Semalam aku dapat sepasang zebra finch dari kedai pets di Klang. Memang kiut menatang bernama zebra finch nih.. dengan warna dan corak bulu badan yang tersusun ditambah dengan saiz yg kecil menjadikan ia sejenis burung yang comel. Jadi disebabkan daya tarikan tersebut akupun beli jua akhirnya. Mula takmo beli. First time aku tgk burung ni secara dekat adalah kat kedai pets kenalan aku di Sg Ramal Dalam, Ramal Pets Shop nama kedainya, En Mat iaitu tuan punya kedai dapat burung tu sepasang tp yg betinanya dah 'padam' so masa aku lawat kedai beliau, cuma tinggal yg jantan jer.. bila aku tgk n sembang2 ngan en mat nih, rasa terpaut lak dgn burung ni.. yang jantan biasanya akan lebih jinak dan selalu berbunyi seakan siulan kecil dan manja, mmg sedap telinga dengar... bila aku check dalam internet, ternyata zebra finch mmg mendapat tempat di hati para peminat burung tempatan. Zebra Finch ( Taeniopygia guttata ) berasal dari Australia dan ia membiak sepanjang tahun. Perbezaan jantan dan betina aku ada tunjukkan dalam foto-foto di bawah. Jantan biasanya mempunyai bulu pipi kecoklatan , paruh yang kemerahan dan mempunyai pelbagai corak bulu di badannya. Betina pula tidak mempunyai sifat tersebut. Jika zebra finch tersebut telah mengalami mutasi warna contohnya mempunyai bulu putih dan lain2 yang mana tidak mempunyai warna bulu pipi yang jelas, maka warna paruh adalah satu-satunya kaedah mengenalpasti jantina mereka. Ia boleh hidup 5-10 tahun dalam kurungan dan mencapai 15 tahun jika lepas bebas. Ia makan bijirin kecil seperti kambu (sambau), biji rumput lain dan seumpamanya. Jumlah telur yang dikeluarkan setiap kali membiak adalah 2-7 biji dan yang paling kerap adalah 5 biji. Tp jika dalam kurungan ada rekod menunjukkan ia akan bertelur dalam jumlah yang lebih banyak. Anak2 burung ini mungkin mempunyai warna yang berbeza dari ibubapa mereka, jadi korang mungkin akan lebih teruja utk membela dan membiak burung ini. Anak burung jantan hanya akan mempunyai bulu pipi dan paruh yang berwarna apabila mencapai umur 2 bulan ke atas. Sebelum itu semua anak burung adalah kelihatan sama sahaja. Tempoh pengeraman adalah sekitar 14-16 hari, sama seperti burung budgie, penetasan anak adalah secara berperingkat. Dan pengeraman juga dilakukan oleh kedua-dua induk secara bergilir. Selepas 3 hingga 4 minggu anak burung akan cuba keluar dari sarangnya. Ia akan mula membiak setelah berumur 8 bulan ke atas.
Zebra Finch Betina yang aku baru beli.
Zebra Finch Jantan yang baru aku beli.
Kedua-dua Zebra Finch yang baru aku beli dari kedai pet Klang.
Contoh anak-anak zebra finch.
Ibu zebra finch duk layan 2 ekor anaknya.