Wednesday, February 20, 2013

Ubat Untuk Penyakit Canker Pada Merpati


Salam semua, semalam pesanan ubat MEDPET 4 in 1 dah sampai, jadi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ubat mujarab ni bolehlah call/sms aku di 012-5245002.  Ubat ni aku jual secara botol atau bagi yang baru nak mencuba boleh juga aku jual secara biji.  Ubat ini sangat mujarab untuk rawatan penyakit canker yang sgt merbahaya kepada kaum merpati kesayangan kita.  Aku dah byk kali pakai ubat ni dan terbukti berjaya menyelamatkan byk nyawa.  Ubat ini bukan sahaja untuk merpati malah aku dah byk kali cuba utk pelbagai jenis ayam, mmg hasilnya sgt menakjubkan.  Maklumat terperinci berkenaan ubat tersebut seperti yang kilang keluarkan adalah seperti di bawah :

4 in 1 by Medpet 100 tablets, is broad spectrum individual treatment in tablet for paratyphoid, canker, coccidiosis and especially E.coli in Pigeons.

Description:
* Easy to dose small tablet for single treatment
* Safe and economical
* Ideal for treatment when a firm diagnosis is still pending
* The ultimate quality 4-in-1 tablet available


Indications:
Treatment and prevention of:
- Trichomoniasis (Canker)
- E.Coli
- Paratyphoid (Salmonella) - Coccidiosis
- Gastro Intestinal Infection
- Diarrheas

Composition:
- Furaltadone
- Ronidazole

Dose:
- Preventive: 1 tablet per pigeon for 3 days.
- Curative: 1 tablet per pigeon for 5-7 days.

Size:
100 tablets

Sunday, February 17, 2013

Telur Ayam Hutan Dari Aziahisma Mini Farm

 
Salam sejahtera dan selamat kembali dari cuti tahun baru Cina hehe... minggu lepas aku ada terima 12 biji telur ayam hutan dari Aziahisma Mini Farm.  Di courier sehari sebelum n tiba kat meja aku sehari selepas di courier ( hehe betul la ayat aku nih.. ).  Malangnya 3 dari 12 biji telur tu pecah tp yg 9 lagi berjaya di bawa ke dalam incubator.  Harapan aku semua 9 biji tu tetas lah hendaknya.. hehe.  Terima kasih juga kepada Aziahisma Mini Farm kerana meng courier kan telur2 tu kpd Anizam Agro Farm... moga hubungan silaturrahim berkekalan hendaknya. 


Kalau perasan, telur atas sekali yg kiri dah retak, diikuti telur yg tengah juga di kiri serta telur barisan bawah sekali yg kanan... sian telur2 tu :(


Ni pula telur bahagian lapisan bawah, semua selamat..  Alhamdulillah.


Saturday, February 16, 2013

Black Rosecomb Stok Jualan Hujung Feb 2013



Alhamdulillah syukur aku ke hadhrat Allah SWT atas limpah kurnia Nya kepada aku pada 2013 ni. Walaupun ada dugaan berat yg aku tgh tangung beberapa tahun ni tp rezki dalam ternakan ayam eksotik terutama rosecomb, giant cochin dan brahma masih berpihak kepada aku. Bukan nak riak tp membiak sakan ayam2 tu kat farm kecik aku ni, tak muat weh nak letak mana, terpaksa jual merpati utk clear sangkar. Anak rosecomb bakal bertukar tangan penghujung Feb 2013, ramai yg oder tp aku tak ingat sapa, semua aku janji hujung bulan, sapa cepat dia dpt la.. sori kengkawan huhu. Setakat ni aku ada 7 pasang yg akan capai umur 2 bulan lebih skit pd hujung bulan ni. Khas untuk jualan nanti, yg selebihnya ada berbelas ekor lg tp semuanya jantan.. adui.. lupa set semula incubator bulan tu :(.. Ramai pelanggan tanya kenapa nak tunggu umur 2 bulan baru nak letgo, aku bukan tak nak jual awal tp aku takut anak2 ayam tu tak cantik bila besar. Biar aku tgk betul2 dulu baru aku jualkan, senang.. takder la pelanggan komplen, buatnya tetiba kuar bulu merah kat tengkuk tu maunya tak naya muka aku kena maki... jadi utk langkah berjaga2 aku simpan besar skit n aku bg jaminan boleh pulangkan ayam jika tak ori.. senang jer, aku ni bukan nak apa, nak berkawan jer ngan rakan2 yg satu minat nih. Malaysia bukan luaspun. Berikut adalah foto2 anak2 ayam yg aku maksudkan tu.. enjoy lah kengkawan !





