Saturday, March 24, 2012

Update Anak Ayam Hutan Bulu Betina

Salam, update terbaru ttg anak ayam hutan bulu betina aku dulu.. sekarang dah umur sebulan setengah dah. Balung mmg jelas nampak. Kat sini aku tunjukkan gambar kedua2 jantannya sahaja.. yg betinanya takder beza so aku tak la giat sgt nak tunjuk :)... aku ada jugak la periksa kut2 tumbuh bulu jarum kat atas belakang atau kat leher anak ayam ni tp masih belum ada lg.. lawi mmg la lambat lg. Bukan apa just nak pastikan anak ayam ni jadik bulu betina, kalau ditakdirkan ada bulu jarum tu kat belakangnya so sahlah anak2 ayam ni tak jadik bulu betina.. aku masih dalam mood menunggu lg la ni, at least sampai umur anak ayam tu 3 bulan baru la aku betul2 confident yg anak2 ayam tu berbulu betina. Kat bawah ni adalah foto2 mereka yg berkenaan.. dan yg bawah sekali adalah batch terbaru anak ayam baka yg sama hasil dari 3 induk yg berbeza iaitu induk ulu kepala kuning, induk bulu kepala hitam dan induk bulu kepala merah..anak2 yg dah sebulan setengah tu adalah dari induk bulu kepala merah.. sama2 la kita tgk perbezaannya nanti jika ada.




Projek Brahma

Salam, 7 bulan lepas aku ada buat crossbreed antara ayam laga Siam dan Giant Cochin dan telah hasilkan beberapa ekor anak. Salah seekornya kekal hidup hingga ke hari ini iaitu sekor betina spt dalam gambar kat bawah ni, warnanya hitam dengan bulu leher oren.. ada bulu kaki walaupun tak berapa panjang.. so sekarang ayam ni dah mula bertelur dah. So projek aku kembali beroperasi utk hasilkan ayam brahma berbalung kecil dan mempunyai ketahanan atau imun badan yg kuat spt ayam laga. Buat masa sekarang aku kacukkan ibu muda ni dgn jantan light brahma aku yg merupakan penghulu reban sejak dulu. Kita tgk la sama2 apa jenis anak yg bakal keluar nanti.. kalau tgk dalam gambar tu mmg balung induk muda ni jenis batu atau sgt kecil dan rapat ikut bapaknya dulu iaitu sekor ayam laga baka hujung.. so bulu agak lebat dan tebal sbb ikut mak dia giant cochin..

Perbandingan saiz dgn ibunya...
Kalau berdiri mmg lebih tinggi dari ibunya...
Perhatikan tubuhnya...
Dari kiri : Telur giant cochin matang, telur induk muda Thai+Cochin dan telur ayam hutan matang...

Black Brahma Chicken

Salam semua, sebulan lepas ada la aku beli sekor induk black brahma, balik2 terus bertelur dan tp telur awal tu takder benih so aku pakai bapak ayam light brahma aku la buat suami dia.. lepas tu baru ada benih, so anak2 yg tetas kat bawah tu mmg anak light brahma + black brahma la.. sekor kelabu dan sekor itam.. tak pasti bila besar esok jadik kaler apa tp hrp cantik la.. apapun aku hrp ada la anak dia jadik pure hitam supaya dapat la aku cross semula ngan emaknya dan hasilkan anak2 yg pure hitam legam nanti.. harap perancangan aku menjadik. Kat bawah ni adalah foto2 yg terlbat dalam cerita aku kali ni..

Anak2nya..Bapanya...
Mamanya...

Thursday, March 22, 2012

Anak Kacukan Ayam Hutan Bulu Betina + Rosecomb

Salam semua, minggu lepas adalah minggu yang aku sgt2 nantikan di mana telur2 dari ayam betina rosecomb yang dikacukkan dengan ayam hutan jantan bulu betina dijangka akan tetas. Aku saja jer buat eksperimen mana tau akan jadik ayam yg hebat2 dan cantik.. tak salah mencuba hehe.. so seperti yg dijangka, drp 5 biji, ada la 3 ekor yg berjaya tetas dan nampak sgt sihat. Warnanya hitam legam dan semuanya berbalung rosecomb, kira menariklah bg aku.. boleh la buat baka rosecomb bulu betina tp tak pasti la aku samada anak2 ayam ni akan jadik bulu betina ke tak.. kita tunggu la sama2.. tak sabar nak tunggu anak2 ayam aku ni membesar.. Insya Allah aku tak lupa update kan kat blog kesayangan aku ni bila baby2 tu dah ready :) Aku ni mmg tak habih2 dengan idea kacuk mengacuk ayam.. abih ayam aku kacuk, tp tu mmg hobi aku utk lihat apa jadik kat anak ayam yg dikacuk tu.. nikmat menunggu dan melihat sesuatu yg aku tak pasti adalah sgt best.. hehe. Takper kalau korang tak paham, yg penting aku mmg mcm ni.. mangsanya adalah ayam2 aku la.. hehe

Baby2 nya... yg itam legam :)
Si Bapa nya..
& Si Mama nya...

