Tuesday, November 16, 2010

Merpati Lahore dari Pakistan.

Salam, hari Ahad lepas aku menerima sepasang merpati Lahore dari En Man di Sungai Petani, dia hantar pakai bas ke hentian kajang lepas tu aku amik la.. sepasang jer aku beli pun, saja nak buat baka. Merpati ni anak lg, jinak giler.. siap boleh main-main n tak lari or terbang pun.. mkn kat tangan lak tu.. ni gmbar merpati yg baru aku terima tu..



Aku suka merpati ni sbb dia kiut miut, cam pengguin hehe.. harap menjadi la pembiakan merpati ni di aviary aku.. Di bawah ni ada aku translatekan sedikit maklumat berkenaan merpati jenis Lahore ni.. bagus utk sesi pengenalan :)

Asal-Usul
Merpati Lahore berasal dari Lahore, Pakistan. Ianya diimpoert ke Jerman sekitar tahun 1880 dan menjadi popular dikalangan peminat merpati pada awal 1960-an. Merpati jenis ini biasanya ditemui di kawasan Iran dan adalah salah satu jenis merpati yang mempunyai beraneka warna. Ia pernah dibiakkan untuk dagingnya di Parsi ttp pada hari ini, ia dibiakkan lebih kepada tujuan hiasan. Sifatnya yang tenang, jinak dan lemah-lembut membuatkan ia sesuai untuk dipelihara sebagai haiwan kesayangan.

Penampilan
Merpati Lahore adalah salah satu jenis merpati yang besar iaitu lebih kurang 10.5 inci tinggi dan 11.5 inci panjang ketika dewasa. Dari bahu ke bahu pula, ukurannya mencecah 5.5 inci. Corak badannya pula adalah sangat unik di mana ia terhasil daripada warna latar putih dengan tompokan warna sekunder yang bermula dari bahagian atas paruh melewati atas kepala hingga ke bahagian atas kepak. Bahagian dada dan ekor akan kekal putih menjadikannya kelihatan seperti pengguin. Corak ini membuatkan harganya melambung tnggi di kalangan peminat merpati di dunia.
Bahagian leher burung ini pula mempunyai bulu yang tebal menjadikan ia kelihatan besar, bulat dan gemuk. Manakala bahagian kakinya pula berbulu putih seakan memakai stokin.

Merpati Lahore dibiakkan dalam pelbagai warna sekunder seperti hitam, kelabu, coklat, Blue Barred, Cream Barred, Mealie, Silver Barred, Silver Chequer, merah, Stencil, Schwarz dan kuning.

Kelakuan
Sepertimana merpati jenis lain, merpati Lahore juga dikenali dengan sifat jinak, lemah lembut dan pemalu di samping dapat menjadi haiwan peliharaan yang jinak.

Di bawah ni ada aku sertakan foto berkenaan variasi warna merpati ini, mungkin ada lagi variasi warna lain yang ada pada merpati jenis ini selain yang aku tunjukkan ni..

Yellow ( Kuning )

Stencil

Silver Chequer

Silver Barred

Red ( Merah )

Mealie

Cream Barred

Blue Barred

Schwarz

Black

Monday, November 15, 2010

Perihal ayam mutiara, white leghorn, ayam laga, serama n giant cochin.

Salam sejahtera buat semua, semalam sekali lagi aku pi geledah sarang ayam mutiara untuk ‘curik’ telur, tambahan pulak hampir setiap hari hujan jer.. risau takut telur kena air n tak tetas. So semalam setelah digeledah dapatlah dalam 24 biji tp bila aku suluh, 2 drpnya dah tembelang.. ada sekor ibu ayam dah mula ngeram atas telur-telur tu tp baru jer sehari dua.. jd takder la embrio terhasil lg.. yg tembelang tu mungkin telur lama yg aku simpan buat umpan sarang. Di bawah ada aku sempat snap foto sarang ayam mutiara tu n kebetulan ada ibu ayam tgh duduk atas telur, bukan main bising lg dia bila tgk aku kutip telur dia.. hehe.





