Tuesday, May 18, 2010

Sampar ! Hinggap jugak ko kat reban aku.. :(


Salam.. seminggu dua ni aku kelam kabut skit.. ayam kena sampar la pulak.. dah 20 ekor lebih padam (mati).. termasuk la itik pekin, Muscovy dan ayam belanda.. white leghorn pun kena.. buat sementara waktu aku relek dulu dari urusan berjual beli, nak ubatkan ayam dulu.. pada 10/05/10 aku ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Shah Alam untuk dapatkan vaksin.. satu vaksin 30 ml untuk 1000 ekor ayam, cara gunakan adalah titis kat mata.. ataupun campur kat dlm air minum.. tp melalui mata pegawai tu ckp lg cepat baik ( ye la.. dari mata turun ke hati terus :) ) Penyakit sampar ni kalau kena lebih 50% ayam akan mati.. tinggal sekor dua jer yg tak bercampur ngan ayam lain tu.. selain tu semua k.o.. Terima kasih jugak buat pegawai JPV Shah Alam terutama En. Azhari kerana bg khidmat nasihat tentang cara guna ubat dan dos yg disyorkan… So malam ni aku kena la pi rawat ayam, nak kena tangkap sekor2 n titis 0.03 ml ke kedua2 matanya.. penat jugak nih.. Aku ada juga tanya En Azhari ttg bagaimana ubat ni bertindak, katanya, ini bukan ubat, ia adalah mikrob iaitu sejenis pathogen yang hidup dan akan melawan virus sampar drp membunuh ayam tersebut. Sbb tu aku terpaksa membawa ‘ubat’ tu dalam plastic berisi ais atau air batu, tujuannya untuk mengelakkan pathogen tersebut mati jika terdedah kepada suhu tinggi.. kata En Azhari lagi, ada juga ubat vaksin sampar ni yg dijual secara komersial, tp aku tak pandai cari so terus aku call JPV, mujur ada..






Inilah vaksin yang aku ambil dari JPV tu..

Hari ni 18/05/10 aku check ayam aku, dah pulih mcm biasa.. alhamdulillah, kematian cuma kurang 30 ekor.. terima kasih JPV Shah Alam kerana membantu.. lain kali aku akan vaksin ayam aku 6 bulan sekali.. biar virus sampar tu tak sempat hinggap. Fuhh.. lega seleganya hati aku sekarang nih...

2 comments:

  1. bro, vaksin ni guna satu kali sahaja ka untuk 6 bulan atau apa..
    aku beli kat syarikat india kat batu caves (KM Vet Pharm Sdn. Bhd.)..sungguh buruk layanan yang di beri..

    minah india kata beli dos pertama (rm25) dan dos booster (rm25) 2 minggu kemudian, dos ketiga (RM45) akan di beri pada 2 minggu selepas dos booster.. betul kah kata minah india tu.. KM vet sdn bhd sepatut sack minah reception itu.. memang dari estet kampung keling..

    ReplyDelete
  2. aduh.. banyaknya dos.. setau aku la n aku dah praktikkan dah pun dan terbukti berkesan, cuma bagi sekali jer every 6 bulan, tp sbb aku ni suka berhati2 so aku bagi la setiap 3 bulan sekali.. so far ayam aku tak pernah kena sampar ( dah tentu dgn izin Allah jugak lah )... bab layanan tu mmg aku tak leh buat apa, kalau aku kena camtu pun mmg aku hangin... aku ni ckp dari pengalaman, kalau main dgr2 jer mmg tak berani nak nasihat org.. ok selamat mencuba :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.