Saturday, October 29, 2011

Anak Brahma Dah Umur 2 Bulan

Salam semua, lama aku tak update posting kat blog aku ni.. sebenarnya aku sibuk teman wife aku kat spital HUKM.. 2 bulan setengah jugak aku tido kat wad walopun bukan aku yg sakit. So dalam dua bulan setengah tu agak2 apa jadik kat aku, korang mesti korang kata aku dah kurus.. tp korang silap, sebenarnya berat aku bertambah lg 8 kg.. hahaha.. kuasa Allah sapa boleh agak :) Aku sendiri pun pening hehe.. Dipendekkan cerita wife aku dah pun melahirkan baby aku yg kedua jugak lelaki pada malam Deepavali lepas dengan berat 3.3 kg.. Syukur aku ke hadhrat Ilahi atas kurniaan-Nya yg tak terhingga ni.. bukan setakat anak aku, anak2 ayam akupun makin menjadik.. tambah2 baka light brahma aku tu.. mmg best tgk anak2 dia membesar bagai johan :) Di bawah ni aku ada sertakan foto anak2 ayam tu yg berumur 2 bulan tepat pada 29 Okt 2011 ni.. Perhatikan bentuk badan, warna dan kelebatan bulu badan dan kakinya. Enjoy..




















Saturday, October 8, 2011

Anak Brahma Dah Umur Sebulan

Salam semua, anak ayam brahma aku ni dah umur sebulan lebih dah, disebabkan ini adalah batch pertama anak brahma so aku akan buat sedikit kajian ttg tumbesarannya. Bukan kajian apapun cuma aku akan rekodkan pertumbuhannya mengikut bulan, contohnya foto2 kali ni adalah foto mereka semasa dah cukup sebulan. Macam ni la rupa anak brahma bila dah cecah umur sebulan. Bulu pada kaki mmg nampak ketara dan panjang, manakala warna bulu jelas menunjukkan ia adalah baka light brahma. Balung yang kemerahan mcm menunjukkan ayam ni jantan, selain foto anak yang bawah ni ada jugak yang aku tengok mcm betina, harap tekaan aku tepat sbb kalau jadik jantan belaka naya woo...







Saturday, October 1, 2011

Ayam Black Rosecomb


Salam semua, pagi tadi aku berkesempatan jumpa En Mat di kedainya Ramal Pets..tujuannya adalah nak ambik sepasang anak ayam baka black rosecomb yg cumel tu. 2 hari oder terus dapat. Ayam ni pertama direkodkan dikembangbiak di Britain sekitar kurun ke 14.. dah lama tu. Ayam ni dapat nama dia berdasarkan bentuk balungnya yang berbentuk bunga rose di bahagian hadapan. Kalau kira berat dewasa jantan cuma 600 gram lebih jer sekor n yg betina dewasa pulak cuma 500 gram lebih jer.. sebab tu mereka ni jatuh dalam kategori bantam ( kerdil ).. Di atas tu adalah contoh ayam dewasa jantan dan di bawah ni betina manakala foto anak ayam adalah anak ayam yg aku beli dari en mat.. baru umur sebulan jer tu..