Monday, February 27, 2012

Anak Ayam Hutan Baka Bulu Betina

Salam, saja nak update ttg baka ayam hutan bulu betina aku ni... umur dah 3 minggu dah.. tp aku nampak ke3-3 tmbuh balung.. tp sekor jer yg mula merah.. tak pasti samada semua jantan atau sekor jer jantan... tp harapan aku biarla semua jantan bulu betina :)... time kecik2 ni susah skit nak kenal samada bulu betina atau tak... kena tunggu dah 3 bulan lebih baru confirm... tp kalau aku dah pandai kenal lebih awal lg bagus... maklum la aku ni baru belajar main ayam hutan ni secara serious.. sebelum ni bela main2 jer :) ok, nanti aku update lg ttg ayam hutan ni...


Anak Ayam Hutan Kacuk (ALL SOLD)

Anak ayam hutan berumur sebulan lebih nak di letgo... murah2 jer, janji abis angkut.. ni yg ayam hutan biasa jer, sekali kacuk... kalau tak silap 2 jantan n 4 betina, aku nak fokus kat baka ayam hutan jantan bulu betina jer.. try kut2 jadik so yg baka biasa ni nak letgo la sbb tak muat sangkar.. sapa yg berminat boleh la hubungi aku di 012-5245002 (nizam)..

Stok Anak Light Brahma Untuk Dijual



Salam semua, kepada sesiapa yg berminat utk mendapatkan baka anak ayam light brahma yg berbulu kaki lebat keluaran Anizam Agrofarm ni silalah hubungi aku sekarang sbb ada 2-3 org yg tempah dulu aku tak ingat sapa... pendek kata aku lupa so mintak maaf tp jgn bimbang.. insya Allah stok banyak.. anak ayam mcm dalam gambar dan setakat ni alhamdulillah telur tak pernah putus jadi insya Allah akan ada stok sentiasa sampai la diberitahu kelak.. penghantaran boleh diuruskan ke seluruh Malaysia guna bas ekspress dgn tambahan rm30 per kotak.... hubungi aku di 012-5245002 (nizam).


Sunday, February 26, 2012

Update Kacukan Cochin-Sebright Bantam

Ingat lagi anak kacukan antara Buff Mini Cochin jantan dan Golden Sebright betina aku dulu (LINK), sekarang dah dara dah... tak lama lagi bertelur la tu.. dua2 betina.. tak dpt la tgk camner rupa jantannya... kat bawah ni adalah foto dua2 dara tu... taktau nak panggil apa sbb tak cantik mcm bantam n tak comel cam cochin... ni aku nak kacuk ngan menatang apapun aku tak tau ni.. kalau ada cadangan dari followers silakan la... warna bulupun tak cantik sgt.. taktau kut2 bila dah sekali nyalin bulu akan lg cantik... tp apapun aku suka jugak layan dua2 ekor ni sbb mereka ni jinak n suka mkn :)



Saturday, February 25, 2012

Ayam Kampung Kacuk Ayam Mutiara ?

Mungkinkah perkara di atas akan berlaku ? Mampukah kita hasilkan kacukan mcm ni ? Cuba rujuk tulisan aku pada post aku bertajuk Kacukan/Hybrid : Ayam Kampung + Ayam Mutiara. Agak mustahil tp org putih dah buat, so akupun try la buat jugak... jeng..jeng..jeng.. dan kat bawah ni adalah hasilnya.. haha menjadik jugak rupanya. So dengan bangganya aku boleh kata Anizam Agrofarm dah ada guinea fowl-chicken hybrid.. hehe. Aku gunakan ayam kampung jantan dicampur dengan ayam mutiara betina. Tak sangka ayam jantan ni galak betul sampai berbenih telur ayam mutiara tu...utk pengetahuan kwn2 semua, dari hari pertama tetas aku dah dpt kesan perbezaan anak ayam kacuk ni, pertamanya dari segi bunyi yg keluar dari anak ayam ni... kalau ayam mutiara selalunya akan bunyi ciapan panjang skit dan berturutan tp anak ayam ni bunyi sebijik cam anak aym kampung. So aku dah mula rekodkan... keduanya warna bulunya coklat, bukan berbatik spt ayam mutiara biasa... perkara2 lain adalah spt ukuran kaki-lebih panjang walaupun masih mengekalkan warna merah mirip kaki ayam mutiara... selain itu lehernya juga lebih panjang, ukuran sayap mmg besar ikut mak dia, mesti boleh terbang lepas ni, paruh dan kepalapelik skit sbb mcm ganas jer.. selebihnya korang tgk la sendiri... sekarang umurnya dah hampir sebulan dan saiznya 2 kaliganda ayam mutiara yg sama baya dengannya.. aku akan rekodkan perkembangannya sehingga dewasa utk tgk kelebihan dan kebaikan kacukan jenis ni...



