Penyakit yang dikenali sebagai PARATYPHOID ini adalah kesan
daripada sejenis bakteria yang dikenali sebagai Salmonella. Kebanyakan sangkar pemilik merpati mempunyai
penyakit ini tanpa mereka sedari kerana ia adalah sejenis penyakit yg merebak secara senyap. Penyakit ini hanya akan memberi kesan kepada merpati yang
tidak mempunyai imun terhadap bakteria salmonella. Merpati akan menderita oleh diarrhea
(cirit-birit) yang kadang-kadang berdarah dan anorexia (kehilangan berat badan
mengejut). Merpati juga cenderung untuk
minum air yang banyak kerana dehidrasi dan jika tidak dirawat, merpati akan
mati akibat kehilangan air dalam tubuh. Bagi kebanyakan kes kronik, bakteria salmonella akan masuk
ke organ dalaman dan memusnahkan sistemnya seperti buah pinggang,
paru-paru, hati, limpa dan yang paling menakutkan adalah sistem pembiakan yang
mana bakteria boleh memasuki telur melalui kaedah ini.
KAEDAH JANGKITAN - Penyakit ini merebak melalui udara yang mana kaedah
jangkitan ini sangat menakutkan. Habuk2
dari najis yg kering akan berterbangan dan disedut masuk oleh unggas lain lalu
berlakulah jangkitan.
SIMPTOM - Merpati jadi malas untuk terbang, malas menjaga anak
dan malas makan dan minum. Burung monyok, asyik dahaga, cirit-birit, lemah, kurus dan berak
hijau dan cair. Bagi kes-kes yang lambat mendapat rawatan, merpati akan menghadapi
bengkak kepak dan kaki serta yang paling teruk akan mengakibatkan hilang
imbangan sebelum mati.
KAEDAH PENCEGAHAN - Pastikan kebersihan di dalam reban adalah diperingkat
terbaik sebagai sebuah reban. Vaksin adalah juga baik tetapi perlu dilakukan bagi setiap ekor merpati.
KAEDAH RAWATAN - Anizam Agro Farm telah berjaya mengubati penyakit ini dengan
menggunakan MEDPET 4 in 1 Tablets. Jadi
AAF dengan sukacitanya mengimport ubat tersebut dari USA untuk membantu para
peminat merpati tanahair mengubati merpati kesayangan mereka. Berilah merpati import anda makan ubat yang
juga diimport kerana bagi AAF itu lebih baik dari mencuba ubatan lain yang
belum terbukti sedangkan merpati tersebut semakin hari-semakin lemah. Hehehe...