Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada
para follower blog saya yang tidak seberapa ini. Akhir-akhir ini saya
berkesempatan untuk update blog dengan lebih kerap memandangkan jawatan pun
sudah berubah, lebih banyak masa untuk family dan hobi. Semuanya setelah
2 tahun berhempas pulas menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh pihak
pengurusan. Alhamdulillah. Jadi dengan kesempatan yang diberikan oleh
Allah ini, saya cuba sedaya upaya back on track berkongsi ilmu dengan tuan/puan
dalam perihal ternakan unggas.
Kali
ini dengan tajuk yang sangat jarang dirungkaikan. Kebanyakan tajuk
membincangkan prosedur menggunakan incubator dengan cara yang betul tetapi jika
telur masih gagal menetas walaupun terbukti embrio berkembang pada mulanya,
apakah punca yang dapat dikenalpasti dan perlu diatasi oleh kita? Ayuh
kita bincangkan bersama dalam tulisan saya pada kali ini.
Pertama sekali biarlah saya jelaskan apakah maksud "Dead-In-Shell"
ini. Istilah ini digunakan para penternak unggas dalam memberi nama kepada
kejadian embrio mati di dalam telur tanpa sempat menetas samada ia telah
menebuk mahupun tidak.
Kebanyakan kes "Dead-In-Shell" berlaku dalam masa 3 hari
pertama eraman ataupun selepas 3 hari akhir eraman. Namun begitu tidak
dinafikan terdapat kes-kes selain masa itu yang mana embrio mati pada bila-bila masa
sepanjang tempoh eraman. Apapun puncanya, Allah mahu manusia berusaha
mengkaji, memahami dan memperbaikinya, In sha Allah.
Sejak 1996 saya mula membina inkubator dan menjalankan penetasan sendiri,
pelbagai cabaran yang saya tempuhi. Dengan ilmu yang cetek, banyak
telur-telur yang dibuang begitu sahaja sepanjang tempoh pengeraman.
Sedikit demi sedikit ilmu bertambah dan praktikal pun mula berkembang.
Inkubator dinaiktaraf dari masa ke semasa bagi mendapatkan peratusan penetasan
yang paling tinggi. Saya cuba untuk 100% jadi jika dapat, 90% dah kira
tinggi bagi sebuah inkubator. Alhamdulillah inkubator saya dengan jagaan
yang sempurna pernah mencapai 100% beberapa kali dalam setahun. Pelbagai
faktor mempengaruhi yang mana perlu kita bincangkan sekarang!!
Berikut
adalah sebab-sebab biasa yang menjadikan "Dead-In-Shell" sebagai
realiti:
1.
Kelemahan rekabentuk dan larasan incubator
Sebuah incubator perlu memenuhi 4 perkara asas iaitu :
a. julat suhu yang sesuai
Kesilapan
yang paling kerap dilakukan oleh pembuat dan penjaga incubator adalah
mengukur suhu bukan pada permukaan atas kulit telur. Tidak dibafikan anda
boleh mamsang sensor termostat atau thermometer tergantung ditengah incubator
namun semasa membuat kalibrasi, perlu diingat bahawa sensor "wajib"
diletakkan dan suhu dibaca betul-betul di atas permukaan kulit telur.
Dengan kata lain, sensor perlu diletakkan di atas kulit telur. Bukan
diudara! Ini adalah bagi memberikan bacaan yang tepat berkenaan nilai
suhu sebenar yang diterima oleh embrio dalam telur. Udara adalah penebat
haba yang paling baik, jadi tidak hairanlah perbezaan suhu yang ketara
akan diperolehi jika posisi sensor berbeza walaupun hanya seinci! Julat
suhu juga memainkan peranan penting, apabila "suhu atas" sebenar
telah diperolehi, "suhu bawah" perlu diset pada termostat dengan
tepat. Seeloknya 0.5 - 1 darjah Celcius sahaja. Contohnya
menjadikan "suhu atas" 38 dan "suhu bawah" 37 atau
37.5. Julat suhu yang kecil mengebabkan embrio sempat bertenang dan
sekiranya berlaku kegagalan termostat, julat suhu inilah yang akan
menyelamatkan embrio. Tolong jangan setkan termostat tanpa julat suhu,
contohnya "suhu atas" 38 dan "suhu bawah" juga 38, bukan
sahaja embrio menjadi gila malah life span termostat dan perkakas lain
incubator juga menjadi pendek.
