Friday, December 31, 2010

Anak Burung Budgie Dah Tetas

Salam semua, minggu ni adalah minggu bertuah aku, anak burung budgie dah mula menetas.. ada dua sarang yg aku tgk dah tetas.. taktau la berapa ekor jumlahnya nanti, disebabkan ini adalah pengalaman aku yang pertama, so aku terpaksa berhati-hati n selalu merujuk kepada internet n abg aku utk pastikan peratus survival anak budgie ni tinggi nanti.. aku takmo la nanti exited masa tetas jer.. last-last yg idup cuma 2 ekor jer dari 10.. mesti sedih n moral down nyer.. so aku akan tambahkan vitamin dalam air n jaga makan induk budgie ni dengan lebih teratur bermula pada hari ini.. harap budgie aku akan hidup dalam keadaan sihat n bahagia... berikut adalah foto induk n anak yg baru tetas tu.. :) enjoy !!





Di bawah ni adalah bekas makanan yang aku buat sendiri hasil dari tinjauan di internet, mmg sgt berguna terutama time aku balik kampung berhari raya dulu.. cam penyelamat dunia la kiranya dia ni..

Di bawah ni pula adalah ayam kesayangan aku, tak lain n tak bukan adalah Giant Cochin aku yang baru berusia 4 bulan, dah sama saiz ayam gajah dah.. sbb bulu tebal n lembut serta gebu.. mmg best layan ayam ni.. manja giler.. aku tunggu lagi 6 bulan utk pembiakbakaan.. :)


Saturday, December 25, 2010

Ayam Brahma Nak Let Go (SOLD)

Salam kengkawan peminat ayam exotic, di sini aku ada tolong member buat tawaran, setakat ni tawaran tu ada lagi la.. tp kalo dah takder korang deal la sendiri ngan tuan kedai :) tawarannya adalah sepasang ayam Brahma oleh en zakaria dari dungun ( pok ya ) tel : 019-9088759.. sapa yg berminat bleh la kontek beliau, jgn kontek aku lak.. harga pun nego la ngan dia.. aku tak terlibat wuahahaha :) Ni gambar ayamnya, besar wooo....





Budgie Mula Bertelur

Wah.. mmg dalam sibuk-sibuk aku pun buleh senyum lagi tuu... why? sbb aku punya budgie dah bertulur... manyak pulak tuu.. hehe.. just excited jer lebih... aku ada gantung 4 sarang dari sabut kelapa dalam aviary aku tu.. yang bestnya 3 dari sarang tu dah berisi, tak sangka depa ni bertelur serentak.. last aku terjah hari tu ada 13 biji semuanya... 2 sarang serba 4 biji dan 1 sarang ada 5 biji... harap menjadik la nanti.. jgn sampai aku kempunan tgk anak budgie dah ler.. ni aku ada sertakan foto yg sempat aku snap dengan kaedah 'bedal jer' :) ada jugak foto budgie aku tengah makan jagung...











Anak Ayam Mutiara

Salam kwn2, buat masa sekarang aku ada 20 ekor anak ayam mutiara yang dah boleh berdikari, walopun mereka ni takkan lama dengan aku sbb dah di booking tp aku tetap sayang mereka mcm anak ayam aku jugak, so aku bagi la mereka ni merasa duduk dalam aviary aku jap.. tp semua mereka akan di let go pada esok hari :( Semoga tuan baru mereka akan menjaga mereka dengan lebih baik dari aku.. tunggu next batch lak :)


Anak Serama Baru Menetas

Salam, alahai lama la pulak aku tak update blog ni, sibuk betul aku hujung2 tahun nih.. byk kerja nak kena setelkan.. tambahan pulak bila kerja opis lak.. bertimbun wehhh.. :( Pada 17/12/2010 lepas aku menerima kelahiran 3 ekor anak serama.. hehehe.. besh woo.. mulanya aku eram 5 biji telur tp 3 jer ada benih n ketiga-tiga telur tu tetas pulak.. senyum jer aku sekarang ni :) ni anak-anak tu tengah membesar bagai johan la tu.. telur selebihnya ada 3 biji lagi yang batch terkemudian skit, so aku tengok cuma sebiji jer ada benih n memang tengah berkembang pun.. harap nanti tetas la jugak adik diaorg nih :) Kat bawah ni aku sertakan gambar baby baru aku tu ..