Monday, August 24, 2015

JOM BELA BSFL (BLACK SOLDIER FLY LARVAE)


Black soldier fly atau nama saintifiknya Hermetia illucens adalah sejenis lalat yang aneh kerana ia tidak makan sepanjang tempoh ia dalam betuk seekor lalat.  Ia hanya mengawan dan bertelur.  Pelikkan?  Tp dalam peliknya, banyak rupanya manfaat dari lalat ni.  Terutama bagi kita para penternak ayam dan unggas lainnya. Jom kita bongkar!!
Ulat lalat jenis ini yang kita kenali sebagai black soldier fly larvae (bsfl) boleh digunakan dalam aktiviti menguruskan sisa najis haiwan ternakan contohnya ayam, juga berkesan dalam mengawal populasi lalat rumah.  Selain dari itu, terdapat satu lagi manfaat besar bsfl yang mengandungi protein yang tinggi  iaitu sebagai makanan ternakan termasuk unggas dan ikan. 
Kitaran Hidup BSF
Telur bsf biasanya akan mula menetas setelah 4 hari dari hari ia dikeluarkan oleh bsf betina.  Biasanya lalat betina akan bertelur (500 – 1200 biji telur ) pada dinding yang bersih di mana di bahagian bawahnya terdapat sumber makanan untuk anak2nya nanti.  Ini menjadikan bsf adalah sejenis lalat pembersih tanpa bawaan kuman pada kakinya.  Setelah 4 hari, bsfl akan mula menetas dan jatuh ke bawah iaitu ke dalam sumber makanannya, ia mula makan dengan lahap di samping mencerna sisa tersebut menjadi kompos. 
 
Peringkat larvanya mengambil masa 13 – 18 hari di mana ia akan makan, makan dan makan sebanyaknya.  Dalam proses ini ia secara tidak sengaja menukarkan bahan sisa kepada protein di dalam tubuhnya dan kompos dari tinjanya.  Dengan hanya telur-telur seberat 1g akan menghasilkan 2.4 kg larva yang penuh dengan protein.  Hebatkan!
 
Pra-pupa adalah tahap di mana larva akan bertukar kepada pupa.  Mengambil masa 6-7 hari di mana warna kulit akan mula berubah gelap dan keras.  Ia masih makan tetapi jumlah semakin sedikit dan gerakan semakin kurang.
 
Setelah itu, ia terus menjadi pupa dan berhenti makan.  Ia akan kekal menjadi pupa selama 10 hari hingga berbulan mengikut kesesuaian untuk ia berubah kepada bsf dewasa.

 
Setelah bertukar kepada bsf dewasa, ia akan kembali menjalankan tugasan yang sama seperti ibu dan ayahnya iaitu mengawan dan bertelur.  Pada ketika ini, ia hanya ada masa 5-8 hari sahaja untuk menyelesaikan tugas tersebut kerana setelah itu iapun akan mati. Mungkin sakit tua hehehe.
Jika kita lihat, kitaran hidup lalat ini sangat ringkas dan memberi manfaat kepada alam pada setiap kitarannya.  Alhamdulillah Allah pertemukan manusia dengan kelebihan lalat ini dan berjaya dikaji dengan baik.
Kandungan nutrient dalam bsfl.
 
17 - 42 % protein.
 
Kaedah Membiakkan BSFL
Bahan-bahannya :
       1.       Bekas A
       2.       Bekas B : Saiz lebih kecil dari bekal A
       3.       Pita perekat / gam
       4.       Sisa buah, dedak atau sisa dapur
       5.       Kertas kadbod (kotak barang)
       6.       Batu-bata
Kaedah :

 
Dengan merujuk rajah di atas, biar saya ceritakan perjalanan bsf ini menggunakan point angka dalam bulatan pink seperti berikut :
 
1. Pada point 1, bsf terbang ke lokasi setelah mengesan ada sisa dapur yang boleh menjadi makanan kepada bakal anak2nya.
 
2. Point 2 menunjukkan bahawa bsf telah hinggap di kadbod dan bertelur di liang-liang kadbod tersebut. (Kadbod dilekatkan pada dinding bekas B menggunakan pita pelekat) Rujuk juga rajah di bawah.
 
 
 
3.  Point 3 pula menunjukkan bsfl yang baru menetas jatuh ke dalam sisa dapur dan makan serta membesar di situ.
 
4.  Point 4 adalah di mana bsfl hampir matang merangkak keluar dari bekas yang lembab mencari tempat kering untuk bertukar menjadi pupa, persediaan ke alam dewasa.
 
5.  Pada point ini, bsfl matang telah berkumpul di dalam bekas A dan terperangkap di situ.  Pada keadaan ini, bsfl mudah diambil untuk diberi makan kepada ternakan kita.  Alhamdulillah.
 
Sekian sedikit perkongsian dari saya berkaitan penghasilan bsfl, banyak lagi penjelasan perlu saya lakukan dalam tulisan kali ini.  Akan tetapi atas kesuntukan masa, sy terpaksa update tulisan ini supaya lebih lengkap dari masa ke semasa sebagai rujukan kita bersama di masa hadapan.
 
Sekian dari saya.  Wassalam.

18 comments:

  1. Time kasih en.nizam......terbaik...

    ReplyDelete
  2. Composting EnthusiatSeptember 8, 2015 at 5:57 PM

    Salam tuan, mana nak dapatkan larva BSF ni yer? ada dijual runcit ker?

    ReplyDelete
  3. Ya tuan..dimana nak dapatkan BSF ni....bagaimana pula fungsi BSF ni dalam mengawal populasi lalat rumah....adakah ia membunuh lalat rumah?

    ReplyDelete
  4. I AM FROM INDIA LOOKING FOR BSFK EGG OR LARVAE TO INDIA CAN YOU PLEASE SELL SOME FOR ME IN MALAYSIA

    ReplyDelete
  5. I AM FROM INDIA LOOKING FOR BSFL EGG OR LARVAE TO INDIA CAN YOU PLEASE SELL SOME FOR ME IN MALAYSI

    ReplyDelete
  6. Terima kasih perkongsian ini terbaik... En Nizam bila pula bak kongsi tentang buat EM.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih perkongsian ini terbaik... En Nizam bila pula bak kongsi tentang buat EM.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Assalam En Anizam,
    Ada jual telur BSF?

    Boleh wsap saya 0192340272

    ReplyDelete
  10. Saya ada jual di kulim boleh pm saya 01110050649 untuk berapa kilo insya allah sy dpt supplh

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum tuan, nak tanya la.. Apa jaminan yg hinggap tu adalah bsfl dan bukan langau.. Mohon reply

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah Allah ciptakan bsf ni sbgai mknan alternatif utk trnakan.. Dgn kitaran hidupnya yg trlalu skejap dan pghasilan tlur yg byak mmg brmanfaat utk kita..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum
    Admin, mohon share info
    kursus ternak bsfl terkini

    http://www.inkubators.blogspot.my/2019/02/kursus-ternak-bsfl-black-soldier-fly-larvae.html

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. good afternoon
    I m in KL
    And would like to buy some BSF
    if u r willimg to sell.
    Thank You and have a good day!
    AK Mak
    ahkammak@aol.com
    01120128900

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.