Friday, September 4, 2015

ASAS PENGIRAAN KOS TERNAKAN AYAM KG KACUK

Mohon KLIK jadual untuk besarkan.
 
Salam sejahtera kepada rakan penternak, di sini saya sertakan jadual pengiraan ringkas untung-rugi dalam menternak ayam kampung kacuk.  Jadual ini dihasilkan berdasarkan batch-batch terdahulu yang berjaya saya rekodkan.  Walaupun begitu, jadual ini adalah sangat asas dan hanya sesuai sebagai rujukan tuan-tuan untuk membina template jadual anda sendiri mengikut keupayaan ladang masing-masing.  Mohon izin saya teruskan.
 
Berdasarkan kiraan sebenar bagi 200 ekor ayam kampung kacuk yang dipelihara selama 2 bulan dan berat akhir ayam adalah sekitar 1.4-1.7 kg per ekor menjadikan purata berat adalah sekitar 1.55 kg per ekor.  Ringkasan pengiraan yang dapat saya buat adalah seperti jadual di atas.
 
Jika anak ayam berada pada minggu ke-2, maka cara kira pemberian jumlah dedak adalah seperti berikut,
 
Seekor ayam perlu 25 gram sehari
ada 200 ekor ayam, maka 25 g x 200 ekor = 5 kg sehari
iaitu 2.5 kg diberi pada sebelah pagi dan 2.5 kg diberi pada sebelah petang/malam
 
Jika anak ayam berada pada minggu ke-5, maka cara kira pemberian jumlah dedak adalah seperti berikut,
 
Seekor ayam perlu 50 gram sehari
ada 200 ekor ayam, maka 50 g x 200 ekor = 10 kg sehari
iaitu 5 kg diberi pada sebelah pagi dan 5 kg diberi pada sebelah petang/malam
 
 
 
Harga dedak adalah di anggarkan RM100 per guni.  Anda bebas memilih harga dedak anda sendiri berdasarkan per guni 50kg. 
 
Jadual ini dihasilkan dengan menggunakan dedak yang mengandungi protein 19-21%.  Jika kurang dari ukuran itu, dikhuatiri keputusan adalah sangat jauh berbeza.
 
Mohon teguran dan komen jika ada yang perlu saya baiki di sini.  Terima kasih.
 

8 comments:

  1. Masih ade ke baka ayam brahma or giant tu

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. asalamualaikum tuan....boleh saya tw...brpa harga seekor ank ayam kcukan kampung

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tuan, saya baru nk mencuba utk membuat ternakan Ayam kampung, mohon khidmat nasihat tuan utk Tahu proses2 @cara permulaan membuat projek(ternakan) tersebut

    ReplyDelete
  5. Terima kasih . Good info. Sy br mencuba bela.20ekor ayqm

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, tuan sy baru nk cuba bela ayam kacuk kampung ,tapi kurang ilmu. Malahan sy juga risau bagaimana nak pasarkan ayam tersebut dengan harga berpatutan kelak,lokasi sy ingin mulakan ditanjung karang selangor, kalau ada discusion grup boleh lah jemput sy join contact no sy 011-2302 2175 whatsapp. T .Kasih tuan,

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.