Hari ni aku nak bercerita tentang design incubator baru aku. Design baru bagi incubator manual ni aku upgrade dari yg lama cuma aku tukar kotaknya kepada kotak yg lebih kukuh supaya lebih stabil dan kuat berbanding kotak lama. Lagipun dah ada pembuat incubator yg guna kotak yg sama sebijik macam yg aku guna untuk buat incubator komersial dan dijual lebih murah sbb bhn dan komponen yg berbeza, tak sedap pulak hati sbb ada pelanggan yg kata aku menciplak diaorg punya. Sedih betul rasa hati.. Untuk pengetahuan korang, bukan senang nak buat research ttg incubator ni, makan masa, makan tenaga, makan duit dan penat jerih tu takder sapa tau. So nak tak nak terpaksa la aku beralah n cari alternatif lain. Setelah agak sebulan mencari so aku dpt la design kotak ni. Tak tau la sampai bila aku boleh bertahan dgn design ni tanpa diciplak. Jika dibandingkan dgn kotak lama dulu, kotak yg baru ni lebih praktikal kerana tidak terlalu dalam dan lebih besar dan panjang. Ini dpt menampung lebih banyak bilangan telur hingga 100 biji untuk sekali eram. Yg menambahkan kekukuhan kotak baru ini adalah rekabentuk tetulang pada kotak itu sendiri membuatkan ia tidak mudah pecah atau piuh jika diangkat walaupun ia panjang dan lebar.
Selain dari kotak tersebut, aku juga ada tambah tali penahan pada pemasangan kotak supaya bumbung boleh ditegakkan dan ini adalah satu upgrading yg diminati oleh para pelanggan aku. Setakat hari ni aku dah jual hampir 30 unit incubator design baru ni dan mmg ada pelanggan yg dah beli 2-3 unit secara berperingkat menunjukkan keboleharapan design baru ni setanding dgn design lama dulu.
Begitu juga bagi incubator automatik, juga dgn muatan 100 biji telur ayam, aku dah upgrade dgn penggunaan motor yg lebih tahan lembapan, punyai daya kilas yg tinggi serta rpm yg lebih rendah. Oleh kerana motor ini diletakkan dalam incubator maka dedahan kepada lembapan tidak dpt dinafikan, oleh itu motor mestilah tahan terhadap lembapan ini tanpa byk komponen yg boleh karat dgn cepat. Daya kilas yg tinggi dpt memastikan telur-telur dialihkan dgn baik tanpa member kesan beban yg memendekkan jangkahayat motor. Manakala rpm atau kelajuan pusingan motor yg rendah dpt memberi kelembutan dalam aktiviti memusingkan telur. Kadar pusingan telur adalah sgt kerap membuatkan mesin ini mempunyai peratus penetasan yg sgt tinggi selain memudahkan pengguna.
Lagi satu hal adalah berkenaan jaminan atau warranty, aku mmg bagi jaminan 6 bulan kat pelanggan aku, bukan apa. Aku tak boleh nak rendahkan harga sbb aku mmg buat setiap incubator aku dgn sgt teliti dan kemas, ditambah pula dgn komponen-komponen yang berkualiti tinggi yang mmg mahal, so utk menguntungkan lagi pelanggan aku dgn harga yg aku tawarkan, aku bagi la warranty kepada mereka. Tak la diaorg rasa ralat sgt. Ye la kan, dah keluar duit ratus-ratus takkan pakai 2 bulan dah kong pun takleh ganti part baru secara percuma.. kesian kat pembeli.
Selain itu jugak, aku ada buat incubator untuk hanya 60 biji telur khas untuk beginner dalam aktiviti penetasan ni.
Tul tu Nizam. Menciplak adalah satu kerja penjenyah. Tapi apa nak buat, kita kurang peka dan terlalu amat kurang undang untuk protect IP. Aku pun mengalami masalah yang sama.
ReplyDeleteItu negara kita 1 Malaysia ni. semuanya nak jadi 1.
Penat jerih bertahun menguji dan mengalami pelbagai R&D, akhir design aku diciplak sebegitu mudah.
Apa nak dikeluhkan.
Semoga anda bersabar.
Ya la abg bedin, kalau ada kesempatan rasa macam nak daftar IP, insya Allah selamat la sikit..
ReplyDeleteberapa harga seunit...rasa berminat nak beli..
ReplyDeleteen hazam buleh refer kat website saya, klik kat incubator kuning kat kanan blog ni.. akan ada harga dan spec sekali... :)
ReplyDelete