Tuesday, March 20, 2012

Kacukan Modern Game + Black Rosecomb

Salam semua, kali ni aku nak update hasil reban aku yang terbaru, kacukan modern game dengan black rosecomb.. cuba perhatikan anak ayam kat bawah tu, dah umur 2 bulan dah tp kecik cam puyuh jer.. bapak dia modern game, mak dia rosecomb.. kaler dia lak jadik tompok2 putih.. boleh tahan.. tak pasti lagi jantina tp nampak mcm betina.. saja jer kacuk bukan nak buat jual pun sbb hari tu modern game aku tgh menduda dan kebetulan rosecomb pun janda so kawenkan jer dulu.. harap anak ni cantik la bila besar nanti.. perhatikan juga balungnya yg berbentuk rosecomb.. haha boleh panggil rosecomb modern game sbb cutting body mmg modern game cuma balung jer rosecomb.. disertakan sekali adalah foto mak n ayahnya.






Friday, March 9, 2012

Ayam Bertanduk ( Horned Chicken )

Salam semua, kali ni aku nak berkongsi satu perkara aneh yang terjadi pada ayam student aku, dia ni peminat ayam laga, berasal dari Perak.. dah sama minat so boleh la bersembang lama :)... dalam duk sembang2 tu diapun teringat sekeping gambar yg dia ambik lama dulu.. katanya "En Nizam pernah tgk tak ayam ada tanduk ?" (dlm loghat Kuala Kangsar).. "Isk, mana penah jumpa pun" kata saya pulak... tup..tup.. dia tunjuk gambar.. wah terpana jap aku.. mau nya tak, ni kali pertama aku tgk.. tp sayang sbb ayam tu mati akibat sakit, gambar yg aku upload ni pun diambil semasa dia dibawa ke klinik haiwan utk rawatan tp gagal.. tak lama lepas tu dia 'padam' tp ada la baka turun.. jantan anaknya tu, tak pasti bertanduk ke tak :).. Bila aku surf dalam internet rupanya mmg ada ayam yg tumbuh tanduk seperti 2 gambar pertama kat bawah ni.. manakala 2 lagi gambar berikutnya adalah ayam student aku tu... tanduk yg tumbuh tu macam taji kat kaki ayam jantan, keras dan tajam.. rupanya ada yg tumbuh 2 tanduk cam lembu dan ada yg satu tanduk cam badak.. Allahua'lam..



Sunday, March 4, 2012

Aku Dikasari :(

Salam, ni berita sedih skit sbb aku jadi mangsa cakar ayam aku sendiri.. hui hui hui.. ayam yg bertangngjawab dalam kes ni adalah tidak lain dan tidak bukan adalah ayam kesayangan aku sendiri iaitu ayam kacukan laga siam dan mutiara tu.. lepas kena cakar tu baru la aku check kuku dia.. mak ai.. punya la tajam rupanya. Patut la mcm kena toreh pisau tgn aku ni.. terbelah beb !! Mula2 kena tu cam sejukkk jer.. lepas tu pedih woo.. meleleh jugak la darah setitik dua :( Tp takper aku kuatkan semangat so aku maafkan ayam aku tu hahaha... anyway sekarang dia dah besar n bakal jadik ibu satu hari nanti sbb dia ni betina rupanya.. akupun taktau nak buat apa ngan ayam ni, tgh pikir ni..

Berparut la tgn aku... nampak cam tak dalam kan luka dia, tp darahnya meleleh.. dalam la tu.

Rupanya kuku dia tajam wooo.. tp aku dah potong dah haha.. lepas ni tak kena dah kut.

Penghantaran Anak2 Light Brahma Guna Bas

Salam semua, saja aku nak update perihal jualan anak2 brahma aku, setakat ni dah 9 ekor bertukar tangan... 5 ekor ke Sungai Petani, Kedah dihantar pakai bas kepada 2 tuan baru yg berbeza manakala 4 lagi diambil sendiri oleh tuan barunya kat reban aku. Kat bawah ni adalah anak2 yg sempat aku snap fotonya sebelum aku hantar ke SP. Setakat ni penghantaran guna bas tiada masalah walaupun aku hantar siang (pagi).. dulu ada drebar bas yg tak mau ambik sbb takut berbau satu bas, nak letak kat tempat barang takut 'padam' pulak ayam tu.. sekarang alhamdulilah.. semua drebar mau ambik n hantar.. syukur, mudah kerja aku.. :)





Lubang2 pada kotak tu aku tebk pakai holesaw.. spesel utk para pelangan aku hehe.. baru senang anak ayam tu nak bernapas :)