Saturday, September 22, 2012

Jeruk Anggur D'Anizam Agrofarm

Salam kepada semua yg sudi singgah di blog Anizam Agrofarm, awal2 pagi tadi aku ke reban.. terpikir lak nak intai2 buah2 anggur kat sebelah reban kut2 ada yg menjadik... lepas diteropong maka ternampaklah beberapa gugusan anggur yg berselerak atas pokok tumpangnya.. entah apa nama pokok pun aku tak ingat tp di sebalik daun2 pokok tu rupanya ada buah anggur yg tumpang bereduh dan membesar.. bg hasil yg lepas2 aku biarkan jadik makanan burung jer.. so kali ni terpikir jugak nak dituai utk dijadikan jeruk.. sedap jugak tu.. kalau jadik ler.  So aku ambil tangga dan galah pendek yg ada kat bumbung reban n terus petik buah2 tu.. penat jugak mencarik buah2 tu kat celah2 dahan pokok tumpang.  Binau jugak la bijik mata..  walaupun buahnya tak banyak tp aku percaya kalu aku buat pangkasan yg teratur mesti buahnya lagi banyak.. tengoklah nanti kalau ada masa terluang akan aku buat pangkasan dan pembajaan yg sempurna..


Buah yg masih di rantingnya..
 

Buah yg telah diasingkan dari rantingnya..

 
Ready utk timbangan

 
Sekilo lebih jugak buah muda nih...

 
Masuk balang bersama air garam..

Friday, September 14, 2012

Kuala Lumpur Bird Park

 

Salam semua, hujung minggu lepas aku n famili berpeluang habiskan masa di KL Bird Park.  Antara tempat yg paling aku suka kat KL nih selain Zoo Negara...  Maklumlah jiwa kampung cam aku ni mmg takleh jauh dgn flora n fauna ni.. kalau aku jauh jer skit mesti rasa tak sihat n tak berapa 'power' tp kalau aku masuk hutan ker, panjat gunung ker.. mesti kuasa Otroman aku datang hahaha..  tp mmg la aku mmg syok giler bila jumpa menatang2 kat KL Bird Park tu.. yg lg best tu bila wife n anak2 akupun suka jugak.. wah syurga wooo.  Anak aku yg sulung tu baru masuk 3 thn.. siap main kejar2 ngan merak2 kat park tu... aku rasa malam tu merak2 tu mesti tidur berdengkur :).. bangau yg kecik2 tupun nak join sekaki tp merak tak bagi.. sian.. nampak muka cam frust jer..  byk gambar yg sempat aku snap masa kat sana tp ada jugak yg tak sempat aku snap.  So kat bawah ni ada la foto2 yg aku suka utk aku perihalkan kat para pelawat blog aku ni :)


 
 
Kat atas adalah foto2 ringneck yg menyambut kami apabila pintu pertama dikuak.. cumelnyer..

 
Kat sini mmg depa bela merak cam bela ayam kampung jer.. kalau ikut hati aku tangkap masuk beg jer.. geram :)

 
Victorian Crested Pigeon adalah jenis merpati paling besar di dunia, dapat sepasang best ni.


Burung ni satu spesis ngan Starling (English) atau Perling (Melayu) 


Itik Mandarin.. sekor jer, kawan dia leka makan dedak ikan kat tebing..

 
Burung kuang raya / kuau raja atau Argus mmg menarik kalau kembang tp tadak rezki hari tu.. dia takmo kembang pun..


Burung apa? Burung punaiiii....
 
 
Aku rasa ayam ni En Jabbar punya yg ditukar ngan anak merak dulu..
 
 
Wahhh.. meriahnya.


Makan berjemaah tuuuuu...

 
Ikan ni gorengpun sodap..

 
Suasana kolam mmg menawan.
 

Pertunjukan burung..

 
Ayam hutan merah (Red Jungle Fowl)

 
Ni geng Parakeet.. bising nih.

 
Hahaha.. anak n wife aku duk sembang ngan ostrich jantan.

 
Penat dah anak aku, so kita makan dulu.. depa la makan, aku ngan wife aku tak makan lg.. lapar.

 
Muka excited anak aku yg no 2... dia mmg kalau excited muka dia mmg cam tu haahahaha.

 
Duk sembang ngan parakeet lak..

 
Dia marah aku nak shoot dia..

 
Uish duk tgk apa tu?


Oooo duk tgk burung...

 
Pasangan glamour..

 
Anak aku mmg takleh lepas peluang kalo jumpa playground kat mana2...

 
Suka la tu...

