Salam sekalian rakan, kali ni aku terpanggil nak buat sedikit
research pasal hukum syarak berkenaan bunuh anjing ni sbb timbul persoalan seperti kesian dan sebagainya. Padahal anjing tu dah bunuh dan musnahkan ayam2 yg menjadi sumber rezeki kita. So, apa hukumnya kita bunuh anjing2 tu, adakah kita ada hak utk bunuh atau musnahkan mereka.. mengikut kata Ustaz Azhar Idrus spt petikan video di bawah, kaaedah bunuh haiwan perosak adalah paling baik dgn sekali ketuk tanpa menyiksa haiwan tu. So mungkin lepas ni aku panggil majlis bandaran jer dtg tembak (sekali tembak terus mati so tak siksa sgt) sbb ada kes kumpulan anjing yg sama kejar anak2 staf kat tempat aku ni. Takkan nak tunggu kena gigit baru nak musnahkan...so kalau rajin tgkkan video ceramah bawah ni :
Manakala hadis berkenaan Rasulallah S.A.W. sendiri arahkan utk bunuh anjing adalah seperti di bawah ni la. So harap lepas ni kwn2 tak ragu2 lagi bab musnahkan anjing ni sbb ada hadis dah jelas.. bukan aku hanyaikut hadis jer tp dah tanya org2 tua yg alim pun, mmg dibolehkan bunuh anjing dgn syarat ia dikhuatiri mendatangkan keburukan yg lebih byk sekiranya dibiarkan hidup. Allahua'lam.
Dari ‘Abdullah RA., katanya: “Rasulullah Saw memerintahkan supaya membunuh anjing. Lalu kami pergi ke seluruh pelosok kota melaksanakannya, sehingga tidak seekor anjing pun yang ketinggalan; kami bunuh semuanya. Bahkan seekor anjing yang selalu mengikuti tuannya, yaitu seorang wanita dusun, kami bunuh pula.” – riwayat Muslim hadith no.1538
Dari Ibnu ‘Umar RA., katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW. Merintahkan kami membunuh anjing. Kecuali anjing pemburu, atau anjing penjaga ternak gembala.” Riwayat Muslim hadith 1539
Dari Jabir Bin ‘Abdillah RA. Katanya:” Rasulullah Saw memerintahkan membunuh anjing. Lalu kami laksanakan perintah itu, sehingga seekor anjing milik seorang wanita, yang selalu mengawal tuannya dari dusun kami bunuh pula. Kemudian Rasulullah SAW. melarang membunuh anjing seperti itu. Tetapi Sabda beliau,”Bunuhlah (bila2 dan di mana saja) anjing yang seluruh bulunya berwarna hitam dengan dua titik putih di keningnya, kerana anjing itu adalah Syaithoon.” Riwayat Muslim Hadith No. 1540
Dari Ibnu Mughaffal RA., katanya: “Rasulullah Saw. Memerintahkan supaya membunuh anjing. Kemudian beliau bersabda: “Kenapa semuanya?” lalu beliau kecualikan anjing pemburu dan anjing penjaga ternak.” Riwayat Muslim Hadith No’ 1541
Dari Ibnu ‘Umar RA, katanya: Rasulullah Saw. Bersabda: “Siapa memelihara anjing selain anjing penjaga ternak atau anjing pemburu, maka berkurang pahala amalnya setiap hari sebesar dua qirath.” Riwayat Muslim Hadith No. 1542
Dari Abul Hakam RA. Katanya: Dia mendengar Ibnu ‘Umar menyampaikan hadith Rasulullah Saw., sabdanya: “Siapa memelihara anjing selain untuk menjaga tanaman (kebun atau sawah ladang),penjaga ternak, atau anjing pemburu, berkurang pahala amalnya setiap hari sebesar satu qirath.” Riwayat Muslim Hadith No.1543
Dari Abu Hurairah RA., katanya: Rasulullah Saw. Bersabda: “ Siapa memelihara anjing selain untuk penjaga ternak, atau untuk berburu, atau untuk penjaga kebun, berkurang pahala amalnya setia hari satu qirath. Kata Az-Zuhri, “ kemudian hadith Abu Hurairah itu disampaikan kepada Ibnu ‘Umar. Lalu kata Ibnu ‘Umar, “semoga Allah memberi rahmat bagi Abu Hurairah. Mudah mudahan dia punya kebun.” Riwayat Muslim Hadith No.1544