Friday, January 27, 2012

Indian Fantail + Lahore-Indian Fantail

Salam, 2 minggu sudah tetas la pulak sekor anak merpati, cuma yg aku nak citer kat sini camner mak n ayah merpati ni kaler putih tetiba anak kuar kaler tompok2.. ada sejarah dia rupanya. Ayahnya pure Indian Faintail dengan sifat ekor kembang n berjambul serta berbulu kaki.. tp emaknya adalah hasil cross antara Indian Fantail jantan dgn Black Lahore betina, so walaupun maknya berbulu putih spt dalam gambar kat bawah tu, tp masih membawa gen lahore di dalam darahnya so bila ada anak, tak heran la kalau si anak ada skit2 kaler.. bertompok2 hitam tp masih mengekalkan warna putih sebagai warna primer di bulunya. Sekali pandang nampak cantik jugak aku tgk anak merpati ni.. warna mcm seimbang kiri dan kanan tp tak la 100% simetri.. harap2 jadik betina hendaknya.. nak aku kacukkan semula dgn bapaknya. Lepas ni warna apa la pulak kuar nanti, best jugak kerja kacuk mengacuk ni.. hehe aku suka la :) Ni ada beberapa keping gambar yg aku amik, tak berapa sharp sbb pakai hp jer..








Tuesday, January 24, 2012

Terkukur Jawa Menetas Lagi

Salam, ptg td pi check sarang terkukur jawa ( ringneck dove ) yg sebelum ni aku tgk ada telur 2 bijik, rupanya dah menetas dah.. 2-2 sekali.. best2.. yg first batch hari tu netas 2 ekor tp padam sekor sbb jatuh sarang.. kali ni aku akan lebih berhati2.. harap 2-2 ekor tu idup la sampai besar n berkembang biak... Anak yg selamat first batch dulupun dah besar tp ak pasti jantan ke betina, kesian dia tadak pasangan.. nanti kalau dah tau jantina aku cari la pasangannya.. cepat jugak menatang ni biak, aku rasa kalau camni la prestasi burung ni, dalam setahun jer penuh la burung ni dalam sangkar aku tu... haha amin. Burung ni jarang sakit, agak kental la jugak imun badan dia. Ni ada beberapa foto yg aku amik time lawat reban tadi.






Friday, January 20, 2012

Light Brahma Tetas Lagi

Salam, hehe ada berita gumbira... td aku baru check incubator.. anak light brahma tetas lagi... mmg best, lama dah dia berenti bertelur.. ni kembali menghiasai anizam agrofarm.. sukanya aku. Dah la cumel2.. hehe.. ada 7 ekor utk batch pertama ni.. dah lama stop bertelur sebenarnya induk aku ni... maklum la dia terkejut sbb tengkujuh hari tu sejuk sgt. Ni bila dah mula bertelur tu cam tanak stop lak.. syukur2.. batch paling last dulu pun dah umur hampir 4 bulan sekarang ni... so depa dapat adik kecik la nampaknya.. first batch pula lg sebulan mau bertelur.. harap menjadik :) Di bawah ni adalah foto2 dalam incubator aku yg sempat di snap :)








Thursday, January 19, 2012

Induk Baru Ayam Belanda

Salam semua, semalam 18 Jan 2012.. sebanyak 8 ekor induk ayam belanda berserta 2 pejantan telah di bawa masuk ke reban baru di Kg Kuantan, Kuala Selangor.. Ladang ni aku kongsi dgn kawan aku En Azrul.. ayam2 ni aku dapat dari Cikgu Ajin ( Ayam Kampung Opah, Banting ).. aku pi ambik sendiri di rumah beliau, geram tgk ayam arab yg dia biakkan, menjadik betul... tp aku sabarkan diri dulu, lain kali kalau belanda dah menjadik n nak tambah baka lain pulak baru aku cari dia.. kebanyakan ayam belanda ni dah bertelur dan ada yg tgh bertelur pun, so aku harap akan dapat pulangannya dalan sebulan dua ni.. tujuan kami ( aku n Azrul ) bukan nak jual daging tp nak jual anak yg berumur 2 minggu hingga sebulan.. harap ada permintaan nanti. Walaupun ayam2 betina tgh bertelur tp bukan bermakna akan senang2 dapat dibiakkan, tentu ada masalah yg bakal dihadapi kelak, namun begitu aku akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan projek ni satu kejayaan dalam usahasama ternak kami yg pertama ni. Insya Allah kalau menjadi aku akan masukkan baka2 ayam yg hangat dipasaran ketika ini spt ayam arab, ayam gajah, ayam hutan kacukan dan baka2 ayam eksotik lain. Bagi sesiapa yg berminat untuk dptkan anak ayam belanda tu, silalah jenguk2 blo aku ni, insya Allah kalau dah membiak bakal aku jual dgn harga yg berpatutan :)


Ayam2 belanda yg baru sampai dari Banting... Ni tgh transit di Shah Alam :)
En Azrul tgh susun ayam untuk di bawa balik ke Kuala Selangor...

