Wednesday, September 29, 2010

Ayam Giant Cochin Dari China

Salam satu Malaysia kepada para pelawat dan follower blog aku nih, hari ni aku telah menerima sepasang ayam idaman aku sejak sekian lama, mungkin korang tak tahu bahawa baka ayam kat Malaysia ni sebenarnya byk cuma pembiaknya (breeder) sahaja yg tak berapa ramai, baka-baka seperti white leghorn, orpington, brahma dan sebagainya ( akan aku ceritakan dalam post yg seterusnya ) telah berkembang biak di Malaysia oleh breeder yg tertentu, dalam 3 bulan lepas aku terjumpa cantact number en zakaria dari Dungun, Terengganu. Beliau merupakan breeder bg baka ayam dan burung exotik.. Bila berborak dgn en zakaria melalui telefon semacam dah kenal lama, mungkin kerana en zakaria ni low profil dan tak suka bermegah2.. sgt kurang publisiti beliau di internet, tak hairanlah kalau tak ramai org tahu bahawa beliau membiakkan pelbagai spesies unik yg jarang diperolehi. Salah satu baka ayam yg menjadi buruan aku adalah baka ayam Giant Cochin yg berasal dari negara China, baka yang mampu membesar hingga seberat 6 kg / ekor ( jantan ).. selain besar dan berat, faktor utama aku memilih baka ini adalah kerana ia mampu menjadi haiwan kesayangan yg baik, jinak dan mempunyai bulu yg sgt cantik. Rujuk gambar-gambar bentuk badan baka Giant Cochin di bawah ni..






Harapan aku memiliki baka ini adalah utk pembiakbakaan, setelah aku berjaya membiak ayam ini, aku akan kongsikan baka ini dgn abg aku utk meluaskan lagi pembakaannya.. Ini adalah bagi mengelakkan baka ini hilang jika berlaku apa2 di reban aku nanti. Ayam Giant Cochin yg aku terima dari en zakaria ni masih baby lg.. mau la 9-10 bulan baru matang ( dekat setahun tu.. ). Tp tak kisah, ini memberi peluang kepada aku untuk menjalankan kajian ke atas ayam2 tu.. aku mungkin akan membuat cross-breed terhadap baka2 yang aku ada untuk menghasilkan baka2 baru yg lebih produktif dan mempunyai nilai estetika yg tinggi. Walaupun proses kacukan ini mempunyai risiko masalah kesuburan ke atas anak ayam yg dikacuk, namun seseorang harus melakukan kacukan ini supaya kita mempunyai kesinambungan dalam perjuangan dalam bidang penternakan. Aku ni pulak jenis suka mencuba sesuatu yg baru, so kenalah dgn hobi aku nih.. :) Berikut adalah gambar sepasang anak ayam Giant Cochin yg baru aku terima dari en zakaria, harap dua2 ni akan hidup dan berkembang biak di reban aku... Aminnnn...


Di atas ni adalah anak ayam betina.. dan yang bawah ni pulak adalah anak ayam jantan.

Thursday, September 23, 2010

Reban Ayamku D Kampung

Salam syawal buat semua... selama bercuti raya yg lepas, aku sempat la belek2 semula reban ayam lama aku. Yang aku usahakan sekitar thn 2004 - 2005.. reban ayam daging sebenarnya. Tp dah convert jd reban ayam kampung setelah aku terpaksa berhijrah ke Miri, Sarawak pada awal 2006. Reban ni luas la jugak dan sangat kukuh memandangkan aku gunakan kayu yg thn lama dan ikat pakai bolt n nut lagi... lepas aku diarah ke Miri, aku modified la reban tu jadi reban ayam kampung kat tapak asal reban kecik yg lama.. dulu ayam kampung ori aku bela jugak, cecah ratusan ekor jugak.. tp sekarang ni dah tak byk.. ye la.. tinggal mak n ayah aku jer kat kg.. tak sempat nak tgkkan ayam kalo byk2... dulu kalo aku panggil jer.. kruu.. kruuu.. kruuu.. berduyun-duyun terpa datang.. tp cuti baru ni aku try la buat mcm tu, bukan ayam2 tu nak dtg, bertempiaran lari ada la.. sedih betul dgn akhlak ayam kg kat rumah aku tu.. mungkin ayah aku terlupa nak ajar cara panggil ayam tu kut.. maklum la ayah aku sibuk juga dgn kebun tepi sungainya... Di bawah ni la foto reban ayam aku yg tak mcm reban ayam dah tu...



