Salam yop...aku kat taiping time sent posting ni. Ada bengkel kerja skit.. Kali ni aku berpeluang lawat ladang ternakan arnab kat Beruas, Perak. Secara tak sengaja ada member yg hadir kat sekali kat sini tanya aku kat mana nak cari arnab area Perak nih.. aku ni tergamam kejap sbb ni bukan negeri aku.. tp disbbkan akupun ada minat kat menatang comel ni so aku start surf internet. Jumpa la satu tempat kat beruas, ladang kepunyaan en rahman beralamat Arcaemas Ent, Lot 8446 Kg Che Puteh 32700 Beruas,Perak. So petang tu jugak aku ngan 4 lg member pegi ke Beruas dari Taiping ni.. 65 kilo jugak dari sini.. of course sebelum pi situ kami contact tuan dia dulu.. en rahman kat shah alam rupanya, cuma ayah ngan mak dia ada kat ladang dok jaga arnab. So sesampainya kami kat ladang tu, ayahnya en yusuf sambut kami ngan mesra... kamipun jalankan operasi meninjau kawasan, mmg dasat jugak ladang dia nih.. kalau tak silap ada 4 jenis baka yg dibiakkan kat sini iaitu baka New Zealand White, Angora, American Chinchilla dan Lion Head. Ada juga baka Flemish Giant yang boleh capai 7 kilo per ekor.. tp xbyk.. baru nak biak jer.. Kawan aku sorang ni si Jo (org Sabah) mmg nak cari baka Flemish Giant ni so kecewa la dia sbb tak dapat beli.. namun begitu habis kami temuramah mak n ayah en rahman ni.. best jugak berkongsi pengalaman dengan mereka. Terpegun jugak aku dgn kesungguhan mereka menjaga kebersihan dan keselamatan ladang ternakan arnab anak mereka. Berikut adalah gambar-gambar yg sempat aku snap di ladang en rahman.. Anda boleh melawat blognya di : http://www.beruasagrofarm.blogspot.com/
Bersama ayah en rahman, en yusuf di ladang ternakan arnab beliau.
Anak New Zealand White yang masih belum buka mata.
Anak baka apa ntah aku tak pasti yg ni tp byk kaler-kaler.. comel.
Ibu New Zealand White dan anak-anaknyer..
Suasana susunan sangkar di ladang Beruas Agro Farm @ Arcaemas Interprise.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.