b.
julat kelembapan yang sesuai
Kelembapan
paling sukar dilaras kerana wap air yang terhasil dalam udara sukar dihapus dan
dijana dalam masa singkat, tidak sama seperti haba. Oleh itu hygrometer
perlulah dipasang untuk pemantauan yang berpanjangan. Elakkan hanya
bergantung kepada teori dalam internet dan bahan bacaan sahaja. Malah
jika anda seorang pembuat incubator, amalkan kajian sendiri berkaitan incubator
ciptaan anda, kaedah "try and error" atau istilah lebih baik,
"cuba jaya" sangat diperlukan dalam hal ini. Kelembapan
diperlukan bagi memastikan embrio sentiasa berkembang dalam persekitaran normal
kerana apabila haba dijana di dalam incubator, kelembapan normal dari
persekitaran luar tidak dapat masuk ke dalam incubator, seolah-olah incubator
mencipta dunianya yang tersendiri. Jadi kita "wajib" memberikan
ia kelembapan buatan dengan menyediakan takungan air yang terdedah bagi
membolehkan peratusan kelembapan mencecah antara 65-75% dan ini bergantung pula
kepada umur telur yang dieram. Sangat subjektif dan memeningkan kepala
jika anda adalah orang baru dalam bidang ini. Tetapi percayalah, saya
juga telah alami perkara ini beberapa belas tahun lepas, ditambah lagi tiada
pakar rujuk untuk dijadikan mentor di kawasan sekitar saya. Kelebapan
yang tidak mencukupi menyebabkan membrane kulit telur menjadi liat dan anak
ayam tidak dapat memecahkannya walaupun dari dalam.
c.
jumlah putaran yang sesuai
Kenapa telur perlu diputar? Sangat penting sebenarnya (semua yang saya
bincangkan di sini adalah penting sebenarnya :)), ibu ayam sendiri
memutarkan telurnya tetapi tidak pula sampai mengukur berapa darjah setiap kali
membuat putaran! Tujuan memutarkan telur adalah untuk memastikan embrio
tidak melekat kepada membrane telur dan seterusnya mati. Embrio adalah
anak ayam yang belum menetas, jadi sama seperti anak ayam, ia tertarik kepada
punca haba. Ia cenderung untuk 'berenang' merapati kulit telur dan
akhirnya secara tidak sengaja melekat pada membrane dan mati. Sangat
menyedihkan dan merugikan. Putaran telur terbaik adalah yang paling kerap
tetapi dengan gerakan yang sedikit, cukuplah dengan hanya 10-30 darjah.
Sekadar mengubah posisi tumpuan embrio pada haba yang baisanya dibekalkan dari
bahagian atas incubator. Putaran perlu dihentikan pada 3 hari terakhir
eraman iaiatu pada hari ke-18 pada eraman telur ayam yang tempoh eram total
adalah 21 hari. Kenapa? Bayangkan diri kita di dalam telur tersebut
dan hari ke 18 adalah hari di mana kita telah sedia untuk menebuk dan keluar,
kita akan berusaha mencari punca haba dan tebuk bahagian itu dahulu (Allah dah
jadikan naluri anak ayam macam tu sbb punca haba jika eraman induk ayam sendiri
juga dari atas). Jika kita tetap alihkan telur makan anak ayam terpaksa
berpusing di dalam telur untuk mengubah kedudukan, jika 5-6 kali terpaksa
mengubah kedudukan, anak ayam akan menjadi letih dan tidak sempat keluar dan mati
lemas. Setelah bersedia untuk menebuk, anak ayam cuma ada beberapa jam
sahaja untuk tebuk kulit telur dan hirup udara luar kerana udara dalam telur
hanya cukup untuk embrio, bukan untuk anak ayam lengkap. Liang udara
telur tidak dapat menyerap udara yang cukup untuk anak ayam yang keletihan
mencari posisi menebuk yang sepatutnya.
d.
tahap kebersihan yang terbaik
Kebersihan mmg diwajibkan dalam Islam. Merangkumi semuanya. Kerana
kebersihan menyihatkan dan dalam kes pengeraman, ia menyelamatkan nyawa!
