TIAMULIN
FUMARATE
Tiamulin fumarate
atau dikenali sebagai TIAMULIN selepas ini adalah biasanya berbentuk serbuk
putih atau hampir putih, tidak berbau, tanpa rasa yang biasanya digunakan bagi
merawat penyakit pernafasan pada ayam, itik dan burung. Dalam keadaan keringnya, serbuk putih
tiamulin perlulah mengandungi paling kurang 98% bahan tiamulin tulen. Serbuk tiamulin adalah serbuk larut air
tetapi kerapkali menjadi mendakan setelah beberapa jam ditinggalkan di dalam
bekas minuman ayam. Kaedah penggunaan adalah
dengan mencampurkan 1 gram tiamulin (1 sudu teh) kepada 5-10 liter air minuman
ayam. Tiamulin adalah sesuai bagi merawat jangkitan akibat mycoplasma iaitu sejenis bakteria yang tidak mempunyai dinding sel. Ini kerana kebanyakan antibiotik akan menyerang dinding sel bagi membunuh bakteria, namun begitu, mycoplasma akan selamat kerana ia tidak mempunyai dinding sel kecuali jika diberikan TIAMULIN.
Pengalaman saya menggunakan tiamulin jenis serbuk ini sejak 3 bulan lalu telah memberikan harapan baru dalam rawatan penyakit ayam khususkan akibat jangkitan bakteria dan virus (kecuali sampar) yang sukar dirawat dengan menggunakan antibiotik jenis lain seperti amoxcicilin, oxytetracycline dan terramycine. Dengan campuran 1 gram kepada 5 liter air, tindakbalas yang sangat positif telah diperolehi ke atas ayam-ayam yang menghadapi masalah jangkitan selsema (coryza), berak darah (coccidiosis), berak kapur (pullorum), berak hijau (cholera) dan puru (fowl pox). Walaupun tempoh rawatan adalah selama 5-7 hari, namun begitu ayam-ayam yang dijangkiti dan berada dalam tahap permulaan dan sederhana akan mula menunjukkan kesan pemulihan pada hari ke-3 rawatan. Rawatan diteruskan juga hingga hari ke-7 bagi menghapuskan saki-baki bakteria dan virus yang terdapat dalam tubuh ayam. Seperti biasa, setelah rawatan selesai, ayam perlu direhatkan tanpa sebarang antibiotik selama 7 hari bagi memastikan daging ayam bebas dari antibiotik sebelum disembelih untuk jualan.
Walaupun penggunaan tiamulin telah memberikan keputusan yang sangat baik, namun dinasihatkan supaya penggiliran jenis-jenis antibiotik dijalankan bagi memastikan bakteria dan virus yang bermutasi akan tetap terhapus apabila diberikan antibiotik yang berbeza.
Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tiamulin ini, mohon mesej atau whatsapp saya di talian 012-524 5002 (nizam).
Harga adalah RM15.00 bagi setiap 30 gram.
S. Malaysia : Kos POSLAJU adalah RM 6.00 bagi bagi berat kurang dari 500 gram.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.