Friday, September 14, 2012

Trichomoniasis – ‘Canker’ pada Merpati



Trichomoniasis (atau canker, nama yg lebih popular digunakan) adalah salah satu penyakit yang sering melanda merpati.  Difahamkan juga kebanyakan merpati terdedah kepada penyakit ini sepanjang kehidupannya, tetapi pada merpati matang, simptomnya jarang kelihatan.  Namun, tekanan akan menambahkan pertumbuhan trichomonads yang membentuk ‘canker’ dan penyakit ini mula member kesan kepada burung tersebut.  Merpati akan kelihatan murung, kurang makan walaupun selera ada disebabkan canker menyerang bahagian dalam mulut dan akan mati jika tidak dirawat dengan segera.  Burung muda akan sentiasa mudah terdedah kepada penyakit ini.  Disebabkan itu, para pemelihara merpati gemar memberikan rawatan cegahan kepada anak burung setelah ia mula belajar terbang.  Sebenarnya adalah tidak digalakkan berbuat demikian kerana pada tahap ini anak burung sedang membina tahap imun badan mereka, namun para pemelihara tidak sanggup menanggung risiko kehilangan haiwan kesayangan mereka itu.  Induk merpati akan memberikan sedikit trichomonads kepada anak2nya bg tujuan membina rintangan badan anak2nya terhadap penyakit itu.
Tanda-tanda ‘canker’ :
  • Kelakuan seakan menelan yang berulang.
  • Tanda kekuningan dalam tekak dan mulut
  • Berat badan turun mendadak
  • Minum dengan banyak
  • Burung kurang terbang
Trichomonas dapat disebarkan melalui air minuman jadi kebersihan bekas minum perlu dititikberatkan dalam menjalankan pengurusan reban.
Penyakit ini datang dalam beberapa bentuk (Form)  iaitu :
Pharyngeal Form adalah yang paling biasa.  Ketumbuhan yg berwarna kuning akan mula terhasil di dalam mulut dan ruang tekak.
Organ Form adalah di mana canker menyerang organ dalaman iaitu hati dan akan mati akibat kegagalan hati.
Buat masa ini Ronidazole adalah ubat yang paling berkesan dalam merawat canker pada merpati.
Buat masa ni aku cuba guna MEDPET 4 in 1 Tablet yang aku order khas dari UK. Baru sampai semalam. Baru cuba 2 bijik untuk ayam2 aku yg nampak murung seakan terkena jangkitan bakteria e.coli.. burung merpati setakat ni sihat jer so tak perlu bagi la lg. Ubat ni dikatakan paling mujarab mengubati penyakit Canker, E.Coli, Paratypoid and Coccidiosis pada merpati dan unggas lain. Disebabkan aku baru cuba so aku tak jamin la lg keberkesanannya.

9 comments:

  1. Salam en.nizam,ayam sy ada mcm ketumbuhan pd paruhnya,seakan2 mcm ketuat,bule sy tau mcmne nk mencegahnye?mohon tunjuk dr tuan

    ReplyDelete
  2. Salam, rasanya puru... akibat gigitan nyamuk. Cuba sapu ubat kurap cap kaki tiga... 3-5 hari insya Allah gugur...

    ReplyDelete
  3. Btw,mgkn sy perlu sapu 3x sehari atau hanya1x shj en.nizam?tgk ayam td pas sapu seksa benar pasal panas keh3

    ReplyDelete
  4. sekali jer sehari, hehe mmg panas tp mujarab, jgn sampai masuk mata atau hidung.. sian dia :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.