Trichomoniasis – ‘Canker’ pada Merpati



Trichomoniasis (atau canker, nama yg lebih popular digunakan) adalah salah satu penyakit yang sering melanda merpati.  Difahamkan juga kebanyakan merpati terdedah kepada penyakit ini sepanjang kehidupannya, tetapi pada merpati matang, simptomnya jarang kelihatan.  Namun, tekanan akan menambahkan pertumbuhan trichomonads yang membentuk ‘canker’ dan penyakit ini mula member kesan kepada burung tersebut.  Merpati akan kelihatan murung, kurang makan walaupun selera ada disebabkan canker menyerang bahagian dalam mulut dan akan mati jika tidak dirawat dengan segera.  Burung muda akan sentiasa mudah terdedah kepada penyakit ini.  Disebabkan itu, para pemelihara merpati gemar memberikan rawatan cegahan kepada anak burung setelah ia mula belajar terbang.  Sebenarnya adalah tidak digalakkan berbuat demikian kerana pada tahap ini anak burung sedang membina tahap imun badan mereka, namun para pemelihara tidak sanggup menanggung risiko kehilangan haiwan kesayangan mereka itu.  Induk merpati akan memberikan sedikit trichomonads kepada anak2nya bg tujuan membina rintangan badan anak2nya terhadap penyakit itu.
Tanda-tanda ‘canker’ :
  • Kelakuan seakan menelan yang berulang.
  • Tanda kekuningan dalam tekak dan mulut
  • Berat badan turun mendadak
  • Minum dengan banyak
  • Burung kurang terbang
Trichomonas dapat disebarkan melalui air minuman jadi kebersihan bekas minum perlu dititikberatkan dalam menjalankan pengurusan reban.
Penyakit ini datang dalam beberapa bentuk (Form)  iaitu :
Pharyngeal Form adalah yang paling biasa.  Ketumbuhan yg berwarna kuning akan mula terhasil di dalam mulut dan ruang tekak.
Organ Form adalah di mana canker menyerang organ dalaman iaitu hati dan akan mati akibat kegagalan hati.
Buat masa ini Ronidazole adalah ubat yang paling berkesan dalam merawat canker pada merpati.
Buat masa ni aku cuba guna MEDPET 4 in 1 Tablet yang aku order khas dari UK. Baru sampai semalam. Baru cuba 2 bijik untuk ayam2 aku yg nampak murung seakan terkena jangkitan bakteria e.coli.. burung merpati setakat ni sihat jer so tak perlu bagi la lg. Ubat ni dikatakan paling mujarab mengubati penyakit Canker, E.Coli, Paratypoid and Coccidiosis pada merpati dan unggas lain. Disebabkan aku baru cuba so aku tak jamin la lg keberkesanannya.

Wednesday, September 12, 2012

Light Giant Cochin Betina Untuk Dijual



 
Foto di atas adalah foto seekor ayam betina light giant cochin yang aku nak jual sbb sangkar aku dah penuh, so kepada sesiapa yg berminat boleh la call/sms aku.. ayam ni mmg nampak kurus tp normallah, ayam baka giant cochin ni akan mula kembang dan membulat bila umur mencapai 5 bulan.. kalau umur kurang 4 bulan mmg hanya tulang temulangnya sahaja yg kembang dahulu.. kalau nak tgk macamana bila dia besar esok tklah foto ayah dan maknya seperti di bawah.  Saiz mmg besar dan gadang. Ayam ni akan semakin gebu dan bulat mengikut peringkat usianya, lagi tua lagi cantik. seiring dengan kerapnya ayam ni bersalin bulu.. pendek kata, semakin kerap ia menyalin bulu maka semakin cantiklah tubuh badannya.  Kat mudah.my pun aku iklan tp aku letak tinggi la harganya.. tp kalau pelawat dan follower aku kat blog aku aku bg kurang la skit :)  tak caya try la call..
 
Foto ayahya.
Foto ibunya.

Ayam Black Giant Cochin

Salam semua, ayam Black Giant Cochin ni dah lama dah aku cari.  Tambahan pula bila aku dah tgk rupa mak ayahnya yg besar gedabak tu.  Dah la tu gebu lak.. so aku dapat sepasang ni untuk aku biakkan dengan jayanya..amin.  Sekarang baru umur 2 bulan lebih so aku kena tunggu lagi 4 bulan untuk dia mula biak..  Dulu pernah dah aku dapat abang dia yg sulung sekor tp mati time aku sibuk2 pindah rumah dulu.  Sayang betul.. bukan senang nak dapat baka pure ni.  Sekarang ni waktu yg baik untuk aku mulakan semula ternakan memandangkan Aidilfitri baru jer lepas so bermaksud aku ada lebih kurang setahun untuk usahakan ternakan aku tanpa ada cuti panjang yang merisaukan.  Kalau tgk dari bentuk badan ayam yg aku pilih ni mmg sah baka pure.. hitamnya pun tak bercampur dengan warna lain.  Harap kekal hingga dewasa yang mana bulu2 ni akan bertukar jadik warna hitam dengan kilauan kehijauan, time tu mmg akan nampak tersangat cantik. Kat bawah ni adalah pasangan yg aku dapat baru2 ni hasil duit jualan merpati :)




Harap yg jantan jadi camni..

Dan yg betina jadik camni :)