Wednesday, September 29, 2010

Ayam Giant Cochin Dari China

Salam satu Malaysia kepada para pelawat dan follower blog aku nih, hari ni aku telah menerima sepasang ayam idaman aku sejak sekian lama, mungkin korang tak tahu bahawa baka ayam kat Malaysia ni sebenarnya byk cuma pembiaknya (breeder) sahaja yg tak berapa ramai, baka-baka seperti white leghorn, orpington, brahma dan sebagainya ( akan aku ceritakan dalam post yg seterusnya ) telah berkembang biak di Malaysia oleh breeder yg tertentu, dalam 3 bulan lepas aku terjumpa cantact number en zakaria dari Dungun, Terengganu. Beliau merupakan breeder bg baka ayam dan burung exotik.. Bila berborak dgn en zakaria melalui telefon semacam dah kenal lama, mungkin kerana en zakaria ni low profil dan tak suka bermegah2.. sgt kurang publisiti beliau di internet, tak hairanlah kalau tak ramai org tahu bahawa beliau membiakkan pelbagai spesies unik yg jarang diperolehi. Salah satu baka ayam yg menjadi buruan aku adalah baka ayam Giant Cochin yg berasal dari negara China, baka yang mampu membesar hingga seberat 6 kg / ekor ( jantan ).. selain besar dan berat, faktor utama aku memilih baka ini adalah kerana ia mampu menjadi haiwan kesayangan yg baik, jinak dan mempunyai bulu yg sgt cantik. Rujuk gambar-gambar bentuk badan baka Giant Cochin di bawah ni..






Harapan aku memiliki baka ini adalah utk pembiakbakaan, setelah aku berjaya membiak ayam ini, aku akan kongsikan baka ini dgn abg aku utk meluaskan lagi pembakaannya.. Ini adalah bagi mengelakkan baka ini hilang jika berlaku apa2 di reban aku nanti. Ayam Giant Cochin yg aku terima dari en zakaria ni masih baby lg.. mau la 9-10 bulan baru matang ( dekat setahun tu.. ). Tp tak kisah, ini memberi peluang kepada aku untuk menjalankan kajian ke atas ayam2 tu.. aku mungkin akan membuat cross-breed terhadap baka2 yang aku ada untuk menghasilkan baka2 baru yg lebih produktif dan mempunyai nilai estetika yg tinggi. Walaupun proses kacukan ini mempunyai risiko masalah kesuburan ke atas anak ayam yg dikacuk, namun seseorang harus melakukan kacukan ini supaya kita mempunyai kesinambungan dalam perjuangan dalam bidang penternakan. Aku ni pulak jenis suka mencuba sesuatu yg baru, so kenalah dgn hobi aku nih.. :) Berikut adalah gambar sepasang anak ayam Giant Cochin yg baru aku terima dari en zakaria, harap dua2 ni akan hidup dan berkembang biak di reban aku... Aminnnn...


Di atas ni adalah anak ayam betina.. dan yang bawah ni pulak adalah anak ayam jantan.

12 comments:

  1. Bang,

    bole bagi contact number en. zakaria?
    saya mmg dah lama car giant cochin. baru malam tadi bicang dgn member pasal giant cochin ni...
    saya zul. sms saya 0129330281

    ReplyDelete
  2. huuiii..gmuk2..best kalo bela ni.. tp umah sewa ni xleh bela apa satu.. tkot nnti tinggal reban.

    ReplyDelete
  3. takpa usup, nanti aa rumah sendiri buleh bela, cari yg corner lot baru best..

    ReplyDelete
  4. ada lagi x anak ayam giant cochin ni?? en zakaria dok mana ? try halo dia tanya..

    ReplyDelete
  5. telur tgh eram la ni.. insya Allah akan ada.. en zakaria tak biak, sy yg duk biakkan la ni... buleh la hubungi saya ujung bulan 2 nanti..

    ReplyDelete
  6. menarik ayam nie.. nanti cik nizam hebah2 kan la klu ada baka ye

    ReplyDelete
  7. En Nizam.anak ayam cochin sudah ada ke..saya amat berminat..0193499933

    ReplyDelete
  8. Ongkos kirim ke indonesia - bandung harga berapa pak ? Terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ongkos kirimnya mahal dan perlu update dari semasa ke semasa.. lebih baik hubungi saya di talian +60125245002

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.