Wednesday, April 27, 2011

Anak Ayam Gajah

Salam, dah lama tak bela ayam gajah dan dah lama tak tgk gelagat ayam gajah ni. So aku buat keputusan nak bela 6 ekor ayam, baru jer beli semalam kat pasar Klang. Sekor RM3.50. Kira dah seminggu kut umur dia, dah boleh lepas kat reban pun, kawan ngan puyuh dulu.. lepas 2 bulan aku semelih la.. :) kalau aku syg aku simpan la sekor dua.. aku suka tgk gelagat dia, lemah lembut jer.. mungkin sbb berat kut :) Ni anak ayam yg aku beli tu, semua aku pilih yg kaler cantik2 jer.. boleh buat hiasan :)









Merpati Kacukan (Lahore + Indian Fantail)

Salam semua, semalam aku terserempak dgn berita gembira, hasil kacukan antara merpati lahore betina n indian fantail jantan aku dah kuar hasil. Walaupun sekor tp aku exited jugak sbb nak tgk camner rupa dia dan camner dia membesar. Masa-masa ke depan aku hrp akan dpt byk lg anak.. Lepas ni aku akan biakkan lebih byk merpati. Sbb cam best la pulak duk kacuk-mengkacuk ni :) Kat bawah ada aku tunjuk gambar papa, mama n baby merpati tu :)










Saturday, April 23, 2011

Usaha Selamatkan Telur Sebright

Salam, hari ni aku ada peluang n masa lapang utk buat modifikasi sangkar sebright aku. Tujuannya adalah tak lain dan tak bukan utk selamatkan telur sebright yg dah kritikal jumlah telur yg selamatnya. Mana taknya, setiap kali bertelur jer terus disapu ibu sebright tu sendiri, asal bertelur jer dia tibai.. tak kira la telur dia sendiri ker atau telur ayam lain... ganazzzz.. sampai aku kurang bercucu.. setakat sebulan aku bela sebright ni cuma sekor anak yg kuar, Bukan sbb takder benih atau incubator tak cun, tp telur nak eram pun tarak... asyik kena makan jer. So kali ni aku sediakan sangkar yg lebih canggih.. sebenarnya tak le canggih mana, cuma aku tiru sangkar ayam penelur yang mana apabila ayam bertelur jer, telur tu akan cenderung utk bergolek ke luar sangkar bg mengelakkan telur kotor, pecah dipijak atau di makan oleh ibu ayam sendiri. Alhamdulillah, lepas aku modified dalam sejam, terus nampak ada sebiji telur dalam ruang telur tu.. selamat tanpa kecederaan spt calar, retak atau lubang. Bersyukur tul aku time tu.. harap lepas ni tak timbul dah masalah telur tadak utk di eram. Ni ada foto yg sempat aku snap, Enjoy ! Sekian.


Bercahaya-cahaya telur tu bila dah selamat :)


Aku rasa ni telur ibu muda yg sekor tu.. darah kat kulit telur menunjukkan ibu baru first time bertelur.. alhamdulillah sekor lg ayam dara aku bertelur.

Monday, April 18, 2011

Makan Telur Giant Cochin n Silkie

Salam, bluuurpp.. Alhamdulillah. Sendawa aku sbb kenyang makan telur ayam paling mahal di Malaysia hehehe... disebabkan aku tadak jantan giant cochin so aku pun makan jer telur-telurnya. Termasuklah telur silkie yang takder benih. Frust pun ada tp apa nak buat, oder giant cochin jantan tak sampai2 lg... sebenarnya dah berpuluh biji telur giant cochin ni menjadi santapan aku, tp kali ni jer baru teringat nak masukkan dalam blog.. syer 'cerita' jer la, nak syer 'rasa' tak dapat :)..



Telur yang masih dalam sarang.. aku sebagai pemangsa dah berjejeran air liur :)



Proses kedua selepas di basuh, pecahkan telur :)







Dah pecah n nak goreng.. yum..yum..

Wednesday, April 13, 2011

Anak Silver Bantam Pertama Aku

Salam semua, hari ni aku nak beritakan yg telur ayam bantam aku yg pertama yg ada benih dah tetas.. sihat walafiat. Nanti aku kena jaga betul2 takut mati.. maklumla first time jaga baby silver bantam.. ni gambar dia.. nampak cam jantan jer.. aku teka je la..




