Trichomoniasis (atau canker, nama yg lebih popular digunakan) adalah salah satu penyakit yang sering melanda merpati. Difahamkan juga kebanyakan merpati terdedah kepada penyakit ini sepanjang kehidupannya, tetapi pada merpati matang, simptomnya jarang kelihatan. Namun, tekanan akan menambahkan pertumbuhan trichomonads yang membentuk ‘canker’ dan penyakit ini mula member kesan kepada burung tersebut. Merpati akan kelihatan murung, kurang makan walaupun selera ada disebabkan canker menyerang bahagian dalam mulut dan akan mati jika tidak dirawat dengan segera. Burung muda akan sentiasa mudah terdedah kepada penyakit ini. Disebabkan itu, para pemelihara merpati gemar memberikan rawatan cegahan kepada anak burung setelah ia mula belajar terbang. Sebenarnya adalah tidak digalakkan berbuat demikian kerana pada tahap ini anak burung sedang membina tahap imun badan mereka, namun para pemelihara tidak sanggup menanggung risiko kehilangan haiwan kesayangan mereka itu. Induk merpati akan memberikan sedikit trichomonads kepada anak2nya bg tujuan membina rintangan badan anak2nya terhadap penyakit itu.
Tanda-tanda ‘canker’ :
- Kelakuan seakan menelan yang berulang.
- Tanda kekuningan dalam tekak dan mulut
- Berat badan turun mendadak
- Minum dengan banyak
- Burung kurang terbang
Trichomonas dapat disebarkan melalui air minuman jadi kebersihan bekas minum perlu dititikberatkan dalam menjalankan pengurusan reban.
Penyakit ini datang dalam beberapa bentuk (Form) iaitu :
Pharyngeal Form adalah yang paling biasa. Ketumbuhan yg berwarna kuning akan mula terhasil di dalam mulut dan ruang tekak.
Organ Form adalah di mana canker menyerang organ dalaman iaitu hati dan akan mati akibat kegagalan hati.
Buat masa ini Ronidazole adalah ubat yang paling berkesan dalam merawat canker pada merpati.
Salam en.nizam,ayam sy ada mcm ketumbuhan pd paruhnya,seakan2 mcm ketuat,bule sy tau mcmne nk mencegahnye?mohon tunjuk dr tuan
ReplyDeleteSalam, rasanya puru... akibat gigitan nyamuk. Cuba sapu ubat kurap cap kaki tiga... 3-5 hari insya Allah gugur...
ReplyDeleteTerima kasih en.nizam :-)
ReplyDeleteBtw,mgkn sy perlu sapu 3x sehari atau hanya1x shj en.nizam?tgk ayam td pas sapu seksa benar pasal panas keh3
ReplyDeletesekali jer sehari, hehe mmg panas tp mujarab, jgn sampai masuk mata atau hidung.. sian dia :)
ReplyDeleteHehe terima kasih bos hehe
ReplyDeletesama2 :)
ReplyDeleteSalam...saya nak share pasal info ni...
ReplyDeleteSilakan :)
Delete