Bagaimana? Persekitaran yang kotor dan tidak bersih, penuh dengan bakteria dan
virus yang membiak sangat menyumbang kepada kematian embrio di dalam
telur. Tidak ramai yang sedar kerana mereka telah membersihkan
incubator dengan baik. Sebenarnya membersih sahaja tidak cukup kerana
masih lagi terdapat bakteria dan virus berkeliaran mencari perumah (iaitu
telur ayam/embrio). Bakteria dan virus boleh masuk ke dalam telur melalui
liang udara di kulit telur yang telah tercemar. Seterusnya menjangkiti
embrio dan menyebabkan ia lemah dan tidak dapat keluar dari kulit telur kerana
tidak cukup tenaga akibat sakit. Kerap juga kita lihat anak ayam yang
Berjaya tetas masih lagi mati akibat daripada kesan jangkitan sedari dalam
kulit telur padahal adik beradiknya yang lain kekal sihat sehingga besar.
Embrio yang terjangkit akan menyebabkan kesukaran semasa penetasan, ada yang
belum sempat menebuk tetapi sudah mati, ada yang telah menebuk tetapi jug amati
dan ada juga yang telah Berjaya kelauar namun tetap mati kesan jangkitan tadi.
Jadi bagaimana untuk memastikan incubator anda bersih dan terhindar dari
jangkitan bakteria ataupun virus? Setiap penyakit ada ubatnya. Setiap
masalah ada jalan penyelesaiannya. Seperti apa yang kita tahu, Allah
jadikan alam dengan sangat seimbang. Bakteria dan virus dapat dihapuskan
dengan sinaran UV. Sinaran UV mmg diketahui terdapat dalam sinar
semulajadi matahari. Mendedahkan incubator dan perkakasannya selama
1 jam di bawah sinaran terik cahaya matahari akan membunuh semua bakteria dan
virus. In sha Allah. Proses dedahan ini ini perlu dijalankan setiap
kali incubator dicuci bagi menjamin kejadian "dead-in-shell".
2.
Kekurangan nutrien dalam telur
Ramai yang tidak peduli dengan kuantiti dan kualiti nutrien yang terdapat dalam
telur yang ingin mereka eram. Akibatnya, telur gagal menetas dengan
sempurna. Pemberian nutrien yang cukup dalam gizi para induk ayam sangat
diperlukan. Terutamanya jika ayam tersebut dipelihara secara sistem
kurungan yang mana pemberian makanan adalah hanya berhgantung kepada makanan
yang diberikan tanpa makanan tambahan yang boleh ayam tersebut cari
sendiri. Mungkin dedak yang kita berikan adalah dedak terbaik dan mengandungi
semua vitamin dan nutrien. Namun begitu, setiap baka dan keturunan ayam
memerlukan kuantiti vitamin yang berbeza walaupun jenis vitamin yang
sama. Oleh itu, kita perlu membuat kajian sendiri terhadap baka
yang kita pelihara untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan baka tersebut
bagi membolehkan kita meningkatkan mutu penetasan telurnya. PREMIX atau
ADDITIVE makanan yang bersesuai perlu diberikan mengikut tujuan ayam dipelihara
contohnya PREMIX PEMBAKA perlu diberikan dalam kes ini kerana induk ayam
akan mengeluarkan telur yang bakal dieram untuk tujuan penetasan. Antara
vitamin dan nutrien yang diperlukan untuk mengelakkan
"dead-in-shell" adalah seperti vitamin A, vitamin D, vitamin E,
thiamin, riboflavin (vitamin B2), niacin, biotin, panthothenic acid,
pyridoxine, folic acid, vitamin B12, manganese, zinc, iodine dan iron.
Setiap vitamin dan nutrien tersebut mempunyai fungsi masing-masing dalam
mengekalkan kesihatan dan daya hidup embrio sehingga menetas dan semuanya
terkandung dalam PREMIX PEMBAKA, cuma perlu campurkan dengan dedak. Dan
sekiranya anda menghadapi kesukaran dalam mencari PREMIX PEMBAKA ini, anda juga
bolehlah gunakan dedak keluaran GOLDCOIN kod 107 iaitu khas untuk pembaka.
3.