Saturday, February 9, 2013

Mengatasi Masalah Kulit Telur Lembik/Lembut


Salam semua, selamat tahun baru tp tahun ni aku tak balik kampungpun, sbb takut terperangkap dalam jem, tiap2 tahun kalau raya Cina mmg aku tak beani balik sbb dah pernah kena jem teruk.  Perjalanan yg hanya makan masa paling lama 7 jam dah jadik 14 jam. huhuhu.  Sian kat anak2 aku la.. penat duk dalam kereta.  Kali ni aku nak cerita berkenaan masalah kulit telur lembik, mungkin ramai yg dah perasan masalah ni terutama sapa2 yg bela ayam dalam kurungan, mungkin ada yg dah tau kaedah penyelesaiannya.  Bagi aku, aku suka kaji sendiri sbb cam rasa puashati kat situ hehe.  Dari mula aku bela ayam eksotik ni, mmg tak lepas dari masalah ni, nak-nak pulak kurungan aku kecik jer... ramai yg pelik ngan kaedah aku bela ayam sbb boleh biak jugak walopun kurngan kecik.  Bagi aku, saiz ayam yg mainkan peranan, kalau ayam jenis bantam (tubuh kecil) tak perlulah kawasan besar.. tp kalau giant cochin atau brahma mmg aku lepaskan dalam kurungan saiz 4 meter x 4 meter.  Kalau tak menjawab la aku kat akhirat nanti.. huhu.   Kembali kepada masalah kulit telur lembik tadi, ia terjadik akibat kurang kalsium, kalsium ni sifat dia tak kekal dalam tubuh ayam.  So ia perlu diganti secara harian.  Maksudnya tiap2 hari ayam tu kena makan kalsium.  Macamana nak bg byk kalsium hari2.. jenuh la nak kisar kulit kerang/kepah, nak hancurkan kulit telur yg kita goreng isinya, nak beli tablet kalsiumpun mahal jugak tu... aku senang jer.  Tukar diet kpd dedak telur, hahaha mmg selesai masalah aku.  Bukan masalah kulit lembik jer, masalah ayam patuk telur sendirik pun selesai haha.. sbb ibu ayam ni bila kurangkalsium dia mmg tahu, so dia cuba la cari kalsium dgn makan kulit telur sendiri.  Lepas dia terima kalsium yg cukup dari dedak telur, diapun stop patuk n makan telur sendiri.  Kan ke bagus tu... ada org cakap kalau bg dedak telur, ayam akan hasilkan telur tanpa benih atau benih tak kuat.. Aku tak tau dia dah buat kajian atau juz cakap kosong.  Tp aku dah bertahun bg dedak telur, setiap telur ada jer benih (bukan nak riak nih).. anak idup n sihat jugak.. semuanya normal.. sama macam biasa jer.  Dedak telur punya kandungan kalsim yg optimum untuk ayam yg sedang bertelur yang mampu menyediakan kalsium bukan sahaj untuk keraskan cengkerang telur malah membina tulang ibu dan anak aya yg kuat.  Ramai yg tanya aku kenapa ibu ayam dalam kurungan selalu sakit lutut bila asyik kena panjat dgn jantan, jawapannya kurang kalsium.  Cuba asingkan n bg makan dedak telur selama sebulan, insya Allah akan sembuh dan lebih kuat dari biasa.  Harga ddak telurpun tak la mahal, sama jer cam dedak gemuk.  So selamat mencuba.