Sunday, May 30, 2010

Info Penyakit : Newcastle Disease(ND)/Sampar


Penyakit ini sangat popular di kalangan penternak ayam di Malaysia, serangannya suatu ketika dulu mampu membuatkan penternak ayam di kampung-kampung menitiskan air mata kerana kurangnya pengetahuan tentang kaedah mengelak penyakit yang berpunca dari sejenis virus ini. Ia dikenali dengan nama sampar secara umum atau hawar secara khusus di utara Semenanjung Malaysia, secara saintifiknya ia dikenali dengan nama Newcastle Disease (ND) dengan nama virus penyebabnya iaitu virus paramyxovirus. Virus ini biasanya akan merosakkan organ dalaman unggas dan menyebabkan kegagalan bernafas dan pendarahan.


---------------------------Virus Paramyxovirus-----------------------
Gejala yang paling mudah diperhatikan pada ayam khususnya adalah kesukaran pergerakan, tengkuk melentuk, kelesuan, bulu pudar, kesukaran bernafas dan diikuti najis yang berwarna kuning kehijauan. Di samping itu, mangsa akan mengalami kerosakan organ dalaman seperti pendarahan dalam proventikulus dan usus kecil serta kesesakan darah dan cecair pada system pernafasan.


Gejala leher terlentuk adalah simptom yang biasa utk jangkitan ini

Jika sesebuah kawasan ternakan dihinggapi virus ini, kesan yang dapat dilihat sangat ketara di mana kematian ayam sangat tinggi hingga lebih 50%. Jika dibiarkan, kematian boleh menjangkau 100%. Namun begitu dalam kebanyakan kes, masih terdapat ayam yang selamat walaupun tidak diberikan vaksin, namun begitu peratusannya adalah sangat sedikit, mungkin hanya 1-5% sahaja dari keseluruhan jumlah ayam direban tersebut. Dalam tempoh 1 minggu, virus ini mungkin telah membunuh hampir semua ayam.
-----Rupa bentuk organ dalaman yang telah rosak akibat jangkitan----

Jangkitan kepada ayam kebanyakannya sukar dikesan pada peringkat awal. Tanda-tanda awal tentang penyakit atau kematian pertama mungkin tidak disedari oleh penternak. Namun begitu, dalam kebanyakan kes, penternak hanya akan menyedari jangkitan telah berlaku apabila beliau menjumpai sebilangan bangkai ayamnya dilantai reban pada awal pagi. Ini kerana, ayam yang telah dijangkiti akan mula murung, dan cuba untuk berada ditempat yang paling selamat iaitu dikawasan tempat ia tidur, menjelang malam kesejukan akan membuatkan keadaan semakin parah dan kebanyakan ayam akan mula mati menjelang awal pagi.
Seperti yang kita tahu virus tidak dapat dibunuh dengan mudah, oleh itu hanya vaksin yang mampu menghalang jangkitan daripada terus berleluasa. Dalam kes ini, cuma ayam-ayam yang masih belum dijangkiti sahaja yang akan selamat apabila diberi vaksin, manakala ayam yang telah dijangkiti tetap akan mati walaupun telah diberi vaksin.

------------------Vaksin bagi penyakit Newcastle-----------------------

Kaedah pemberian vaksin adalah dengan menitiskan pada mata atau mencampurkan dengan minuman. Namun begitu, untuk menitiskan pada mata adalah mustahil jika bilangan ayam terlalu banyak, oleh itu kaedah mencampurkan dengan air minuman adalah paling praktikal. Caranya adalah dengan membiarkan ayam dalam keadaan sedikit dahaga dan masukkan vaksin dalam air minuman dan biarkan semua ayam minum campuran tersebut. Kesan-kesan vaksin akan dapat dilihat apabila kurang kadar kematian dapat dikesan pada keesokan harinya dan kadar kematian ini akan terus berkurangan dari hari ke hari sehinggalah tiada kematian langsung.

Wednesday, May 26, 2010

Kacukan/Hibrid : Ayam Kampung + Ayam Mutiara

Dalam bidang penternakan, istilah kacukan adalah membawa maksud menjalankan pembiakan di antara 2 baka asli yang berlainan dalam spesis atau sub-spesis yang sama bertujuan mendapatkan satu baka yang lebih baik bagi sifat tertentu seperti daging, telur, hiasan atau gabungan antara tersebut.

Kali ini aku nak bercerita tentang kacukan yang dijalankan semata-mata untuk kajian kesuburan dan cubaan iaitu kacukan antara ayam biasa dengan ayam mutiara. Kacukan antara keua-dua jenis ayam ini yang tergolong dalam spesis yang sama telah membuahkan hasil. Kejayaan ini ditempa oleh semestinya org putih, diaorg nih memang suka sgt buat kacukan n kajian nih.. semua benda nak dikacukkannya.. tp untung jugak sbb kita boleh la tumpang belajar.. yang elok kita ambil, yang tak elok kita letak tepi. Berbalik kpd hasil kacukan tadi, aku ada sertakan sedikit foto yang aku ambil dari internet ttg hasil kacukan ni..



