabtu lepas abg bob dah dapat 50 ekor anak itik utk aku.. so aku terus pi ambik n bayar duit kat dia.. tq abg bob sbb pecaya aku... aku kirim air liur jer kat dia dgn modal tempoh perkenalan 2 minggu... tp dah rezki, dia cam pecaya jer ngan aku...

Bila dah dpt anak itik tu aku mula dok pikir.. itik apa yg aku beli ni.. satu hari aku pegi pasa klang, terjumpa kedai pets yg jual anak itik sebijik cam aku punya.. so aku tanya dia, itik tu n bila besar camner rupanya.. cam apek ker? apek pun jawa " mana ada itik sama cam wa.. u ada nampak itu itik kaa.. aaa itu macam la sudah besar nanti" oo nampak cam itik pekin.. tp pekin utk daging.. dan itik ni cam cool jer.. aku balik surf internet na jumpa la baka aylesbury ni.. yg dipelihara utk daging tp bertelur byk jugak...tp sampai hari ni aku masih konfius samada itik yg aku bela nih baka pekin ker atau aylesbury.. tgk la bila dah besar skit nanti...

Itik Aylesbury

Itik jenis ini adalah dibiakkan untuk daging. Warna bulunya putih keseluruhan. Baka tulennya mempunyai paruh yang berwarna pink dan kaki yang berwarna oren terang. Jika paruhnya berwarna oren, ia mungkin telah dikacukkan dengan itik baka Pekin. Beratnya boleh mencapai 4.5 -5.4 kg (10 to 12 lb) bagi jantan dan 4.1-5.0 kg (9 to 11 lb) bagi betina. Kebanyakan baka yang dikenali sebagai itik Aylesbury pada hari ini adalah baka kacukan dengan itik Pekin. Bertelur 300 biji/tahun.


Itik Pekin

Itik jenis ini adalah dibiakkan untuk daging. Warna bulunya putih keseluruhan. Cepat membesar dan mempunyai penukaran makanan yang baik.
Beratnya boleh mencapai 4.0-5.4 kg (9 to 12 lb) bagi jantan dan 3.6-4.0 kg (8 to 9 lb) bagi betina. Ia bertelur kira-kira 160 biji semusim. Nisbah pembiakan adalah 1:5.

White Leghorn - Baka Penelur Unggul







Salam semua, semalam aku dapat call dari waa ramli.. anak ayam baka White Leghorn pure breed yang aku tempah dulu dah ada stok.. aku oder tak banyak.. 20 ekor jer ( foto anak dalam kotak tu )... tp aku respek waa sbb sanggup dtg hantar ke tol bangi... tahniah waa !! so mlm td aku jumpa waa dan ambik ayam jam 12 lebih rasanya.. tak larat nak hantar ke reban di semenyih so aku bawak balik ke rumah kat bangi dulu dan pg tadi baru hantar ke reban..

Aku mula berminat dengan baka ni sbb ia jarang ada kat Malaysia dan ia dah terbukti satu baka penelur yg sangat baik... telurnya besar dan rintangan penyakit tinggi sbb ia adalah baka asli, bukan kacukan.. kawan aku (zul - beranang) pun ada bela jugak aku tgk.. tu yang beminat tu... buat masa ni aku nak jaga n didik betul2 supaya kemudian hari akan dapat hasil yg baik. Mungkin aku akan buat kajian kacukan ttp baka asli akan aku kekalkan di reban aku.

Berikut adalah sedikit ifo berkenaan baka ini :

Leghorn adalah baka ayam berasal dari Tuscany, Italy. Bakanya yang pertama diimport ke Amerika Utara dalam tahun 1953 dikenali sebagai Italians. Menjelang tahun 1865 baka ini dikenali sebagai Livorno iaitu salah satu bandar di Italy yang dalam bahasa Inggerisnya bermaksud Leghorn.

White Leghorn adalah di antara baka penelur yang paling popular di dunia. Baka yang diiktiraf oleh American Poultry Association (APA) dan American Bantam Association (ABA) adalah white, red, black tailed red, light brown, dark brown, black, blue, buff, Columbian, buff Columbian, barred, exchequer dan silver. Kebanyakan mempunyai pial tunggal yang lebar dan merah.
Baka Leghorn adalah antara penelur terbaik (sekitar 280 biji setahun) dengan kadar tukaran makanan-telur yang sangat hebat. Ia adalah baka ringan dengan berat badan cuma 1.35 – 1.8 kg sahaja dan matang dengan cepat. Leghorn sangat aktif dan sejenis ayam yang suka terbang. Leghorn adalah sejenis ayam yang bising.

Di USA, baka ini dijadikan bahan kajian dalam makmal untuk kajian embrio dan biologi unggas.

Kematian Pejantan Ayam Belanda









Ayam mati !!?? Kenapa ? Mengapa ? Bagaimana ? Semua persoalan timbul dalam otak aku time tu.. Ayam belanda jantan aku mati sekor pagi td.. pekerja aku kol bgtau pg td jam 9 lebih kurang.. peristiwa berlaku awal pagi jam 3 tp kredit tepon pekerja aku tadak so pg td br bgtau.. macamana boleh mati?? Kalo korang tgk kesan gigitan dalam gambar tu agak2 apa yg gigit ayam malang nih.. MUSANG.... ya itulah jawapan yg pekerja aku bagi.. sekor musang yang beratnya lebih kurang 5 kilo sekor dah bunuh ayam belanda yg seberat 7 kilo senang2 jer.. mengikut kajian forensik yg aku buat pg tadi, musang tu cam dah tarik kepala ayam keluar ikut jaring hijau dan ayam tu meronta kelemasan sampai koyak jaring tu.. koyak kulit leher dan mati. Cengkaman rahang musang nih boleh tahan kuatnya.. masa pekerja aku keluar tgk apa yg jadik musang tu sempat lari panjat tiang elektrik dan meniti kat atas kabel dengan cekap sekali cam dlm sarkis... ayam tu ditinggalkan dalam keadaaan nyawa-nyawa ayam.. pekerja aku ni tak pandai semelih ayam so.. tak berapa minit lepas tu ayam tu pun mati la sia-sia..
Utk pengetahuan korang, ayam jantan tu adalah ayam baka yg paling produktif kat kebun aku.. tu yang sangat menyedihkan.. kebanyakan telur yg terhasil dari rebannya mmg ada benih dan menetas dengan sihat... first time dapat tau apa sebab kematian tu aku dah cuak.. kalo pg tadi dia melawat, maknanya esok lusa pun dia dtg lg la.. adusss... hancusss.. perangkap!! ermmm.. cam best jer.. nanti aku nak buat perangkap..