Thursday, December 27, 2012

Lawatan ke Ladang Burung Ostrich, Semenyih


Salam sejahtera semua, alhamdulillah aku diberi peluang lg oleh Allah SWT bagi meneruskan ulisan dalam blog aku ni, satu2nya medium bagi aku menyalurkan bakat menulis aku yg tak seberapa ini haha.. kali ni aku nak bercerita berkenaan lawatan aku n famili ke Ostrich Hatchery Centre milik Golden Ostriches Sdn Bhd di Kg Sg. Lalang, Semenyih.. dulu dah teringin nak pi tp sbb anak2pun kecik lg so kalau pegi pun bukannya diaorg paham haha so ni dah besar skit baru la aku bawak diaorg jalan2 sana.  Berbekalkan kamera yg nak kehabisan bateri, akupun menjelajah ke sekitar kawasan.  So foto2 yg aku ambikpun terhad lah.. sepatut nya ada lagi yg best2 tp tak dpt nak tunjukkan.  Ladang ni mengeluarkan anak2 burung ostrich atau burung unta untuk dipasarkan samada dalam bentuk hidup ataupun telah disembelih.  Harga daging tak lah mahal sgt, sama lebih kurang daging rusa jer.. RM35/kg manakala tulang pula RM30/kg.. buleh la buat sup.  Harga anak baru tetas bawah seminggu RM600 hehe.. leh la kalau sapa2 nak beli.  Bela buat pets.. gerenti masuk paper muka depan :)... aku teringin jugak nak beli, tp takut kena tanak nasik 2 periuk lak lps ni.. haha.. bercakap berkenaan kebersihan pula, kawasan ni dijaga oleh 6 pekerja yg sgt komited, setiap org ada kerja masing2... jadi kawasan dia mmg bersih dan yg paling penting sgt kurang berbau.. sesuai utk sesi makan2 atau piknik haha..berikut adlah beberapa foto yg menggambarkan kata2 aku tu..



Antara burung induk betina yg peramah..



Ayam silkie dibela mcm ayam daging kat sini.. beratus ekor..



 
 
Ni pula reban ayam mutiara. mcm beribu ekor jer... 3 reban panjang tuu...


 
Buah tgn dari sana... esok buat sup la.. tulang rusuk ostrich :)

 
Anak aku mmg suka la sgt kat trip kali ni :)
Perasan tak signboard tu.. PUSAT 'PENCETUSAN' BURUNG UNTA... hehe... no komen

Tuesday, December 4, 2012

Anak Red Hana Spangled

 
 
Salam satu dunia buat semua, anak red hana aku yg terbaru ni aku rasa mcm betina, tp alhamdulillah sbb walaupun mak ayahnya tadak spangle tp dia ada, jadik lepas ni plan aku nak kacuk la dgn bapak dia semula.  Sbb kalau nak beli baru mmg mahal weh.. tak mampu aku.  Jadik kita pelan2 la buat kerja ni, namapun hobi, bukan alat cari makan.  Kalau ada lebih leh la jual utk kawan2 :).  Setakat ni aku rasa umur dah 3 bulan.. lg 3 bulan bertelur la tu.. harap2 la subur, sbb mak dia bertelur kadang 2 biji, kadang sebijik jer.. selang2.. duk tgh berubat tu. Ni kat bawah ni mak ayah dia la.. harap lepas ni bertelur n buat anak byk2 la.


Red Bourbon Turkey D'Anizam Agrofarm


Salam semua, sempena MAHA 2012 lepas aku berpeluang mendapatkan baka ayam belanda yang aku idam kan selama ini iaitu baka red bourbon ( terima kasih kpd En Ebraheem dari Dangau Poultry ).  Baka ni asalnya baka domestik yang di beri nama Red Bourbon sempena warna bulunya yg kemerahan dan dibiakkan di Bourbon County, Kentucky. Jantan dewasa adalah seberat 15 kg manakala betina dewasa mencecah 8.2 kg. Walaupun di Malaysia berat tersebut jarang diperolehi dengan baka yg sama akibat cuaca dan corak pemakanan serta pembiakbakaan yang tidak terancang, namun baka ini dilihat masih mengatasi baka terdahulu samada dari segi berat, saiz serta nilai estetikanya. Masalah saiz yang semakin mengecil bukan sahaja dihadapi oleh penternak di Malaysia, tetapi juga di tempat asalnya. Mengikut kata pakar, baka ini dibiarkan tanpa kawalan pembiakbakaan yang terancang dalam tempoh yang agak lama sehingga menyebabkan hasil yang agak mengecewakan. Kat bawah ni adalah anak2 ayam yg berumur 2-3 bulan yg dibawa terus dari Penang ke ladang aku, aku bela dulu la sampai umur 5 bln baru boleh lepas bersama induk yg lain utk pembesaran.  Buat masa sekarang masih lagi di Shah Alam, ladangnya di Kuala Selangor... 