Friday, January 13, 2012

Brahma Berpindah Reban

Salam semua, ayam brahma aku yg bakal cecah umur 5 bulan pd hujung bulan ni telah dipindahkan ke reban baru.. sebenarnya aku ada sewa sebuah rumah kat Bangi khas utk ayam2 kesayangan aku ni, hajat nak buat reban kat luar rumah tu tp takut kena curik so aku modified bilik2 dalam rumah tu buat reban ayam, tp jgn bimbang, rumah masih cantik sbb aku jaga.. lepas cuci gerenti cantik balik :) tuan rumah pun sporting, maklumla rumah kampung ... cuma lokasi tu jauh la dgn rumah aku sekarang, aku kat Shah Alam n ayam kat Bangi.. seminggu sekali la pi tgk.. so aku jangkakan hujung Febuari akan bertelur la ayam2 dara brahma tu, dapat la aku tambah koleksi induk dan harap byk la anak2 kuar nanti... dapat la aku penuhi permintaan kengkawan nanti. Setakat sekarang ni ada sebuah lg bilik kosong dan aku bercadang nak letak ayam hutan aku kat situ, nak biakkan pikat bulu betina tu dgn 4-5 ekor ibu hutan, harap byk anak yg turun ayah dia... mesti best :) ni dalam usaha nak beli induk ayam hutan yg molek2 :) Berikut adalah beberapa foto yg sempat aku snap time hantar ayam2 brahma tu ke rumah baru... enjoy !!





Wednesday, January 11, 2012

Isteri Untuk "Maikel"






Salam kpd semua pelawat blog aku, ingat tak ayam denak aku yg berbulu betina ni, aku namakan dia "Maikel", ejaan pun aku buat dalam Bahasa Melayu haha.. baru tradisional skit :) Sepertimana yg aku dah citer sebelum ni, Maikel mmg baik ngan aku, sifatnya yg suka melayan aku tu aku suka.. manja jer :) Minggu lepas aku pi cari bini kat dia, aku dpt masa tgh mengeram, ada la telur 8 bijik, 5 tetas anak ayam hutan, 2 ayam katik putih n 1 ayam mini cochin hitam.. tak tau camner leh jadik camtu. Mesti tuan dia ada masukkan telur2 ayam baka lain tu dalam sarang mintak tolong eram, sekali pekerja dia jual ayam n sekali ngan semua telur tu.. telur2 tu baru jer netas semalam, tak sampai seminggu aku eram.. bini Maikel ni aku namakan "Mimi".. So sekarang Mimi tgh tunggu masa untuk bertelur semula mungkin dalam minggu depan kut... nampak cam ok dah skit.. nanti galak la tu. Tujuan aku beli Mimi mmg nak kacukkan ngan Maikel utk dptkan anak yg berbulu betina jugak, tp kalau korang nak tau badan Mimi lg besar dari Maikel... so harap anaknya nanti takla besar sgt, kalau tak.. tak best la.. ada jugak plan nak kacuk ngan ayam serama tp belum jumpa induk yg sesuai.. maksud aku induk yg galakbertelur.. kebanyakan induk serama malas bertelur.. bukan apa, nak dptkan baka ayam hutan bertubuh tegak, dada angkat dan sayap leret dan tegak.. lambat la skit usaha ni nak berhasil tp aku akan tetap cuba :) chaiiiiyyyyooookkkkkk .... hahaha..
Haa.. ni gambar telur2 g masih dieram.. ada lapan bijik semuanya, sebijik lg tu telur ayam mutiara sesat...


Kat bawah ni pulak bila dah tetas... mcm2 ada... :)




Sunday, January 8, 2012

Merpati Liar Untuk Ubat

Salam,

Merpati liar mmg byk kat Malaysia ni... sejak dibawa masuk ke Malaysia sehingga sekarang semakin hari semakin byk merpati ini membiak.. hampir di mana2 saja ada merpati berterbangan.. makanannya adalah bijirin yg mmg byk kat atas bumi. Ada jugak pencinta2 alam yg sanggup berhabis wang untuk membeli makanan utk burung ini semata2 kerana leka melihat telatah merpati yg sedang makan.. 2-3 hari lepas ada seorg hamba Allah hubungi aku nak mencari merpati liar tk dibuat makan sbg ubat.. tak berani pulak aku nak tanya utk ubat apa.. so beliau nak dalam 3-4 ekor... jadi akupun pi la ty cari kat kedai.. nak tangkap takut tak dpt maklum la kursus menjerat tak abih lg so bila pi kedai kena la paw hehe... aku mintak dia tangkapkan sbb mmg dia selalu tangkap.. oder 4 ekor esok terus dpt n akupun proses :) jadi la cam gambar di bawah ni... elok jer tersusun dlm pinggan, gemuk2 jugak rupanya walaupun nampak camtak cukup makan :)... terliur lak aku, lain kali nak semelih buat sup la pulak, mesti best :) Kepada sapa2 yg nak merpati ni nak buat ubat lain kali boleh la contact aku sbb dah pernah buat n ada pembekal so senang skit :)