Di bawah ni pula adalah reban ayam serama aku yg aku buat pada tahun 1997 dulu.



Berikut pula adalah barang2 ternakan ayam yg bersepah sbb tadak sapa pedulik lg dah..






Ini pula adalah ibu-ibu ayam yg masih produktif di reban lama tu..






Sunday, September 19, 2010

Misi Memburu Budgie

Salam aidilfitri pada semua, dengar tajuk aku kali ni mcm gempak jer.. sebenarnya dari sebelum balik kampung sempena raya lagi aku dan abg aku (Abg Mail) dah plan nak cari burung budgie kat area Alor Setar tu.. maklumla, harga kat sana berbanding kat sini hampir separuh lebih murah.. kalo kat sini dapat RM 70 - 80 sepasang, kat Kedah cuma RM 40 sepasang.. langkah pertama dimulakan oleh abg aku ketika dia berkunjung ke Perlis melawat saudara sebelah kakak ipar aku.. nak dijadikan cerita, abg aku ni tersinggah di kedai burung Perlis tu.. dia ada ckp sblm pi Perlis tu, kalau ada burung cantik dia belikan dulu utk aku.. aku iyakan jer sbb abg aku ni mmg pandai nilai budgie nih.. sbb kat rumah dia pun dah mula biak dari 4 kepada 12 ekor.. jadi ptg tu aku plan nak jumpa kat rumah org tua aku utk tgk budgie yg dibeli.. mmg aku suka warna dia. Warna based adalah putih dan ada tona kuning di kepala dan ekor (spt foto di bawah).. sgt cantik bg aku. Dua2 betina pulak tu... mmg bertuah la aku. Hrp dpt byk anak lps nih.. untung2 jadi albino atau lutino... jadi sekarang aku dah ada 4 ekor budgie, satu hijau, satu pure kuning dan dua yg aku sebut tadi.


Pada petang 14 hb tu aku n abg mail drive pulak ke rumah pak sedara kami yg aku panggil pak ndak, dia ni mmg dasat sbb dah lama bela n induk pun byk.. mcm2 warna ada tolak pure white jer takder lg.. dari dia aku dapat la 3 pasang.. siap masuk sangkar tangkap sendiri tuu.. sangkar diapun besar so boleh la aku masuk dan mengamuk dalam tuu.. hehe.. mujur dia suruh aku keluar lepas dapat 3 pasang tu.. kalo tak mmg aku tangkap lagi : ) Foto sangkar dan burung kat rumah pak ndak aku seperti di bawah ni..






Pada keesokan harinya aku n abg aku berkunjung pula ke satu lg tempat biak budgie iaitu di Lorong Seri, Alor Setar.. sangkar budgie milik en shabani, seorang guru. Mmg bukan calang2 cikgu nih, dia ada lebih kurang 5-6 sangkar besar utk pelihara budgie, kat depan n belakang rumah semua ada budgie.. lama giler aku n abg aku borak ngan dia sbb kebetulan abg aku ni pun cikgu jugak.. lgpun ckgu shabani ni byk info.. dari cikgu shabani aku dapat 2 pasang so total budgie yg ada kat aku sekarang utk dibawa balik ke Bangi adalah 12 ekor.. dari cikgu shabani aku dapat salah satunya hampir pure white.. sbb ada watermarks biru pada belakangnya.. Berikut adalah foto reban burung en shabani..





