Pokok timun kat kebun aku yg tengah membesar.
Buah timun susu yg kontot dan gemuk.
Benih timun susu atau F1 118
Selamat petang semua, kat kebun aku ada tanam timun.. ada dalam 1500 beg.. walaupun dengan keluasan tanah tu boleh buat sampai 3000 beg tapi aku reserve utk ayam aku yg selebihnya tu.. satu polibeg aku letak 2 biji benih.. dulu aku letak satu jer, tp sekarang aku letak 2 sbb nak cepat dpt hasil dan kejer tak la teruk sgt... Setakat sekarang ada dalam 1400 beg yg dah tumbuh + berbunga.. tanam tak seragam sbb selang beberapa hari sbb terputus bekalan biji benih hari tu.. mula-mula aku ambik alih kebun ni, tuan asal tanam timun hijau baka F1 105.. time aku sampai cuma tinggal skit jer benih tu.. so aku cari benih baru tp 105 dah tak kuar sbb masalah kat syarikat pengeluarnya di mana ntah.. so aku dapat benih timun susu atau F1 118. Mmg le timun nih sedap dimakan sbb cam tak pahit langsung, tp penjagaannya.. mak aihhh... lotih den ni haa... baja nak byk, racun nak selalu, silap jer bengkok, kontot dsb.. so aku terpaksa terminate baka ni kat kebun aku.. tp kat kebun org lain cam menjadik jugak ( elok skit jer dr kat aku punya kebun ).. harga dapat jugak RM1.50/kg kat kedai Acheh sekitar Semenyih..
Baka baru yg aku ambik ni adalah timun Harmony dan timun kampung dari MARDI. Ni tgh tunggu hasil, kut2 menjadik... kedua2 ni adalah baka timun hijau.. so cam murah skit la harga dia, RM1/kg mungkin.. Aku jugak ada tanam terung panjang dan bakal tanam kacang panjang, petola dan cili padi juga secara fertigasi .. benih dah ada tinggal nak isi polibeg ngan cocopeat jer lg..