Sunday, December 25, 2011

Modern Game Aku



Salam semua, nampak tak foto yg dah aku edit atas tu.. aku suka sesgt ayam aku yg sekor ni.. rajin betul lawan tn aku. Jinak n manja... yg betina aku belum amik gambar lg tp kaler ni la jugak... berat tak sampai 400 gm, kalau laga ngan serama pun belum tenu menang, modern game aku ni jenis bantam.. mmg kecik jer la.. jentik pun mati hahahaha..balung batu, kecik jer so aku suka :) kaler ni dipangil sbg lemon.. ok la tu, harap dapat anak yg sihat2 nanti.. baru mula galak.. aku rasa umur dalam 4 bulan kut.. nak jaga elok2.. sbb comel :)




Bantam Kacukan Serama

Salam semua, lama dah aku tak update blog aku ni, sebenarnya sibuk sbb baru pindah rumah, aku pindah dari bangi ke kuarters tempat kejer aku di Jln Bukit Kemuning, Shah Alam.. masih dalam Selangor :) dalam 40 km lebih2 jer jarak pindah pun.. so bukan setakat barang2 rumah jer pindah.. reban pun kena rombak semula.. tu yg lambat skit tu nak update.. badan pun letih. Tp dalam sibuk2 pindah tu aku sempat jugak pi lawat kedai pets kat Klang, yg selalu aku lepak la.. dah dua kali aku jumpa baka kacuk yg aku nak citer ni.. mcm foto di bawah ni.. menarik jugak, org ni kacuk ayam bantam jantan dgn ayam serama betina ( ker ayam bantam betina dgn serama jantan ?? tak ingat dah aku.. ) tp hasilnya mcm di bawah la.. agak menarik jugak sbb balung n pial bawah dia cam comel jer.. tak panjang sgt atau mungkin ayam masih muda.. warna bulu kehitaman mungkin sbb pasangan bantam tu bulunya hitam, walaupun bukan ori tp tetap menarik dan semua ayam ni dah fully booked.. so nampak ada permintan la.. untung jugak kacuk mengacuk ni :) tp mau kena gayanya la.. kalau buatnya jadi balung sisir / papan maunya tak hangin.. sapa la yg nak :)



Monday, December 5, 2011

Ayam Hutan Jantan Bulu Betina

Salam semua, bersyukur aku semalam sbb berjaya dapatkan sekor ayam hutan jantan yg berbulu betina (hen feathered male red junglefowl). Dah lama aku cari tp ada yg tawarkan harga yg sgt tinggi, pening jugak aku nak beli. Tujuan aku cari ayam ni adalah untuk di cross kan dgn ayam silver bantam, gold bantam dan serama untuk dapatkan satu jenis ayam yg layak diketengahkan sebagai ayam hiasan. Tujuan murni aku ni mungkin akan makan masa yang lama untuk direalisasikan tp aku akan buat jugak sbb hobi aku dah bab kacuk-mengacuk ni hehe.. Berbalik kepada ayam aku ni, ada sedikit kelainan pada kakinya kerana berbulu.. kalau tuan2 perhatikan foto terakhir di bawah tu, tuan2 akan perasan yg bulu kakinya akan tumbuh panjang nanti sbb batang bulunya masih berdarah. Manakala bulu pehanya juga lebih panjang dari ayam hutan lain... kelainan ini mungkin memudahkan aku menjalankan projek mengacuk ni. Saiz tubuh ayam nipun kecil jer.. kalau timbangpun aku rasa dalam 400g lebih2 jer.. umur dalam setahun dah ( tuan asal dia yg cakap ).. jinaknya takyah cakap la... atas tangan duk berkokok lagi.. best betul main ngan ayam ni. Disbbkan ia dilatih untuk menjadi pikat, so bila nampak jantan lain ia akan berkokok selang 10 saat, dasyat.. kalau jantan lain dekat mmg kena terkam punyalah.. sekarang aku masih kurung dia sekor2 jer.. biar galak betul baru aku masukkan betina yg dah bertelur.. kali ni aku betul2 nak fokus projek ni. Lagi satu, ayam ni mmg mesra betina, maksud aku takder la ganas semacam jer.. dia layan betina baik jer aku tgk.. betul kata tuan asal dia. Di bawah ni ada beberapa keping gambar ayam tu.. sila la lihat :)











Saturday, December 3, 2011

Modern Game

Modern Game adalah baka ayam berasal dari England antara tahun 1850 dan 1900. Baka ayam ini dihasilkan dengan tujuan utama menjadi baka hiasan dengan versi ayam laga. Bila aktiviti laga ayam diharamkan di UK sekitar kurun ke-19, ayam ini dihasilkan daripada kacukan baka Old English Game dan Baka Malays ( maksudnya nenek moyang dia baka ayam kita jugak.. sekali lagi Malaysia famous ) Baka baru ni bukan bertujuan untuk dibuat laga ttp lebih kepada hiasan dan hobi.

Pada hari ini, ayam baka ni byk dipertandingkan berdasarkan rupa mereka. Kriteria pertandingan menitikberatkan bentuk tubuh, saiz belakang yang pendek, ekor yg kecil, bulu yang keras dan rapat ke tubuh. Terdapat pelbagai variasi warna antaranya yng biasa adalah hitam-merah, birchen ( corak batik atau seakan ira kayu ), coklat-merah, duckwing ( warna seakan kepak itik ) dan pyle ( warna badan putih tp bulu leher dan belakang merah/oren ). Warna baka ini juga dikelaskan kepada 2 iaitu : 1) ayam yang mempunyai kaki berwarna hijau gelap dgn mata yg berwarna merah. 2) ayam yang mempunyai kaki berwarna hitam gelap dgn mata yg berwarna gelap.

Modern game jugak datang dalam 2 saiz iaitu saiz standard (2.2 – 4.1 kg) dan bantam (450-660 g). Untuk menyertai pertandingan, balung dan wattle perlu dipotong kerana ia akan mencacatkan kualiti rupa ayam sekiranya terlalu besar. Ini dibolehkan kerana kedua2 bahagian itu tidak mempengaruhi permarkahan dan ini juga dapat menyerlahkan lagi rupa mereka sebagai baka ayam laga. Baka ini bukanlah baka penelur atau pedaging, jadi hanya ada satu tujuan membiakkan baka ini iaitu sebagai haiwan kesayangan. Bagi baka bantam, ia sangat sesuai dipelihara oleh penghuni kawasan bandar yang padat dan peminat2 yang mempunyai kawasan kediaman yang sempit.

Berbalik kepada cerita au pulak, semalam aku berpeluang mendapat sepasang baka ayam ini dari breedernya sendiri setelah melawat rebannya. Ayam yg aku dapat nib aka bantam n mmg kecik, aku rasa dalam 300 gram jer yg jantan tu, umur dah 3 bulan lebih.. aku ada jugak tgk induk asalnya, pun kecik jugak. Mmg comel.. jinak pulak tu.. boleh berkawan ngan serama aku :)

Berikut aku sertakan foto2 yang menerangkan lagi perihal ayam baka ni..

Ayam Jantan Modern Game



Ayam Betina Modern Game


Ayam Jantan Old English Game


Ayam Baka Malay