Salam sejahtera kepada
rakan-rakan peminat tegar unggas hiasan di serata dunia yang melawat dan faham
tulisan dalam blog aku ni… Alhamdulillah aku diberi kesempatan lagi untuk
menulis dalam blog kesayangan aku ni. Sejak
akhir2 ni mmg aku sibuk sgt2.. dengan kerja hakiki dan kerja tak hakiki hehe..
apapun aku akan gunakan peluang menulis kali ni untuk sedaya upaya menyampaikan
info yang berguna untuk rakan2 semua.
Berbalik kepada tajuk seperti yg
aku tulis ka atas tu. Tajuk ini bukan
sahaja dibincangkan untuk merpati tetapi boleh diaplikasikan kepada hampir
semua jenis unggas seperti ayam dan spesis burung lain. Ramai penternak merpati termasuk aku pernah
mengalami masalah merpati tiba-tiba dikesan menjadi kurus sehingga tulang dada
menjadi macam belakang parang sebab dah
takder daging di kiri dan kanan tulang tu… agak menyedihkan bila tengok keadaan
merpati pula yang monyok dengan bulu yg kusam tidak bersinar menunjukkan ia tak
sihat. Apa puncanya? Mari kita selidik
sama2… Aku sendiri pernah beberapa kali kehilangan merpati dan ayam kesayangan
akibat penyakit senyap ni… aku usaha hari2 untuk suap makan dan sebagainya
tetapi tetap tak berkesan, seolah-olah ada ‘jin’ dalam tubuh merpati tu yg
makan semua makanan yg disuap… jika dikaji dengan teliti, ada berbagai
kemungkinan yg dapat diteka.. antaranya adalah CACING, SALMONELLA (PARATYPOID)
dan COCCIDIOSIS. Kebanyakan daripada
kita mmg tak mampu atau tak sempat nak teka penyakit mana satu yg ada pada
merpati tu… atau 2 penyakit hinggap sekaligus atau semua penyakit tu ada pada
si merpati malang tu. Merpati dalam
kurungan perlukan nutrient yg lebih, penjagaan yang lebih dan perhatian yang
lebih. Tak sama macam merpati liar yang bebas
mencari ubat semulajadinya dari alam dan berjemur di bawah sinar matahari
selama mana di perlukan dan ditempat mana diperlukan. Pendek kata, bila ia dikurung, kitalah
segalanya bagi merpati ni… kitalah ayah, kitalah ibu, kitalah guru, kitalah
doktornya…. Dan selaku semua tu, wajiblah kita mencari dan memberi nutrien yg
cukup utk mereka. So balik kpd cerita
tadi, sebagai org yang tak pandai meneka atau dah puas meneka atau baik tak
payah teka, sbb kalau duk teka2 ni… belum sempat dapat jawapan, merpati
kesayangan dan ‘jalan’ dulu dah… huhu.
Untuk rawatan yg pernah aku jalankan bg merpati mcm ni ada beberapa
langkah :
1.
Asingkan merpati ke sangkar kuarantin dan biar
satu sangkar cuma seekor. Guna sangkar
kecik pun dah ok… muat utk seekor merpati dan selesa.
2.
Isikan air bersih tanpa klorin. Air bertapis kat rumahpun ok, air paip yg
ditag 2 haripun ok sbb klorin dah neutral lepas 2 hari tu.
3.
Isikan makanan/dedak yg berkualiti atau utk
selamat bg jer Goldcoin 201C (tapis supaya tiada serbuk halus, cuma bijian yang
mudah ditelan, serbuk halus akan melekat pd lelangit merpati).
4.
Awasi najis dari burung tersebut, najis yg jatuh
dalam tray sangkar akan mudah dilihat dan diamati. Cuci secara harian bg memudahkan kerja
mengenalpasti kalau ada cacing ker, berak hijau ker, berak putih ker, berak
cair ker atau tak berak ker hehe..
5.
Langkah pertama lepas dah masuk sangkar n semua
setting dah sempurna adalah bagi mkn ubat cacing ikut dos yg telah ditetapkan,
boleh pakai ubat cacing Mediworm, Combi Worm, Cestolin dan sebagainya yg tuan2
pernah guna dan berkesan.
6.
Langkah seterusnya adalah bagi vitamin B12 spt
Multivit B12 ikut dos selama seminggu.
Lepas tu kurangkan sedikit demi sedikit dgn campur dalam makanan merpati
tu. Maksudnya boleh bagi separuh atau sepertiga atau seperempat dari dos asal
kalau didapati merpati dah mula naik berat badan. Dalam duk bagi B12 tu, bagi jugak ubat utk
salmonella dan coccidiosis spt MEDPET 4 in 1.
Cth sebelah pagi bg B12 so sebelah ptg bg 4 in 1. Buat selama seminggu seiring dgn B12. Makanan n bekas air jgn lupa bersihkan jika
ada kotoran. Dalam dedak selalulah letak
serbuk kunyit dan NEOBRO skit. Biar ada
antibak semulajadi n nutrient tambahan.
7.
Lepas merpati tu agak berisi anda bolehlah
sembelih buat sup… erk.. step ni anda tak payah la ikut kalau tak sanggup hahahaha.
Tu lah nasihat yang boleh aku
bagi utk kawan2… aku ni menulis berdasarkan pengalaman. Yg aku ceritakan kat sini adalah pengalaman
aku semasa duk rawat merpati n ayam.
Kalau pengalaman org aku tak berani masuk sini, takut mati merpati
korang aku jugak kena maki huhuhu.
Selamat mencuba kawan2