Kesilapan semasa menyimpan telur untuk eraman
Kaedah penyimpanan telur ayam sebelum pengeraman juga dalah tidak kurang
pentingnya. Walaupun belum dimasukkan ke dalam incubator, putaran telur perlu
juga dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Ini dilakukan atas
alasan yang sama iaitu mengelakkan germ dics (pemula embrio) melekat
pada membran telur. Disamping itu, telur juga perlu disimpan pada suhu
dan kelembapan bilik, bukan dalam plastic atau peti sejuk. Ini kerana
telur juga bernafas dan menyimpannya di dalam plastic akan menyebabkan ia lemas
akibat wap air terlalu banyak dan oksigen yang tidak cukup. Menyimpan di
dalam peti sejuk tidak membunuh emrio tetapi akan menyebabkan telur terhidrat
atau kehilangan air, jadi setiap telur yang dikeluarkan dari peti sejuk perlu
direhatkan pada udara biasa bagi mengembalikan semula kandungan air dalam
telur.
Sentiasa menyimpan telur dalam keadaan baring (seperti semulajadi dalam sarang
ayam) atau menegak dengan hujung yang tajam ke bawah. Ini mengelakkan
ruang udara dalam telur pecah dan rosak. Elakkan menyimpan dalam kain
atau berlapik sesuatu bahan yang boleh menyimpan lembapan kerana bakteria akan
membiak di sini. Elakkan juga dari sentiasa memegang telur dengan tangan
kosong tanpa lapik kerana tangan kita mempunyai enzim dan kuman yang
memudaratkan kulit telur iaitu memusnahkan lapisan perlindungan kulit telur
dari kuman. Kegagalan menyimpan telur dengan baik akan meyumbang kepada
kematian embrio pada peringkat awal eraman.
4.
Kulit telur yang terlalu tebal
Pernahkan kita lihat dan pecahkan telur ayam kampong, telur ayam telur, telur
ayam belanda, telur itik dan telur ayam mutiara? Kita dapat perhatikan
bahawa ketebalan kulit setiap jenis telur tersebut adalah berbeza.
Walaupun sazinya lebih kurang sama. Telur ayam kampong contohnya,
mempunyai kulit yang lebih nipis berbanding kulit telur ayam mutiara walaupun
saiznya adalah sama. Terapat beberapa factor yang menjadi
penyebabnya. Antaranya adalah, baka ayam mutiara lebih liar, ganas dan
kasar berbanding ayam kampong. Jadi ia memerlukan kulit telur yang tebal
dan kuat bagi mengelakkan ia pecah semasa induk ayam mutiara masuk ke sarang
dan mengeram telurnya. Oleh kerana anak ayam mutiara juga kuat, maka
tidak menjadi masalah besar baginya untuk memecahkan kulit telur tersebut dari
dalam. Bagi ayam kampong, ia kurang kasar (walaupun ada kes terpencil
kekasaran berlaku). Jadi anak ayam hanya mampu keluar sekiranya kulit
telur tidak terlalu tebal. Bayangkan jika anak ayam kampong diletakkan
dalam kulit telur ayam mutiara. Memang saya yakin, ia akan syahid di
dalam tu! :) Itulah yang akan terjadi sekiranya induk diberikan
kalsium yang berlebihan dan kalsium tersebut pula disalurkan secara berlebihan
bagi membina kulit telur. Bagaimana memastikan induk menerima bekalan
kalsium yang cukup? Pemerhatian adalah penting. Sila perhatikan
batch pertama telur yang dieram, sekiranya peratusan anak ayam yang berjaya
menebuk serentak tinggi maka kulit telur adalah normal. Di samping
itu juga, kaedah candling juga dapat melihat ketebalan setiap kulit
telur. Balikkan cahaya yang terang (tidak terlalu terang) memberi maksud
bahawa ketebalan adalah normal, manakala untuk balikan yang lebih gelap, kadar
kalsium terlalu tinggi ( kaedah perbandingan ini hanya sesuai untuk semua telur
dari induk yang sama).
Wah! Tajuk kali ini panjang lebar, maklumlah lama tak menulis. Walau apapun harap saya dan tuan-tuan dapat sedikit ilmu daripada hasil tulisan saya kali ini. Dan yang paling penting, semua ilmu yang ada pada kita diberkati oleh Allah S.W.T.