Sunday, December 2, 2012

Anak Reversewing Pouter

 
 
Salam semua para pelawat blog aku yg tak seberapa ni, lama dah tak update sampai ada yg kata aku "bodoh" dah sbb tak sempat balas dalam ruang shoutbox tu.. haha.  Takpa, abaikan jer... aku terlau sibuk sebelum ni sbb pelajar aku tgh exam.. ditambah lg dgn kena tukar portfolio lak aku ni tu yg tambah sibuk tu.. sementara nak jumpa rentak baru mmg mkn masa.  Macamanapun kali ni aku nak story skit berkenaan merpati reversewing pouter aku yg dah mula biak walaupun asyik kuar sekor-sekor jer.. payah nak pairkan, nak jualpun tak gamak.  Kat bawah ni anak sulungnya yg aku rasa betina n lepas tu keluar lg.. lagi... dan lagi... tp semua sekor2 la.  Letih weh cenggini.. yg sekor tu lg best, marking lak lari abih.. jadik pomer jer la kut. haha. Kat bawah ni ada aku uploadkan foto2 mereka nih... Walaupun induknya kaler cantik tp anaknya kadang2 ter'shashul' lak hahaa.. terima je la n alhamdulillah.




Saturday, September 22, 2012

Jeruk Anggur D'Anizam Agrofarm

Salam kepada semua yg sudi singgah di blog Anizam Agrofarm, awal2 pagi tadi aku ke reban.. terpikir lak nak intai2 buah2 anggur kat sebelah reban kut2 ada yg menjadik... lepas diteropong maka ternampaklah beberapa gugusan anggur yg berselerak atas pokok tumpangnya.. entah apa nama pokok pun aku tak ingat tp di sebalik daun2 pokok tu rupanya ada buah anggur yg tumpang bereduh dan membesar.. bg hasil yg lepas2 aku biarkan jadik makanan burung jer.. so kali ni terpikir jugak nak dituai utk dijadikan jeruk.. sedap jugak tu.. kalau jadik ler.  So aku ambil tangga dan galah pendek yg ada kat bumbung reban n terus petik buah2 tu.. penat jugak mencarik buah2 tu kat celah2 dahan pokok tumpang.  Binau jugak la bijik mata..  walaupun buahnya tak banyak tp aku percaya kalu aku buat pangkasan yg teratur mesti buahnya lagi banyak.. tengoklah nanti kalau ada masa terluang akan aku buat pangkasan dan pembajaan yg sempurna..


Buah yg masih di rantingnya..
 

Buah yg telah diasingkan dari rantingnya..

 
Ready utk timbangan

 
Sekilo lebih jugak buah muda nih...

 
Masuk balang bersama air garam..

Friday, September 14, 2012

Kuala Lumpur Bird Park

 

Salam semua, hujung minggu lepas aku n famili berpeluang habiskan masa di KL Bird Park.  Antara tempat yg paling aku suka kat KL nih selain Zoo Negara...  Maklumlah jiwa kampung cam aku ni mmg takleh jauh dgn flora n fauna ni.. kalau aku jauh jer skit mesti rasa tak sihat n tak berapa 'power' tp kalau aku masuk hutan ker, panjat gunung ker.. mesti kuasa Otroman aku datang hahaha..  tp mmg la aku mmg syok giler bila jumpa menatang2 kat KL Bird Park tu.. yg lg best tu bila wife n anak2 akupun suka jugak.. wah syurga wooo.  Anak aku yg sulung tu baru masuk 3 thn.. siap main kejar2 ngan merak2 kat park tu... aku rasa malam tu merak2 tu mesti tidur berdengkur :).. bangau yg kecik2 tupun nak join sekaki tp merak tak bagi.. sian.. nampak muka cam frust jer..  byk gambar yg sempat aku snap masa kat sana tp ada jugak yg tak sempat aku snap.  So kat bawah ni ada la foto2 yg aku suka utk aku perihalkan kat para pelawat blog aku ni :)


 
 
Kat atas adalah foto2 ringneck yg menyambut kami apabila pintu pertama dikuak.. cumelnyer..

 
Kat sini mmg depa bela merak cam bela ayam kampung jer.. kalau ikut hati aku tangkap masuk beg jer.. geram :)

 
Victorian Crested Pigeon adalah jenis merpati paling besar di dunia, dapat sepasang best ni.


Burung ni satu spesis ngan Starling (English) atau Perling (Melayu) 


Itik Mandarin.. sekor jer, kawan dia leka makan dedak ikan kat tebing..

 
Burung kuang raya / kuau raja atau Argus mmg menarik kalau kembang tp tadak rezki hari tu.. dia takmo kembang pun..


Burung apa? Burung punaiiii....
 
 
Aku rasa ayam ni En Jabbar punya yg ditukar ngan anak merak dulu..
 
 
Wahhh.. meriahnya.


Makan berjemaah tuuuuu...

 
Ikan ni gorengpun sodap..

 
Suasana kolam mmg menawan.
 

Pertunjukan burung..

 
Ayam hutan merah (Red Jungle Fowl)

 
Ni geng Parakeet.. bising nih.

 
Hahaha.. anak n wife aku duk sembang ngan ostrich jantan.

 
Penat dah anak aku, so kita makan dulu.. depa la makan, aku ngan wife aku tak makan lg.. lapar.

 
Muka excited anak aku yg no 2... dia mmg kalau excited muka dia mmg cam tu haahahaha.

 
Duk sembang ngan parakeet lak..

 
Dia marah aku nak shoot dia..

 
Uish duk tgk apa tu?


Oooo duk tgk burung...

 
Pasangan glamour..

 
Anak aku mmg takleh lepas peluang kalo jumpa playground kat mana2...

 
Suka la tu...