Tuesday, March 29, 2011

Artificial Insemination (AI) Untuk Sebright

Salam, dah sebulan aku cuba praktikkan AI ni.. dalam bahasa Melayu dikenali sebagai permanian beradas di mana sperm dikutip dari pejantan dan dipindahkan ke saluran pembiakan betina untuk persenyawaan. Pagi tadi buat pertama kalinya aku dapat kutip sperm pejantan silver sebright aku. Setitik dua je pun tp dah cukup utk persenyawaan kerana dalam setitik tu pun dah ada puluhan atau mungkin ratusan sperm. Sekali disuntik ke saluran pembiakan betina akan bertahan selama seminggu tanpa perlu diulang. Maksudnya kalau si betina bertelur setiap hari, semua 7 biji telur tersebut akan disenyawakan jugak. Alhamdulillah, satu lagi ilmu dan kemahiran aku dapat hasil drp penelitian dan izin Allah. Bukan senang nak belajar benda ni tanpa sifu. Tanya kawan2, kwn2 pun tak pernah cuba.. Jadi bermula pada hari ini, aku akan rekodkan kajian dan penelitian untuk pastikan kaedah ini berhasil dalam usaha membiak baka tulen dan kacukan di reban aku. Buat permulaan ni aku akan cuba biakkan baka tulen dulu. Kaedah ini membolehkan ayam-ayam betina dibiarkan dalam satu sangkar tanpa kehadiran pejantan yg kadang2 sangat agresif menyebabkan si betina stress dan kurang pengeluaran telur atau telur pecah dipijak oleh pejantan. Selain itu, aku tak perlu masa utk suaikenal antara betina dan jantan yg kadang2 mengambil masa, melalui kaedah ini aku boleh terus masukkan benih dari mana2 ayam jantan ke mana2 ayam betina yg sedang dalam proses bertelur. Satu kaedah yang sangat berguna... Korang semua doakan lah aku, insya Allah kalau berjaya nanti mungkin aku dapat hasilkan kacukan yg pelik2 :) -- ptg ni nak cuba masukkan sperm sebright ke giant cochin betina.. harap menjadi sbb giant cochin tgh bertelur tanpa pejantan. Kalau jadi la nanti, agak2 korang camner la rupa anak dia.. kalau dpt cam gambar kat bawah ni kira best jugak :)

6 comments:

  1. Salam,wah advance la teknik yg En,Nizam gunakan ni,first time sy dengar.sy doakan semoga berjaya ok.

    ReplyDelete
  2. wah...en.nizam memang cemerlang...!!

    ReplyDelete
  3. hehe.. belajar dari internet jer.. takder guru ni.. kalau jadi kira nasib jer.. :)

    ReplyDelete
  4. Shah.. tq atas pujian :) Selamat bercuti jugak..

    ReplyDelete
  5. tu la usup.. duk tunggu masa nak tau jadi benih ka dak ni.. :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.