Friday, August 26, 2016
TORTICOLLIS PADA AYAM
Apakah torticollis?
Torticollis adalah keadaan di mana leher unggas terpusing ke belakang tanpa boleh dikawal olehnya. Ramai penternak akan jadi takut kerana simptom ini adalah seakan sama dengan simptom sampar/newcatle disease. Ada yang salah anggap dan segera bertindak menghapuskan ayam ini. Bezanya yang jelas adalah, ayam yang mengidap torticollis akan hidup lebih lama berbanding ayam yang dijangkiti sampar (yang biasanya mati keesokkan harinya). Torticollis juga dikenali dengan nama lain iaitu wry neck, crook neck, twisted neck dan stargazing.
Apakah puncanya?
Kajian ilmiah telah dibuat dan keputusan telah diperolehi dengan jayanya bahawa punca sebenar berlakunya toticollis adalah hasil daripada kekurangan vitamin E dan mineral Selenium. Ianya tidak berjangkit tetapi akan ada ayam lain yang hadapi kes sama kerana sumber makanan yang juga sama iaitu kurang vitamin dan mineral tersebut. Ini kelihatan seolah-olah iainya berjangkit.
Apakah kaedah rawatannya?
Semudah puncanya juga, kaedah rawatan adalah dengan memberikan vitamin E dan Selenium dengan dos 3 kali per hari. Akan pulih paling cepat dalam tempoh 24 jam hingga seminggu In shaa Allah.
Selamat Mencuba !
Thursday, March 24, 2016
Friday, March 18, 2016
JUALAN VAKSIN, VITAMIN, ANTIBIOTIK DAN SEGALA MACAM PERALATAN TERNAKAN
Salam para pelawat blog saya ini, satu lagi blog khas untuk menjual keperluan ternakan telah diujudkan bagi memudahkan para penternak unggas membuat pembelian secara online. Sila lawati link di bawah :
* Khidmat nasihat selepas jualan diberikan secara percuma, sangat sesuai bagi penternak baru yang tercari-cari apakah produk dan tatacara penggunaannya.
Sekian
Majulah Industri Penternakan Negara
Friday, March 11, 2016
KURSUS ARTIFICIAL INSEMINATION (AI) FOR POULTRY ANJURAN ANIZAM AGRO FARM
Alhamdulillah Anizam Agro Farm diberi kesempatan oleh Allah SWT dalam menyebarkan ilmu AI secara teori dan praktikal kepada penternak ayam yang berminat. Kursus ini diadakan bergantung kepada permintaan samada dari orang perseorangan mahupun syarikat tertentu.
Berikut adalah kelebihan kaedah AI berbanding kaedah pembiakan semulajadi:
- Nisbah
jantan kepada betina lebih rendah
- Kesuburan 5-10% lebih baik berbanding
kaedah semulajadi
- Memudahkan selective
breeding
- Menyelesaikan masalah ketidaksuburan telur
- Memanjangkan hayat
dan fungsi induk dan pembaka
- Penggunaan ruang ternak yang jauh lebih kecil
-
Rekod tepat tentang sesuatu baka
- Kacukan berbeza saiz dan subspesis dapat
dilakukan
Tuesday, February 16, 2016
Borang Malaysia Ornamental Poultry Assosiation (MOPA)
Salam para peminat unggas hiasan Malaysia, berikut adalah link borang keahlian Malaysia Ornamental Poultry Association (MOPA). Anda yang berminat menjadi ahli bolehlah KLIK - DOWNLOAD - ISI & HANTAR borang tersebut.
Monday, February 15, 2016
Stok Anak Ayam Penelur Baka White Leghorn
Alhamdulillah, dengan izin Allah saya sekarang telah mampu mengeluarkan anak ayam baka penelur White Leghorn dengan kuantiti 100 ekor per minggu. Dengan ini bagi sesiapa yang berkeinginan menternak samada secara komersial atau untuk kegunaan sendiri bolehlah hubungi saya di 012-524 5002. Lokasi saya di Shah Alam dan penghantaran boleh diurus dengan sedikit caj. Minimum order 10 ekor sahaja. Tuan-tuan boleh rujuk perihal leghorn di sini
https://en.wikipedia.org/wiki/Leghorn_chicken
In sya Allah baka ini sangat lasak dan sangat sesuai diternak lepas bebas atau separa lepas atau kurungan.
Berikut adalah gred telur berdasarkan berat :
Gred AA - lebih dari 70g
Gred A - 65-70g
Gred B - 60-64g
Gred C - 55-59g
Gred D - 50-54g
Gred E - 45-49g
Gred F - kurang dari 45g
Subscribe to:
Posts (Atom)