Monday, April 19, 2010

Serama Kembali 2010



Lewat tahun 1996 dulu hingga tahun 2000 kat rumah aku mmg byk ayam serama yg aku ambil bakanya dari Kelantan. Mmg gred A n jadi buruan ramai jugak time tu.. tp semasa kegilaan org terhadap ikan flower horn timbul, serama sedikit ditinggalkan dan ditambah pula isu pengadilan di Kedah yg pada masa itu dikatakan tidak telus mengakibatkan pertandingan ayam serama kian hambar sehingga muncul kembali bersinar sekitar tahun 2007 @ 2008. Aku adalah salah sorang yg meninggalkan terus minat terhadap ayam serama, bukan kerana pengaruh flower horn atau tak puas hati kat pengadil pertandingan tp sbb aku kena bertugas di Miri, Sarawak so tak leh la bawak ayam, tinggal kat quarters lak.. lg padah. Ayam serama baka baik aku kat kampung pun time tu makin berkurang sbb takder sapa biakkan dan akhirnya pupus. Tp hari ni aku terniat nak pi melawat sorang penjual serama kat Shah Alam iaitu Shahrul Sirim. Tak perasan lak yg dia ni org senegeri ngan aku dan famous kat Shah Alam ni dlm arena serama nih.. aku redah jer pi rumah dia. Niat nak beli sekor kalo bekenan.. kebetulan ada la sekor yg tinggal sbb yg lain dah di let go satu hari sebelumnya, rezki aku tadak kat situ.. tp sbb tgk cam bekenan jer so terus aku sambar.. tu kat atas tu gambar dia la. Shahrul ckp dalam 4 bulan dah umur dia.. pada mata aku dah cantik sbb tu aku sambar. Ni aku letak dalam akuarium jer dulu sbb dia kecik jer.. jgn bimbang, akuarium tu aku tak isi airpun so tak la dia lemas.. tak sabar nak tunggu dia nyalin bulu sbb bila dah matang pe'el dia akan lg samseng.. lg cun la agaknyer... kalo korang rajin nak lawat blog shahrul nih lawat la link ni :

http://seramasirim9.blogspot.com/
http://seramashahalam.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.