Friday, January 6, 2012

Stok Pewaris Light Brahma



Salam semua, gambar kat atas ni adalah stok pewaris light brahma aku, semuanya adalah yg terpilih... kriteria pemilihan adalah bulu kaki panjang, betis panjang/tinggi, balung kecik, warna cerah, dada angkat, bulu gebu dan lembut serta bertubuh besar. Alhamdulillah rupanya kebanyakan anak2 ayam aku mmg ada kriteria tu.. so tak la susah untuk aku simpan.. yang aku dah jual sebelum2 ni pun ada kriteria ni... sapa yg dah beli dari aku dulu mesti dapat rasa apa yg aku rasa.. sgt suka tgk bulu kaki dia yg panjang n penuh.. time bulu kaki gugur mmg nampak kurang skit tp bila dah tumbuh balik dia akan jadik lg lebar n panjang serta lebih berkilat dan tone warna akan jadik makin jelas... mmg best bela ayam baka ni.. aku akan sambung tugas aku untuk hasilkan ayam yg sempurna dan menarik... doakan aku. Ayam muda yg dalam foto di bawah ni dah berumur 5 bulan so tak lama lg bertelur la tu... insya Allah kalau anak dah byk boleh la aku turunkan skit harganya.. rajin2 la korang belanja aku makan.. :) Semasa aku duk taip nipun hanya tinggal 2 pasang yang belum jual.. yg lain dah sold out... batch baru akan menetas hujung bulan ni... 2 bulan jugak induk berenti bertelur disebabkan pengaruh tengkujuh.. mujur induk masih sihat dan kuat :)

Ayam Gajah Yang Gagah

Salam, tajuk atas cam tajuk buku citer kanak-kanak.. aku suka :) Nanti aku tulis buku citer ni untuk anak aku :)... ayam gajah aku yg sepasang jer pun ni sangat aku syg sbb aku bela dari kecik.. dua2 sihat n bertelur dgn baik... Insya Allah anak2 dia akan aku bela sampai besar untuk dijadikan santapan hehehe... warna ayam ni memang menarik.. teringin jugak nak kacuk yg jantan tu ngan betina giant cochin aku tp mungkin lain kali kut... tunggu dara muda cochin la bertelur.. yg mak cochin biar la ngan suaminya yg tercinta tu.. lgpun dah lama mereka bersama ( ayat drama )... kalau korang nak tau aku mmg kawal pemakanan ayam gajah aku ni... sbb takut sakit jantung... sehari lebih kurang 5 genggam dedak jer... kalau lebih takut byk lemak yg mana boleh menyebabkan kematian.. dah byk dah padam kes terlalu gemuk... tambahan kalau ayam baka byk daging nih...



Anak Kacukan Mini Cochin + Golden Bantam

Salam semua rakan2, ni aku nak perkenalkan dua ekor anak kacukan antara buff mini cochin jantan dan golden bantam betina aku. Anak yang kuar ni jadik la mcm kat bawah tu... kaler apa ntah nak panggil.. buat masa sekarang ni tak smart skit pun siap ada bulu kaki lak tu... balung jadik tunggal dan bukan rosecomb, bulu tak laced pun.. kaki mmg hitam n body agak bulat serta bulu agak gebu mungkin sbb ada darah cochin... sekarang baru umur sebulan lebih, tak pasti jantina lagi... yg aku nak tgk adalah adakah depa ni akan jadik bulu betina (kalau jadik jantan ler.. ) kalau jadik bulu jantan jugak maknanya tak bermakna la kacukan aku ni :(.. semelih lg bagus.. anak hasil kacukan ni akan aku kacuk sekali lagi dengan pasangan bantam dan untuk dapatkan bulu laced dan balung rosecomb. Doakan aku berjaya :) Nanti aku upload foto mak n abah diaorg...





Kat bawah ni pulak adalah abah n mama mereka :


Wednesday, January 4, 2012

Sepasang Silver Bantam Untuk Dijual (SOLD)


Salam semua, aku ada sepasang silver bantam untuk dijual, umur dah 4 bulan... keadaan sihat walafiat... siapa yg berminat boleh lah call atau sms ke 012-5245002.. dtg ambik sendiri la kali ni... tak sempat nak hantar pakai bas, sibuk ngan anak2 n baru pindah umah... jadi sapa yg dekat dgn aku nak beli sgt2 dialu-alukan.. harga RM500 sepasang. Tq.