Friday, April 12, 2013

Penyakit Cacar Pada Unggas (Fowl Pox)


Apa itu fowl pox?
Fowl pox adalah sejenis jangkitan virus yang tersebar secara perlahan di kalangan hampir semua spesis burung termasuk ayam. Jangkitan dalam mulut adalah berupa tempelan keputihan pada bahagian lelangit mulut (versi basah) manakala pada luaran pula, akan kelihatan tompokan kekuningan, keperangan atau kehitaman di bahagian muka terutama pada balung ayam (versi kering). Penyakit ini akan menyebabkan tekanan, pucat, hilang selera makan, tumbesaran terganggu dan penurunan dalam pengeluaran telur. Kematian unggas adalah disebabkan hilang selera makan dan kurang nutrien.
 
Apakah penyebab penyakit ini?
Fowl pox adalah disebabkan oleh virus dari keluarga Poxviridae dari jenis Avipoxvirus. Ia boleh disebarkan secara udara dan sentuhan iaitu melalui unggas itu sendiri, nyamuk dan kutu. Nyamuk adalah ejen paling cekap menjalankan tugas menyebarkan virus ini. Apabila dijangkiti, ia boleh kekal berada dikalangan kumpulan unggas yg sama selama berbulan-bulan lamanya.
 
Apakah kaedah pencegahan dan rawatannya?
Tiada rawatan khusus untuk fowl pox. Namun begitu untuk jenis kering, aku selalu pakai ubat kurap cecair merah cap kaki tiga untuk cepatkan proses penyembuhan atau boleh biarkan ia sembuh dgn sendirinya dalam tempoh beberapa minggu. Manakala untuk jenis basah rawatan menggunakan MEDPET 4 in 1 adalah sangat berkesan bagi mempercepatkan ia kering dan gugur. Kesan penyembuhan akan meninggalkan sedikit parut yg akan juga akan hilang ttp mengambil masa yg lama. Pencegahan adalah melalui vaksin apabila setiap kali berlaku aktiviti pertambahan unggas atau penerimaan unggas baru di kawasan sangkar. Kawalan nyamuk yg sempurna akan mengurangkan kadar jangkitan kepada unggas lain.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.