Tuesday, March 19, 2013

Kacukan Serama Dan Black Rosecomb

 
Salam sejahtera kepada para pelawat blog aku, posting kali ni aku nak story skit berkenaan hasil biaksilang (crossbreed) yang telah aku jalankan 3 bulan lepas.  Dah berhasil tp baru peringkat permulaan.. masih byk lg yang perlu dilakukan.  3 bulan lepas aku ada beli pejantan serama warna merah kekuningan, ada foto kat atas aku tunjukkan.. masih muda time tu, baru belajar galak.  Manakala induk betina black rosecomb mmg sedia ada kat farm aku nih, so dalam duk saja-saja tu aku cuba la sekalikan bapak serama tu dgn induk rosecomb ni.  Tujuan aku ada 2, pertama nak hasilkan ayam black rosecomb yg ber'body' serama, dan yg kedua nak hasilkan rosecomb yg berwarna selain hitam.  Percaturan aku mula menjadi bila terhasil 2 ekor anak yg mana sedang meningkat remaja sekarang ni, satu warna hitam pure berbalung rose, bertelinga putih dan tubuhnya mirip tubuh serama... manakala adiknya juga bertubuh serama walopun tak ketara cam abgnya ttp bulu2 merah keluar di tengkuk dan belakang.. hasilkan variasi spt yg aku rancang.  Alhamdulillah... semoga ada lagi hasil2 yg menyokong impian aku ni nanti.  Foto kat atas sekali adalah si bapa, yg bawahnya adalah si ibunya manakala kat bawah ni pula adalah anak2 nya yg 2 beradik tu.. cuma sedikit kureng sbb 2-2 jantan, tak jadi betina kali ni... Foto yg last sekali adalah anak pure rosecomb pada umur yg sama, dapat tak korang lihat betapa byknya perbezaan tubuh mereka.  Mana yang menjadi pilihan korang agak2nya ???!!!
 

 
 
Si abang yg aku kira sgt menjadi kecuali balungnya agak tinggi dan cuping telinga yg kurang putihnya.  Kita tgklah apa jadik bila dah umur 6 bulan, sekarang baru 3 bulan lebih skit..
 
 
Si adik yg kurang menyerlah tp berbeza ketara dari si abang sbb ada bulu-bulu merah kekuningan di tengkuk dan belakang.  Tak sabar tunggu full grown diaorg...
 
 
Foto anak rosecomb pure ni pulak aku letak sbb nak buat perbandingan di antara yg kacuk serama n ori, jauh tu beza dia.. yg kacuk serama dah mula kokok umur sebulan lebih, yg ni dah 3 bulan lebih baru kokok.. tu pun pelat :) manakala body nya mmg out lah... tp tu la baka ori.. juga sgt hebat dalam kelasnya yg tersendiri.

11 comments:

  1. Terbaik ! Saiz kedua2 anak mix ni ikt standrd size body anak serama atau berbeza en.nizam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saiznya serama B, sbb induk betina pakai rosecomb yg telurnya besar.. kalau terbalikkan pakai ibu serama n bapa rosecomb mungkin akan jadi body kecik tp takut aksesori lain lak tak menjadik sbb anak2 akan lebih ikut ibunya berbanding bapa... kurang ikut bapak walopun ada yg menjadik juga..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayam nampak mantap dan unik ... kerja yg sabar ni .. bang nak celah sikit mordern game ada x? klo ada nak sepasang ni

      Delete
  3. saya takder modern game.. ramal pets ada rasanya. Boleh hubungi dia..

    ReplyDelete
  4. ohh kat ramal yg balung atromen tu saya tengok abg gambar ada mordern game balung batu tu . mana mordern game abg ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yg tu dah mati dah.. sayang betul sbb tak sempat turun benih :( tinggal kenangan jer..

      Delete
    2. ADOI SAYANGNYA =( macamana nak cari balik benih tu ye bang? ada info ke no fon ke ??

      Delete
    3. oo baka tu saya yg buat sendiri, org lain setakat ni tadak tp mmg saya akan buat lg cuma tunggu masa yg sesuai.. cumanya bukan sekarang sbb duk fokus rosecomb dulu.

      Delete
  5. Salam, Ada anak ayam hutan/siam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, baka siam yg en jamal tgk hari tu ada, yg ayam hutan baru nak menetas..

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.