Puyuh Putih

Salam, lama dah aku duk perhati puyuh putih ni.. kat kedai2 burung ada jugak yg jual.. berkenan mmg berkenan tp nak pilih jantan betinanya susah skit... so aku amik masa belajar pastikan jantinanya dulu baru aku beli n cuba biakkan. Satu lg masalah puyuh putih ni adalah warna bulunya yg kdg2 bertompok coklat (warna asal).. tu yg tak best tu... aku cuba cari n biakkan yg pure white sahaja.. mana tau anak dia akan jadik putih semua hehe.. lepas seminggu duk belajar kenal jantina puyuh putih ni n konfem tak silap so aku pun buat first try beli puyuh betina jer 2 ekor sbb yg jantan dah kawan aku beli dah 2 ekor.. dia ingat sepasang rupanya dua2 memanjat hahaaha.. frust dia. Tp takper aku pinjam jap.. jadik la jugak guna hehe... semalam (lps 3 hari beli) aku tgk sekor dari puyuh tu dah bertelur sebijik.. hahaha betul jugak teori aku yg tak pandai ni :) So lepas ni aku akan buat eksperimen utk hasilkan pure white quail... harap menjadik.
Kat bawah ni puyuh putih jantan kwn aku punya.. haha aku dah rendam pewarna, kasi pink skit.. senang aku nak kenal dari jauh, lepas ni kalau aku tgk puyuh pink ni, tau la aku yg dia ni jantan hahaha... jahat nya aku!!

Friday, February 24, 2012

Stok Anak Buff Mini Cochin d Anizam Agrofarm

Salam 1 Malaysia... berikut adalah stok anak ayam Buff Mini Cochin aku, ada 8 ekor semuanya.. dalam foto tu campur2 dah... tp saper yg arif akan kenal yg mana satu anak mini cochin tu... semuanya buff... skitpun tadak itam hehe.. comey2. Jadik sesaper yg berkenan boleh la contact aku.. sekarang baru umur seminggu... lepas sebulan buleh la aku jual.




Silver Sebright Kacuk Serama

Salam semua, td aku sempat sambar sekor silver bantam kacuk serama, ayam jantan... tgk cam galak semcm jer so berkenan n terus tangkap.. bukan apa, aku ada cita2 skit ngan ayam ni.. teringin nak hasilkan sebright hitam satu sut... harap jadik ler.. ayam ni mmg galak giler, dalam boot keterpun di berkokok lg.. body mmg kecik, balung kecik, pendek kata mmg semuanya kecik cuma semangatnya besar haha... so senang la aku nak kacuk ngan rosecomb betina aku tu. Buat masa sekarang aku ada 2 ekor rosecomb hitam betina yg giat bertelur... selama ni aku kacuk ngan ayam hutan jantan bulu betina tp aku rasa baik aku buat target hasilkan sebright hitam.. ada jugak harga n diiktiraf sbb sebright putih dah ada di USA. Harap usaha aku ni berjaya... doakan aku yer.. berikut aku sertakan foto sebright kacuk aku tu n bini2 baru dia... kepak labuh cam serama cuma bulu tak berapa nak laced, tp aku tak pedulipun kalau takder laced tu.. kalau hitam semua lg bagus, senang kejer aku :)



Wednesday, February 22, 2012

Update Merpati Anizam Agrofarm

Salam semua, td ptg duk sibuk2 kemas reban terasa nak amik foto2 perihal merpati kat reban tu, walaupun merpati2 tu biasa2 jer tp aku nak update jgak hahaha... ermm.. foto pertama hingga 3 tu adalah kacukan american fantail dan merpati kampung biasa.. anak2 nya hitam2 belaka, ak pasti bila dah penuh bulu macamana jadinya.. kita tunggu la dalam seminggu dua lg. Nak tau pasal apa aku kacuk merpati ni, sbbnya aku oder betina utk a. fantail jantan tu, dah 2 kali kena tpu, asyik dpt jantan jer.. frus :(... last2 kawenkan dgn merpati kg biasa jer. So jadik la anak dua ekor tu.. kalau jumpa a. fantail betina aku tukar la betina kg tu..



Kat bawah ni pulak adalah anak merpati indian fantail kacuk lahore putih (all white).. sekor pure white n sekor lg tampung2 lak.. hehe, tak sabar tunggu besar... harap sepasang...

Bawah ni pulak pasangan ideal aku... lahore hitam yg dah kali ke-5 bertelur ni mmg aku sayang... pasangan yg perfect.. harap sepasang la hendaknya anaknya nanti.. baru sebijik bertelur utk kali ni...