Di bawah adalah himpunan 12 ekor budgie yg berjaya diburu dalam perburuan kali ini.. esok hantar Shah Alam masuk aviary aku :) hehehe...


Friday, September 3, 2010

Senarai Makanan Haram - AWAS !!

Salam Ramadhan kepada semua pelawat blog ini... seminggu dua ni aku agak resah dgn isu halal haram makanan yg kita makan sehari-hari.. tambahan pula mmg kita mcm tak dpt mengelak untuk terjumpa benda2 tu dalam kehidupan kita.. mana kita pegi pun mesti ada.. Jadi aku bila terjumpa petikan ni di internet, terus aku cuba jlnkan kewajipan aku utk hebahkan kpd umum melalui blog aku nih.. itu jer yg mampu aku buat setakat ni. Bukan apa, korang pernah terpikir tak kenapa masyarakat zaman sekarang tak sesopan dulu dan kurang peka kpd ibadat.. mcm2 kejadian pelik berlaku kat masyarakat kita. Salah satu sbb aku rasa adalah makanan yg mana puncanya tak bersih ni lah, dulu tak perlu mkn mi segera, fastfood, chewing gum dsb utk hidup.. cukup hanya makan nasik n benda2 segar yg lain. Pendek kata kalau makanan kat rumah tu mesti yg buat sendiri, tak perlu beli.. dari awal kita tau dah bersih baik dari segi campuran bahan dan kaedah buatan.. berbeza pada masa sekarang yg hampir semua nak beli, dari makanan dlm tin hingga yag dimasak di kedai.. Ikuti petikan ini.

RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS, UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3. Ajinomoto ( Thailand )
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
5. Semua tauhu buatan Orang Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
7. Sabun FAB berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI
( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
7. Mee Kering ( sanggol )
8. Semua sabun mandi yang diimport
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam16. Sabun Mandi Yang Berminyak
15.Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN
( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )

1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Uba
t13. Ais Krim dalam bekas plastik
14. Gula-gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady's Choice
18. Semua jenis Jelly
19. Semua jenis gincu bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady's Choice Jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA

1. BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
2. PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
3. MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
4. RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
5. SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
6. KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
7. TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.
TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Thursday, September 2, 2010

Durian Belanda - Penawar Sebenar Kanser


Salam, hari ni aku menulis perkara yg luar tajuk skit tp penting utk kita semua.. Berkenaan buah yang dikatakan menjadi penawar kepada kanser. Petikan ini aku ambil dari blog seorg hamba Allah yg baik hati yg telah menterjemah petikan BI kpd BM, terima kasih bebanyak...
Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu? Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser. Pohonnya rendah, di Brazil dinamai ‘Graviola’, di Sepanyol ‘Guanabana’ bahasa Inggeris dipanggil ‘Soursop’. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh ‘pohon ajaib’, yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan ! Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa? Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan. Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka. Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini. Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar. Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan. The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan. Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza. Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo! Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu. Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Ha.. sama-samalah kita fikirkan mengenai khasiat buah durian belanda yang berguna ini!

Wednesday, September 1, 2010

Kenali Jantina Cockatiel dan Budgie

Salam merdeka utk semua, semalam aku ada ter surf ttg jantina burung cockatiel dan budgie nih.. kebetulan ada terjumpa sedikit bahan rujukan. Jadi sukalah di hati aku nih utk berkongsi dgn para peminat burung ini yg baru mula nak kenal dunia mereka ni mcm aku.. kalo yg otai2 tu tak yah ckp dah.. mmg dah expert asap dah.. :) Di bawah ada aku uploadkan gambar bagaimana nak kenal jantina cockatiel dan budgie. Harap info ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peminat burung spesis ini. Selamat mencuba.. (boleh klik pada image utk besarkan)