Sunday, March 31, 2013

Stok Baru Ubat Unggas Mujarab Dari USA

 
 
Salam semua, semalam pesanan ubat MEDPET 4 in 1 dah sampai, jadi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ubat mujarab ni bolehlah call/sms aku di 012-5245002. Ubat ni aku jual secara botol atau bagi yang baru nak mencuba boleh juga aku jual secara biji.  Aku dah byk kali pakai ubat ni dan terbukti berjaya menyelamatkan byk nyawa termasuk ayam, puyuh dan merpati.  Maklumat terperinci berkenaan ubat tersebut seperti yang kilang keluarkan adalah seperti di bawah :

Rawatan dan pencegahan untuk:

- Trichomoniasis (Canker) : Kurap atau kudis bernanah dalam tekak dan tersebar ke mulut/paruh unggas.  Unggas paling kerap kena penyakit ni adalah merpati.  Ayam kadang2 ada jugak terutama ayam laga.  Penyakit disebabkan bakteria dalam air yg tercemar oleh najis unggas yg dah terjangkit.

- E.Coli : Juga penyakit disebabkan bakteria yg disebar melalui air yag tercemar, unggas terutama ayam akan jadi murung, sesak nafas, hilang selera makan, muka pucat, lemah dan berak hijau.  Penyebab kematian di kalangan unggas.

- Paratyphoid (Salmonella) : Selalunya menyerang anak ayam sehingga umur sekitar 2 minggu yg mana pada umur mcm ni anak ayam boleh mati.  Anak ayam akan lemah, hilang selera dan tumbesaran terbantut.  Kepak seakan meleret, mata pejam dan sentiasa cari punca haba.

- Gastro Intestinal Infection : Keadaan unggas hilang selera makan sbb ada masalah dalam perut.  Jangkitan virus atau bakteria, ayam murung dan mata berair serta berak cair.
 
- Diarrheas : Penyakit paling lazim pada unggas terutama ayam, berpunca dari sejuk lampau, reban yg kotor atau makanan yg tercemar.  Maksud secara ayat kampung adalah keracunan makanan, hehe senang paham ye tak, silap makan mmg keracunanlah.. bakteria atau virus penyebab utama. 

Kandungan:
- Furaltadone
- Ronidazole

Dos kegunaan:
- Pencegahan: 1 biji sehari untuk 3 hari berturutan.
- Rawatan: 1 biji sehari untuk 5-7 hari berturutan.
* Untuk unggas yg beratnya tak lebih 500g seekor. 
** 1 biji untuk setiap 500g berat badan unggas. Cth kalau utk ayam sakit seberat 2kg sekor kena bg 4 biji la sehari selama 5-7 hari.

Saiz:
100 biji/botol

Senang cakap, kat reban aku kalau nampak jer ayam lemah atau tak selera makan jer terus aku sumbat sebiji, esoknya insya Allah akan ok, tp jgn la biar ayam tu sampai terduduk nak bangun pun tak larat baru nak bg mkn ubat, mmg lg cepat kojol ada la sbb tercekik ubat hehehe..

2 comments:

  1. Salam..kiranya ubat ni boleh jgk la digunakan untuk pencegahan..selain drpd ubat ni, ubat gapo lg yg en nizam gunakan? mksd sya sbg supplement or vitamin utk ayam..by d way..sbtu lepas pi kedai en mat sg ramal..peramah org nya..bawak balik sekor modern game, anak betino..mak bapak dia mmg cute la..hehe..yg jantan dah ada org booking..trima kasih atas suggestion en nizam tempoh hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tq jugak.. tahniah dpt modern game :) ubat yg selalu saya pakai adalah Union Sulfur dan Breeding Vita.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.