Ptg semalam aku dpt jugak dalam 10 biji telur ayam white leghorn kacukan aku yg pernah aku post dalam blog ni dulu. Telurnya tak sebesar telur ayam white leghorn ori, Mula ingat white leghorn ori tp rupanya kena trick :( .. dah terkacuk ngan ayam kampung agaknya.. kesian aku. Dah tu penjualnya takmau bertanggungjawab pulak tu.. Selebihnya adalah telur ayam laga baka Thai, aku try jugak nak eram mana tau dpt kuar anak.. mesti best hehe. Di bawah ni adalah telur-telur yg aku kutip semalam, dah selamat duk dlm incubator, lg 5 hari aku suluh la utk tgk benih, harap byk la yg menjadi..





Sementara tu, telur ayam mutiara yg aku eram terdahulu ( first batch ) dah tetas.. sekarang tgh lepak dalam bekas didik. Di bawah adalah gambar dia.. dah ada org booking semua.. laju betul lakunya.




Selain tu, aku suka jugak nak update perkembangan terkini ttg serama aku, setakat ni serama betina aku baru mula bertelur, alhamdulillah telur cukup sifat dan sempurna, harap tetas la nanti.. gambar induk, bapa serama n telur ada kat bawah ni..




Di bawah pula adalah ayam Giant Cochin aku yang dah byk pertumbuhan berbanding masa beli dulu.. dah besar n berisi.. setakat ni sihat lah.

Monday, November 1, 2010

Penetasan Puyuh

Salam n selamat sejahtera, lama jugak tak tulis kat blog, sibuk ngan kejer opis.. ni dah lega skit boleh la menulis. Pada 20 Okt lepas aku ada masukkan satu batch telur ayam mutiara n satu batch telur puyuh utk penetasan. Kalo tak silap telur ayam mutiara tu dalam 53 biji jugak n telur puyuh dalam 40 biji. Semua telur ni dikutip atas tanah n ada yg kena hujan. Tambah-tambah telur ayam mutiara tu, ikut suka jer dia bertelur, dalam semak la, dalam hutan la.. dugaan wooo nak cari telur dia. Di bawah ni foto telur dalam inkubator yg telah aku masukkan dulu.



Lepas seminggu aku suluh la telur ayam mutiara tu. Waduhhh... kecewa sbb dari 53 biji tu cuma 23 biji jer yg ada benih. Ini bermaksud telur ni mmg tahan hujan tp cuma pejantan mungkin tak cukup sbb ada sekor jer manakala betina nya 6 ekor. Sian mereka... Maksudnya 30 biji telur ayam mutiara yg berharga tu terpaksa aku buang mcm tu jer.. rugi wooo.. jadi sekarang aku tgh tunggu telur-telur tu menetas la pulak.. target date mungkin sekitar 9 November ni la..
Di bawah ni telur ayam mutiara yg aku buang :(


Bagi telur puyuh pulak tak dapat la aku nak buat suluhan, sbb payah aku nak nampak melalui kulitnya yg bertampung-tampung tu.. kalo nak suluh jugak mmg nampak tp sifat malas telah memainkan peranannya dgn baik paa ketika itu.. hahaha. Target date bg telur puyuh ni tetas pulak adalah sekitar 5 November ni. Ttp biasala inkubator aku ni kerap mendahului tarikh, telur puyuh yg sepatutnya menetas 17 hari dieram tu hari ni dah menetas, ini bermakna inkubator aku ni menetaskan telur puyuh hanya setelah 12 hari dieram. Anak-anak pulak sihat walafiat. Alhamdulillah.. tak bermaksud aku mengubah peraturan Allah SWT ttp mungkin ini jugak la ketentuan Allah apabila setting inkubator dibuat dengan betul.
Anak puyuh yg baru menetas.. laju gila dia lari-lari dalam inkubator.


Dengan terjadinya kes ni aku mula tertanya-tanya, bagaimana dgn telur ayam mutiara pula ? Adakah akan menetas awal jugak mcm telur ayam belanda, itik dan ayam kampung yg pernah aku buat sebelum ni. Rekod telur ayam kampung adalah 14 hari dah menetas, ini rekod paling cepat perbah dibuat oleh inkubator aku. Mula-mula aku takut jugak sbb menetas awal sgt, bimbang anak akan lembik, berpenyakit dan kurang daya tahan. Tp bila tgk anak ayam menetas, membesar dan membiak pulak tu so aku teruskan dengan setting yg aku buat tu hingga sekarang. Alhamdulillah semuanya sihat-sihat belaka...