Anak kacukan umur 1 hari.


Dah besar umur 7 hari.


Dah lagi besar umur sebulan.


Ni dah umur 7 bulan.


Tengok la kepala dia, gerun woo...


Ni lagi satu produk yang sama.. mcm garuda daa...


Mengikut keterangan dalam internet ni, ayam ini dikacuk cara semulajadi, dengan meletakkan ayam jantan dan ayam mutiara betina dalam satu kurungan. Mungkin disebabkan factor genetik yang lebih kurang sama dan tabiat hidup yang sama, kedua-dua haiwan ini mengawan dan menghasilkan telur yang subur untuk penetasan. Dijelaskan juga dalam artikel tersebut bahawa hanya telur yang menetas setelah 28 hari pengeraman sahaja yang akan menghasilkan anak yang betul-betul sihat dan berdaya hidup. Manakala anak yang menetas seawall 21 hari pengeraman akan mati atau tidak sihat seperti sepatutnya. Ini adalah kerana anak yang menetas awal lebih kepada tempoh pengeraman ayam tetapi dalam badannya terkandung gen ayam mutiara yang hanya akan melengkapkan sistem imunisasi tubuhnya dalam tempoh 28 hari pengeraman, tidak hairanlah ia akan mati atau tidak sihat jika menetas awal.

Di Malaysia aku belum dengar lg la pasal kacukan antara 2 sub-spesis nih, kalau dah ada yang buat tu meh la kita share kat sini, boleh jugak tambah ilmu.. tp kalau sapa2yang nak buat sbb terbaca tulisan aku ni, korang tolongla tanggung akibatnya.. sbbnya aku ada dengar yang hasil kacukan benda pelik2 ni tak subur, maksudnya anak hasil kacukan ni mungkin tak dapat bertelur atau membiak. Kalau korang nak buat kacukan ni utk cipta baka baru ayam mutiara pedaging ker boleh la buat dgn syarat niat kena la betul. Bukan apa aku risau kot-kot ayam-ayam tu tanya di akhirat esok, “Kenapa ko kacuk kami nih…” apa korang nak jawab ??!!

Tuesday, May 18, 2010

Sampar ! Hinggap jugak ko kat reban aku.. :(


Salam.. seminggu dua ni aku kelam kabut skit.. ayam kena sampar la pulak.. dah 20 ekor lebih padam (mati).. termasuk la itik pekin, Muscovy dan ayam belanda.. white leghorn pun kena.. buat sementara waktu aku relek dulu dari urusan berjual beli, nak ubatkan ayam dulu.. pada 10/05/10 aku ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Shah Alam untuk dapatkan vaksin.. satu vaksin 30 ml untuk 1000 ekor ayam, cara gunakan adalah titis kat mata.. ataupun campur kat dlm air minum.. tp melalui mata pegawai tu ckp lg cepat baik ( ye la.. dari mata turun ke hati terus :) ) Penyakit sampar ni kalau kena lebih 50% ayam akan mati.. tinggal sekor dua jer yg tak bercampur ngan ayam lain tu.. selain tu semua k.o.. Terima kasih jugak buat pegawai JPV Shah Alam terutama En. Azhari kerana bg khidmat nasihat tentang cara guna ubat dan dos yg disyorkan… So malam ni aku kena la pi rawat ayam, nak kena tangkap sekor2 n titis 0.03 ml ke kedua2 matanya.. penat jugak nih.. Aku ada juga tanya En Azhari ttg bagaimana ubat ni bertindak, katanya, ini bukan ubat, ia adalah mikrob iaitu sejenis pathogen yang hidup dan akan melawan virus sampar drp membunuh ayam tersebut. Sbb tu aku terpaksa membawa ‘ubat’ tu dalam plastic berisi ais atau air batu, tujuannya untuk mengelakkan pathogen tersebut mati jika terdedah kepada suhu tinggi.. kata En Azhari lagi, ada juga ubat vaksin sampar ni yg dijual secara komersial, tp aku tak pandai cari so terus aku call JPV, mujur ada..






Inilah vaksin yang aku ambil dari JPV tu..

Hari ni 18/05/10 aku check ayam aku, dah pulih mcm biasa.. alhamdulillah, kematian cuma kurang 30 ekor.. terima kasih JPV Shah Alam kerana membantu.. lain kali aku akan vaksin ayam aku 6 bulan sekali.. biar virus sampar tu tak sempat hinggap. Fuhh.. lega seleganya hati aku sekarang nih...