Wednesday, May 26, 2010

Kacukan/Hibrid : Ayam Kampung + Ayam Mutiara

Dalam bidang penternakan, istilah kacukan adalah membawa maksud menjalankan pembiakan di antara 2 baka asli yang berlainan dalam spesis atau sub-spesis yang sama bertujuan mendapatkan satu baka yang lebih baik bagi sifat tertentu seperti daging, telur, hiasan atau gabungan antara tersebut.

Kali ini aku nak bercerita tentang kacukan yang dijalankan semata-mata untuk kajian kesuburan dan cubaan iaitu kacukan antara ayam biasa dengan ayam mutiara. Kacukan antara keua-dua jenis ayam ini yang tergolong dalam spesis yang sama telah membuahkan hasil. Kejayaan ini ditempa oleh semestinya org putih, diaorg nih memang suka sgt buat kacukan n kajian nih.. semua benda nak dikacukkannya.. tp untung jugak sbb kita boleh la tumpang belajar.. yang elok kita ambil, yang tak elok kita letak tepi. Berbalik kpd hasil kacukan tadi, aku ada sertakan sedikit foto yang aku ambil dari internet ttg hasil kacukan ni..



Anak kacukan umur 1 hari.


Dah besar umur 7 hari.


Dah lagi besar umur sebulan.


Ni dah umur 7 bulan.


Tengok la kepala dia, gerun woo...


Ni lagi satu produk yang sama.. mcm garuda daa...


Mengikut keterangan dalam internet ni, ayam ini dikacuk cara semulajadi, dengan meletakkan ayam jantan dan ayam mutiara betina dalam satu kurungan. Mungkin disebabkan factor genetik yang lebih kurang sama dan tabiat hidup yang sama, kedua-dua haiwan ini mengawan dan menghasilkan telur yang subur untuk penetasan. Dijelaskan juga dalam artikel tersebut bahawa hanya telur yang menetas setelah 28 hari pengeraman sahaja yang akan menghasilkan anak yang betul-betul sihat dan berdaya hidup. Manakala anak yang menetas seawall 21 hari pengeraman akan mati atau tidak sihat seperti sepatutnya. Ini adalah kerana anak yang menetas awal lebih kepada tempoh pengeraman ayam tetapi dalam badannya terkandung gen ayam mutiara yang hanya akan melengkapkan sistem imunisasi tubuhnya dalam tempoh 28 hari pengeraman, tidak hairanlah ia akan mati atau tidak sihat jika menetas awal.

Di Malaysia aku belum dengar lg la pasal kacukan antara 2 sub-spesis nih, kalau dah ada yang buat tu meh la kita share kat sini, boleh jugak tambah ilmu.. tp kalau sapa2yang nak buat sbb terbaca tulisan aku ni, korang tolongla tanggung akibatnya.. sbbnya aku ada dengar yang hasil kacukan benda pelik2 ni tak subur, maksudnya anak hasil kacukan ni mungkin tak dapat bertelur atau membiak. Kalau korang nak buat kacukan ni utk cipta baka baru ayam mutiara pedaging ker boleh la buat dgn syarat niat kena la betul. Bukan apa aku risau kot-kot ayam-ayam tu tanya di akhirat esok, “Kenapa ko kacuk kami nih…” apa korang nak jawab ??!!

4 comments:

  1. Klu dr gambar, baka ayam mutiara yg dia guna baka ayam mutiara mcm burung hering tu kan?

    ReplyDelete
  2. tak pasti yang tu.. tp ayam yang digunakan adalah baka ayam botak..

    ReplyDelete
  3. kalau kedua spisis ayam tu aku tak pernah cuba lagi...tapi kalau Muscovy duck@itik serati betina dan mallard duck@itik lokal domistik jantan aku pernah try...hasilnya bagus...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.