Friday, September 4, 2015

ASAS PENGIRAAN KOS TERNAKAN AYAM KG KACUK

Mohon KLIK jadual untuk besarkan.
 
Salam sejahtera kepada rakan penternak, di sini saya sertakan jadual pengiraan ringkas untung-rugi dalam menternak ayam kampung kacuk.  Jadual ini dihasilkan berdasarkan batch-batch terdahulu yang berjaya saya rekodkan.  Walaupun begitu, jadual ini adalah sangat asas dan hanya sesuai sebagai rujukan tuan-tuan untuk membina template jadual anda sendiri mengikut keupayaan ladang masing-masing.  Mohon izin saya teruskan.
 
Berdasarkan kiraan sebenar bagi 200 ekor ayam kampung kacuk yang dipelihara selama 2 bulan dan berat akhir ayam adalah sekitar 1.4-1.7 kg per ekor menjadikan purata berat adalah sekitar 1.55 kg per ekor.  Ringkasan pengiraan yang dapat saya buat adalah seperti jadual di atas.
 
Jika anak ayam berada pada minggu ke-2, maka cara kira pemberian jumlah dedak adalah seperti berikut,
 
Seekor ayam perlu 25 gram sehari
ada 200 ekor ayam, maka 25 g x 200 ekor = 5 kg sehari
iaitu 2.5 kg diberi pada sebelah pagi dan 2.5 kg diberi pada sebelah petang/malam
 
Jika anak ayam berada pada minggu ke-5, maka cara kira pemberian jumlah dedak adalah seperti berikut,
 
Seekor ayam perlu 50 gram sehari
ada 200 ekor ayam, maka 50 g x 200 ekor = 10 kg sehari
iaitu 5 kg diberi pada sebelah pagi dan 5 kg diberi pada sebelah petang/malam
 
 
 
Harga dedak adalah di anggarkan RM100 per guni.  Anda bebas memilih harga dedak anda sendiri berdasarkan per guni 50kg. 
 
Jadual ini dihasilkan dengan menggunakan dedak yang mengandungi protein 19-21%.  Jika kurang dari ukuran itu, dikhuatiri keputusan adalah sangat jauh berbeza.
 
Mohon teguran dan komen jika ada yang perlu saya baiki di sini.  Terima kasih.