Salam dan selamat sejahtera kpd rakan dan taulan. Setelah sekian lama aku tak breed n jual anak silver sebright ni, sekarang tibalah masa aku mula open semula market silver sebright aku. Buat masa sekarang aku ada 2 ekor ibu sebright yg aktif bertelur so aku harap AAF akan dapat secara terus menerus mengeluarkan baka ni sepanjang masa. Minggu lepas aku ada iklankan dalam mudah, semua 7 ekor tu dah selesai petang semalam.. so yang akan aku iklankan di sini adalah anak2 yg berumur baru seminggu, so hujung bulan depan baru boleh let go.. jadi bg sesapa yg berhajat tu bolehlah sms tinggalkan tempahan untuk aku rekodkan dlm buku rekod aku. Sampai masanya aku akan hubungi semula untuk urusan jual beli. Stok anak umur seminggu buat masa sekarang ada la dalam 15 ekor. Tak termasuk yg bakal tetas (insya Allah) dalam bulan Mei nanti ada la dalam 25 biji telur. Harap semua menetas tanpa masalah. Cabaran aku adalah untuk mengeluarkan anak betina melebihi anak jantan, mmg agak susah. Bukan sbb susah jadik, tp bila tetas mmg byk betina tp anak betina ni agak lemah berbanding yg jantan, senang sgt terpengaruh dgn cuaca so aku terpaksa asingkan anak betina untuk diasuh dgn teliti secara berasingan di bilik khas. Agak leceh tp itulah kemanisannya bila tgk anak2 tu hidup dgn sihat nanti hehe. Buat masa ni aku hanya jual secara berpasangan kerana kekurangan betina jadi aku terpaksa lah menolak tempahan kwn2 yg nak betina lebih, tp insya Allah kalau byk anak betina yg hidup, aku akan cuba penuhi hajat kawan2 semua. Doakan aku ya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.