Thursday, April 7, 2011

Anak Puyuh Tetas Pulak Dah

Salam, hari ni puyuh tetas lg, aku eram 80 biji, yg tetas aku belum kira sbb ada lg yg dah menebuk tp masih belum keluar, dalam proses la tu.. bersama2 meraka ni ada jugak anak button quail menetas 2 ekor.. mmg jelas perbezaan saiz antara keduanya.. tp disbbkan anak button quail ni jenis agresif so tak ler mati kena pijak.. Harap menjelang petang dah abih semua keluar dari telur mereka, senang aku nak buat sanitasi incubator tu.. ni ada gambar2 mereka duk lari lintang pukang dalam incubator sbb baru nak belajar berjalan. Nak amik gambar pun susah sbb kamera h/p low pixel hehe.. nampak bayang jer sbb laju sgt cam superman..

Silver Bantam Betina Lagi

Salam, hari ni aku bawak masuk lagi 2 ekor silver sebright betina, umur sekitar 5 bulan dah. Aku dapat dari Ramal Pets.. tq En Mat sbb bg peluang aku pilih dulu. En Mat mmg best.. :) Jadi buat masa sekarang aku dah ada 4 ekor ayam betina yang mana baru seekor bertelur dan 2 pejantan. Alhamdulillah, yang tinggal cuma nak jalankan proses breeding jer.. ni duk tunggu ayam2 tu bertelur la pulak. Kalau menjadi mmg aku akan jual baka2 ayam ni kepada yg berminat.. nak simpan byk2 pun payah jugak nak jaga sbb tempat sempit.. kalau dapat tanah satu ekar ker mmg jadi tokan sebright la pulak aku ni, boleh la aku bubuh nama aku kat belakang sebright tu, 'Silver Sebright Nizam Bantam' hehehe.. ayam silver sebright induk aku yg tengah bertelur ni byk masalah rupanya, disbbkan yg jantannya terlalu agresif, habis telur disepak terajangnya.. dah 4 biji pecah, bila pecah yg betina mulala mkn telur mentah2... adus.. geram tul aku, nak semelih kang, tak samapai ati sbb harga pun boleh tahan.. kalau ayam kampung aku dulu, asal mkn telur jer mmg kena pisau ler jawabnya.. sbb kalau dia dah mula makan telur mmg lain kali dia pantang jumpa telur.. mmg dia akan sebat punyer... so lepas ni aku terpaksa la mdified sangkar, nak buat cam sistem sangkar ayam telur tu, bila bertelur jer, telur terus bergolek ke luar sangkar. Selamat lah ia hendaknya.. Amin.. Aku betul2 berharap bila yg 3 lg betina dah mula bertelur jgn ler dia buat hal mcm kakak dia yg sekor ni.. poning kepalo den ni haa.. Ok berikut adalah foto ayam betina yg baru aku bwk masuk..

Wednesday, April 6, 2011

Nipple Drinker System

Salam semua, hari ni aku duk pulun pasang nipple drinker system kat reban, berhempas pulas jugak la sbb first time pasang n pakai.. mujur menjadik :) (bangggaaa..) buat permulaan aku pasang kat satu deret sangkar dulu sbb nak tgk hasilnya lepas beberapa hari, satu yg aku risau adalah takut-takut ayam2 aku tak reti minum, kiok la jawapannya.. so lepas aku pasang, aku terus buat pemerhatian. Nampak mereka dah mula mematuk-matuk nipple rinker tu.. Alhamdulillah. Jadik jugak plan aku ni.. So hari ni aku alihkan bekas minuman lama n biar bekalan air bergantung sepenugnya pada sistem tu.. nanti bila nak balik cuti aku masukkan balik, bukan apa takut tersumbat ke apa ke susah lak nanti.. takmo la lepas bercuti kena duk tanam bangkai ayam lak.. :( takmo n tobat takmo. Kat bawah ni ada beberapa gambar aku snap untuk rujukan aku n korang para sahabat yg budiman :)