Sunday, February 19, 2012

Sebright Di Makkah Sebright Farm

Cuba korang perhatikan video youtube yg aku link kat bawah ni, bg aku ayam yg pak Arab ni buat mmg dasat.. kacukan antara seberight dan serama yg sangat menjadik.. aku tak pasti kaedah yg dipakai. Maksud aku samada dikacuk antara betina sebright dgn jantan serama atau sebaliknya.. dan berapa pula generasi diperlukan untuk mengeluarkan spesimen secantik dalam video ni.. aku tgh cuba hasilkan ayam mcm ni tp masih belum berhasil.. bayangkan sebright ni wujud kat Malaysia ni.. berapa pulak harga nak letak.. sanggup ke org beli hahaha..



Wednesday, February 15, 2012

Video Penetasan Anak Merpati Indian Fantail

Salam semua, kebetulan semalam makanan merpati aku dah habis langsung dalam bekas makan tu, so aku tambah la.. jadi dek sebabkan lapar sgt, kedua2 induk merpati ni terus meluru nak makan n tinggal la sarang beserta telur 2 bijik, rupanya yg sebijik tu dah nak kuar anak, nampak kepak jer duk terkial-kial.. tanpa buang masa akupun rakam :) ni la hasilnya walaupun aku kena tampar jugak ngan bapak burung ni sbb kacau sarang dia hahaha.... ada kut 3 kali kena tampar, kalau korang perasan ada dalam video ni.. saksikanlah video yg jarang2 dapat dirakam ni :)


Saturday, February 11, 2012

Diamond Dove Tetas Lagi

Salam, tak perasan diamond dove dah tetas 2 ekor n dah besar, rasa cam dah seminggu.. harap idup la kedua2 tu.. bertambah la warga Anizam Agro Farm :).. dan harap sepasang la.. jgn la jantan 2-2.. kalau betina 2-2 takpa :)



dah nak sama saiz ngan mak ayah dia dah haa..

Anak Ayam Hutan 2nd Batch

Hahaha.. excited, apapun bg salam dulu.. Salam :)

Ada 3 ekor anak ayam hutan baka bulu betina baru tetas.. hrp2 jadik cam bapak dia, kalau betina pun aku boleh la kacuk ngan bapak dia semula si Maikel ni.. terima kasih utk Mimi si ayamhutan betina ni sbb bg Maikel zuriat :) tak sabar nak tunggu anak2 ayam ni besar, Mimi masih terus bertelur dan akan berterusan dapat anak bersama Maikel :) harap terus subur..





Lawatan Time Balik Kampung

Salam semua, sebenarnya dah seahun lebih aku tak balik kampung aku kat Alor Setar nun... sbb sepanjang thn lepas wife aku selalu tak sihat, alahan pregnant n masuk hospital 2 bulan lebih.. so ni bila dah selamat bersalin apa lagi.. anak aku pun dah masuk 3 bulan.. ramai2 balik kg.. hehe.. punya la exited time tu haha.. so tanggal 2 Feb akupun balik kg bersama wife n 2 anak lelaki aku tu :)... anak aku yg sulung tu biasa la, dia buat keta aku tu mcm kat kem PLKN.. panjat sana sini... tp takper, terhibur la jugak aku ni :).. balik kg tgk umah dah baru dah sbb mak aku renovate.. cantik2.. tp yg tak cantiknya, abih ayam2 kat umah tu disemelih sbb nak buat kenduri.. tinggal 2 pasang jer.. haha.. lepas ni susah la anak aku nak kejar ayam.. so dalam suka2 makan ayam kg tu sempat la jugak aku snap gambar buah longan hasil dari pokok yg aku tanam 2 thn lepas... sejuk hati bila tgk pokok yg ditanam dgn tgn sendiri dah berbuah :)... ni foto buah2 tu tp tak masak lg so takut kempunan aku makan la jugak sebijik, manis jugak walopun tak masak lg.. isipun tak penuh lg.. so ok la tak kempunan dah lepas ni.








Esoknya aku ke rumah sepupu wife aku, mmg diaorg ni keturunan Pakistan n selalunya org sebelah sana suka bela lembu n kambing, pendek kata suka menternak.. aku pulak mmg pantang dgr org ada ladang.. mmg nek pergi ajer.. so samapai la aku kat sana. Aku ingat aku jer yg exited rupanya anak aku lg dasat.. hahaha. Bangga jugak la aku sbb anak aku ikut pe'el aku.. boleh la buat kawan besar esok. Kat situ ada bela kambing boer n ayam belanda so sesaper yg kat kawasan Alor Setar n Jitra yg nak beli kambing atau ayam belanda buleh la hubungi aku, nanti aku bg alamat diaorg... kat bawah ni ada foto2 berkenaan.








Kat bawah ni gambar anak aku yg sulung, Nazhan tgh buat tinjauan kat kandang kambing..










Gambar atas : Nazhan tgh bertanya khabar akan kesihatan kambing tersebut...



Berikut pula adalah foto2 burung budgie yg pesat membiak kat rumah abg aku di Aziahisma
Mini Farm... menjadik betul tgn abg aku ni.. kalah la aku :)